Pujian Mahathir terhadap toleransi Barat disanggah

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Majlis Dialog Bersama Perdana Menteri dengan tema 'Toleransi - Model Malaysia' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) di sini pagi tadi, menyaksikan wakil PAS, Dato' Mustafa Ali mempertikaian keikhlasan Dr Mahathir Mohamad memuji masyarakat negara Barat yang tidak ghairah mengadakan ceramah/kempen kecuali ketika musim pilihan raya.

Mustafa yang juga Naib Presiden PAS berkata, Mahathir yang selama ini gemar mengecam negara Barat, cuba mengambil contoh suasana sedemikian sebagai bukti amalan toleransi di negara terbabit.

Beliau seolah-olah memuji Amerika Syarikat dan Britain kerana di kedua-dua negara itu tidak wujud suasana yang ada seperti di negara ini khususnya ketika membuat kritikan dan pandangan melalui ceramah-ceramah anjuran parti pembangkang.

Dalam majlis itu Mahathir berkata: "Dalam pilihan raya Britain dan Amerika yang lalu, kita tidak pula nampak Parti Republikan mengadakan ceramah sepanjang masa, membangkitkan masalah undang-undang.

"Di Britain pula, Parti Konservatif tidak pula buat 100 sehingga 300 ceramah dalam satu hari untuk membangkitkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, tetapi mereka masih dianggap negara demokratik."

Mustafa pula dalam sesi soal jawab majlis itu berhujah bahawa dengan pelbagai sekatan terhadap rakyat di negara sendiri khususnya parti pembangkang seperti menghalang ceramah-ceramah umum menjadi bukti jelas sikap toleransi itu sebenarnya tidak wujud dalam negara ini.

Malah, media massa yang wujud di negara ini dimonopoli sepenuhnya oleh parti kerajaan tanpa memberi ruang dan tempat kepada pembangkang untuk menyebarkan maklumat mereka, katanya.

Menurut Mustafa, walaupun Mahathir yang selama ini mengecam Barat, pada masa yang sama beliau menjadikan negara Barat sebagai contoh kononnya di sana, ceramah-ceramah atau kempen tidak diadakan secara terbuka dan meluas kecuali semasa musim pilihan raya.

"Dalam kes ceramah misalnya, Dato Seri bersetuju dengan Amerika bahawa di sana tidak ada ceramah-ceramah selepas pilihan raya.

"Tetapi di Malaysia, media massa dikuasai oleh pemerintah, pembangkang
tidak ada ruang untuk menyuarakan pandangan dan kritikan. Oleh itu, bukan soal pelanggaran permit ceramah tetapi ia bermula daripada sikap tidak toleran kerajaan terhadap kritikan dan pandangan pembangkang," katanya.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun mencadangkan supaya perkara berkenaan dibahaskan dengan lebih panjang supaya setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir mesti berasaskan kepada bukti.

Bagaimanapun, Mahathir ketika menjawab persoalan itu mendakwa, beliau lebih arif tentang apa yang berlaku di Amerika dan negara-negara Barat lain.

"Di Amerika memang nampak TV, surat khabar mereka bebas, tetapi selidik dulu siapakah yang memiliki TV dan akhbar itu, saya tak berani sebut tapi kita tahu, ada orang tertentu, segala yang disiarkan itu memihak kepada pemilik media dan mereka mengutamakan agenda mereka," katanya.

"Saya cuba selidik sama ada Parti Konservatif ini memanggil Tony Blair (PM Britain) sebagai `anjing' atau tidak, penindas, zalim, demikian juga Bush (Presiden Amerika, George W Bush), saya sendiri dapati dasar beliau tidak banyak beza dengan dasar yang lalu, tetapi Parti Republikan tidak pula keluarkan risalah fitnah, masuk dalam internet, membuat tuduhan yang kerap kali tidak benar," dakwanya.

BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:Huda;Nurul
FN:Nurul Huda
EMAIL;PREF;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
REV:20010802T114703Z
END:VCARD

Kirim email ke