*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamu'alaikum,

        Disertakan di sini maklumat berkenaan Majlis Perasmian Dewan 
Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa pada 23 
Ogos 2001 jam 9.00 malam. Pihak Pimpinan PAS Kelantan akan hadir di 
majlis perasmian tersebut:

Aturcara:

07.25 malam:     Solat Maghrib Berjemaah, Bacaan Al-Quran 30 Juzuk
08.31 malam:     Solat Isyak berjemaah & Solat Hajat diimamkan oleh
                 YB Ust. Muhammad bin Daud
10.00 malam:     Ucapan YB Dato' Hj. Abd. Halim b. Abd. Rahman
                 Pengerusi J/K Pembinaan PUTIK
11.00 malam:     Ucapan Perasmian Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan
                 oleh YAB Tuan Guru Dato' Hj. Nik Abd. Aziz b. Nik
                 Mat-Mursyidul AM/Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Justeru, hasrat pihak pimpinan untuk mengadakan satu slot iaitu 
memancarkan penerimaan e-mel di skrin besar dewan putik pada majlis 
perasmian tersebut.

E-mel tersebut yang berupa ucapan terima kasih, penghargaan, tahniah,
pandangan, komen serta nasihat-nasihat daripada pihak Pelajar Luar 
Negara,Jemaah Islam luar negara dan juga masyarakat seluruh dunia di 
atas kejayaan dan tanda syukur atas terlaksana dengan jayanya 
pembinaan sebuah Pusat Tarbiyah Islamiah yang terbesar di Kelantan 
serta ucapan bersempena dengan usia penubuhan PAS Malaysia 50 tahun.

Hantarkan E-Mail anda ke : 
   [EMAIL PROTECTED] 
     atau 
   [EMAIL PROTECTED]
 

Sekian, wassalam
Mohd Roslan bin Mohd Zain
BPPNK

P/s: Aturcara Jubli Emas PAS Peringkat Negeri Kelantan dan Peringkat 
PAS PUSAT sila lawat laman web PAS Kelantan di 
http://kelantan.parti-pas.org/





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mraza-p <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke