*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wahai permata hatiku,
Apa yang perlu kau lakukan untuk memudahkan kau memperolehi akhlak mulia.
Jawapannya ialah melaksanakan segala perintah Allah itu dengan sifat
kehambaan dan mengharapkan redhanya. Bukan kerana selain daripada Allah.
Bukan rasa terpaksa atau kerana orang. Kerana amal ibadah yang tidak
disertakan dengan rasa kehambaan, maka ibadah itu tidak ada nilainya di sisi
Allah. Siapalah dirimu ini untuk sombong dan bongkak, kerana apa yang ada
pada kau itu semuanya nikmat Allah. Bukan kau punya. Sampai masanya Allah
akan ambil.

Aduhai puteriku sayang,
Untuk apa kau bersikap pemarah dan kasar, kerana dirimu ini bukannya baik
sangat, setiap masa dan ketika bersalah dengan Allah. Tidak malukah kau
dengan Allah. Tidak takutkah kau lidahmu  akan terpotong-potong dan mulutmu
dituangkan dengan cairan besi yang panas, lantaran kau tidak menjaga mulut
kita dari berkata fitnah dan mengumpat. Ingatlah Allah dan ingatlah akhirat.
Renungkan siapalah dirimu  ini. Apakah kau ini tuan atau hamba yang hina di
sisi Tuhan.

Wahai sayangku,
Sekali kau gagal bukan bermakna kau tidak pandai atau bodoh. Jangan putus
asa ya. Ini berlaku kerana kau gagal untuk menfaatkan kelebihan yang ada.
Lazimnya inilah yang berlaku kepada sebahagian besar daripada mereka yang
gagal kerana yang sebenarnya kegagalan itu bukan melambangkan kebodohan
seseorang. kau gagal kerana tidak menggunakan kelebihan yang ada pada dirimu
akibat persepsi yang salah tentang potensi diri atau menerima maklumat yang
tidak tepat tentang diri sendiri.

Anakku sayang,
Kau  tidak akan mencapai kecemerlangan sekiranya pemikiranmu sentiasa
dipenuhi dengan keraguan diri, fikiran negatif, mengikut perasaan dan cepat
berputus asa. Kau  juga tidak akan mencapai kecemerlangan sekiranya bersifat
pemalas, suka membazirkan masa, memberikan keutamaan kepada perkara yang
remeh dan tidak mahu meningkatkan diri. Tapi aku percaya sihat itu tiada
padamu, Cuma sebagi nasihat dan waspada .

Sayangku,
Untuk berjaya, kau perlu berubah. Perubahan yang paling penting ialah
mengakui kelemahan diri sendiri dan mengambil langkah untuk memperbaikinya.
Terdapat dua espek perubahan dalam pemikiran dan perubahan di dalam amalan
harian atau tindakanmu. Perubahan cara berfikir akan memberikan kesan ke
atas tindak tanduk seseorang. Hasil akhir akan diperolehi ialah perubahan di
dalam prestasi diri khususnya prestasi pelajaran. Perubahan cara berfikir
berkait rapat dengan kebolehan seseorang mengubah persepsi tentang sesuatu.

Aduhai puteriku sayang,
Selagi kau berpaut dengan pemikiran lamamu, tabiat dan amalan lama,maka
selagi itulah kemajuan diri akan terbantut. Justeru itu keupayaan dan
kesanggupan berubah adalah teras utama kecemerlangan diri. Selain daripada
itu, kau harus menumpukan perhatian kepada matlamat yang hendak dicapai
dengan sepenuh perhatian, masa dan tenaga. Andaikata kau tidak mempunyai
matlamat setelah kesedaran diri untuk berubah, maka perhatian, masa dan
tenaga akan dihabiskan ke atas aktiviti-aktiviti yang tidak berhubung kait
dengan kejayaanmu. Fikiran akan bercelaru kerana terlalu banyak perkara yang
difikirkan termasuk perkara-perkara yang remeh dan kurang penting. Di dalam
hal yang sebegini, kecemerlangan tidak mungkin diperolehi.

Aduhai puteriku sayang,
Kehidupan ini sentiasa diselubungi dengan seribu satu keinginan. Dengan
adanya keinginan-keinginan inilah, setiap makhluk itu bergerak dan
bertindak. Keinginan-keinginan ini terus menjadi hijab-hijab yang menghalang
makhluk dalam menuju makrifatulLah, sehingga sang salik itu menyatukan
segala keinginan kepada satu keinginan yang tunggal. Malah yang lebih
ekstrim, keinginan itu akhirnya menjadi terlenyapkan, tenggelam dalam
KEINGINAN ILAHI.

Aduhai sayangku lagi tercinta,
 Setiap nafas yang keluar dari rongga hidung kita itu sesungguhnya adalah
salah satu RAHMAT Allah yang tidak terperi. DiberiNya kita kudrat, ikhtiar
dan pilihan dalam menempuh kehidupan ini. Tidak cukup dengan itu dicukupkan
kita dengan rezeki makan minum, pakaian nan molek, kediaman buat berlindung
serta kenderaan untuk mempercepat urusan duniawi. Ditumbuhkan benih-benih
tanaman, dibiakkan ternakan, diturunkan hujan, segalanya untuk
memperlengkapi manusia sebagai khalifah. Apakah lautan bisa menuliskan
betapa banyak anugerah telah kita terima ? Mengapa masih ada keluhan-keluhan
dari mulut-mulut manusia, bilamana menghadapi berbagai kesulitan ? Mengapa
masih ada kehendak-kehendak rakus yang mengejar sesuatu yang melebihi
keperluannya ? Bersyukur, dan bersyukurlah...wahai anakku, sehingga
kesyukuran itu mengatasi segala ketidakpuashatian dan kerakusan


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to