Demi Menutup Kedurjanaan

Dalam era mempertahankan kedurjanaan Mahathir yang bermula dengan 50 dalil Khalid Jefri hinggalah menemplak pelajar melayu dengan membuat ugutan, semua isu yang dibesarkan oleh media arus perdana tidak ada lain, melainkan demi menutup kedurjanaan sahaja. Penggunaan wang rakyat untuk bail-out kroni Mahathir, penggunaan polis untuk menangkap pembangkang, penggunaan Mahkamah untuk menjatuhkan hukum sesuka hati dan kehendak pendurjana, penggunaan ISA ke atas pemuda-pemuda Keadilan, penggunaan jabatan agama jabatan agama untuk menukar AJK masjid dan memastikan AJK baru yang dilantik adalah dikalangan ahli UMNO(baru) walaupun mereka tak pernah ke Masjid.

Kedurjanaan yang bakal dibuat oleh Mahathir menyalahkan pelajar melayu hinggakan mereka ini diugut supaya kemasukan ke Universiti dibuat berdasarkan pencapaian akademik. Adakah selama ini kemasukan ke Universiti tidak berdasarkan perkara tersebut?. Jangan lupa ada anak orang berpengaruh masuk ke Universiti melalui saluran politik - Politik UMNO(baru). Bukan kemasukan jenis ini tidak melalui proses biasa, bahkan kursus yang diberikan pula tidak sesuai langsung dengan keupayaan akademik. Kepada yang berkenaan, tepuk dada tanya kejujuran diri sendiri dan bandingkan dengan cakap Mahathir itu. Mahathir sebenarnya memandang hodoh kepada orang melayu, dia sanggup menghaprakkan orang melayu di depan pembesar UMNO(baru). Kelakuan ini sejak dalam Dilema Melayu lagi. Kata-kata berunsur ugutan terbaru yang dibuat pun adalah bertitik tolak dari rasa benci kepada orang melayu khasnya mutaakhir ini kerana orang melayu menolak Mahathir.

Yang malangnya, ada suku sakat pembesar Universiti yang sanggup menjadi balaci Mahathir dalam memperkatakan isu si Mahathir ini. Isu yang membabitkan pelajar ini adalah tidak ada lain ianya adalah untuk menutup kedurjanaan membail-out renung dari dibualkan orang. Disamping itu juga, isu ISA juga cuba ditutup dengan tidak membenarkan ceramah pembangkang. Black Metal pun jadi alat menutup kedurjanaan. Tujuannya macam baik, tetapi apabila ia pun seolah-olah menutup kedurjanaan, maka usaha membenteras Black Metal dan isu apa pun, ia tidak ke mana-mana kerana "ibu kedurjanaan" masih berkuasa dan boleh berbuat apa saja.

BEGIN:VCARD
VERSION:2.1
N:Huda;Nurul
FN:Nurul Huda
EMAIL;PREF;INTERNET:[EMAIL PROTECTED]
REV:20010805T150221Z
END:VCARD

Reply via email to