*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Sapa yang pandai2 kata negara Malaysia bukan negara Islam. Artikel dari laman haprak umno kata memang negara Islam. ------------ Garis Pemisah Bukti Negara Ini Bukan Negara Sekular Isu sekularisme memang sudah lama diperdebatkan di kalangan cendekiawan, ulama, ahli politik dan rakyat Malaysia. Persoalannya, apakah garis pemisah yang boleh membuktikan bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang diwar-warkan sesetengah pihak? Berhubung perkara ini, Timbalan Pengarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac), Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam makalahnya bertajuk, Malaysia Negara Islam, Bukan Sekular menggariskan beberapa persamaan antara negara sekular masa kini. Pertama, negara sekular tidak akan menobatkan secara rasmi sesuatu agama sebagai agama rasmi negara itu. Kedua, negara sekular tidak akan memperuntukkan dana awam untuk membangunkan lembaga dan institusi agama. Ketiga, negara sekular tidak akan menganjurkan pendidikan bersifat agama dalam sistem pendidikan kebangsaan mereka yang dibiayai dana awam. Keempat, undang-undang negara sekular ditentukan semata-mata oleh kehendak golongan yang berkuasa sama ada yang memperoleh jumlah terbesar atau yang menguasai kuasa ketenteraan, ekonomi dan politik atau semuanya dengan menggunakan kaedah akliah, saintifik dan demokrasi semata-mata. Selain itu, katanya, negara sekular memisahkan secara rasmi simbol dan amalan agama daripada urusan rasmi serta tidak membelanjakan dana awam untuk kegiatan dan institusi agama. “Negara komunis seperti Soviet Union (kini Russia) dan China, contohnya, adalah negara sekular yang langsung tidak memasukkan unsur sebarang agama dalam dasar, amalan awam dan kenegaraannya. “Amerika Syarikat (AS) juga adalah sebuah negara sekular. Namun, ia mengekalkan beberapa simbol keagamaan dalam beberapa dasar dan amalan kenegaraan,” katanya. Bagaimanapun, Amerika tetap mengekalkan ciri negara sekularnya dengan memastikan bahawa dasar negara itu tidak akan membiayai dan terbabit secara rasmi dengan institusi dan amalan keagamaan. Prof Dr Wan Mohd Nor berkata, sejarah membuktikan bahawa sebuah negara Islam ialah negara yang dikuasai umat Islam dan menjalankan dasar, amalan peribadi serta kenegaraan yang sesuai dengan ajaran akidah, akhlak dan syariah Islam mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. Jika ditelusuri sejarah, negara Islam disebut sebagai Darul Islam, manakala negara bukan Islam yang bermusuhan disebut Darul Harbi (negara musuh). Selain itu, negara yang menjalin hubungan dengan negara Islam melalui pelbagai perjanjian kerjasama dikenali sebagai Darul Sulh (negara perjanjian). Menurutnya, selain pernyataan tegas mengenai Islam sebagai agama rasmi Malaysia, perkara ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’ menduduki tempat teratas dalam Rukun Negara sejak 1970, mendahului rukun lain eperti ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’, ‘Keluhuran Perlembagaan’, ‘Kedaulatan Undang-Undang’, ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Kata Prof Wan Daud, Malaysia menjaga Rukun Islam dan Rukun Iman dalam pelbagai sistem di bawah kekuasaannya, menyebarkan agama Islam, menubuhkan pelbagai institusi agama Islam, dan menyokong perjuangan umat Islam pada peringkat antarabangsa, mengikut kemampuan dan kesedaran pemimpin dan rakyat semasa. -- _______________________________________________ Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>