Assalamualaikum wrth wbth,
 
Saudari, Saad bin Abi Waqaf, Mubaligh2 Islam yang datang ke tanah Jawi dahulupun taklah sangat berceramah namun nikmat islam yang kita perolehi hari ini sebahagian besar dengan percantuman sistem pondok dan moden.
 
Mereka merealisasikan Islam dengan penghayatan sehingga datuk nenek kita yang sebahagiannya hindu, budha dan orang Asli dapat menerima Islam dengan himah mereka.
 
Mereka mempunyai karamah yang hebat sehingga para raja dan pahlawan istana telah menerima islam dengan baik. Peribadi mereka menggambarkan kehidupan mereka, Islam yang mereka bawa menempati acuan Rasulullah s.a.w . Kita menjadi terang dengan suluhan mentari yang mereka bawa lantas meninggalkan kekufuran dengan rela hati dan bukan dengan hasad dengki, dendam kesumat dan buruk sangka.
 
Islam yang mereka bawa begitu telus dan lurus tanpa mempunyai maksud duniawi samada untuk menjadi raja, menghimpun harta, menjadi tilik pandang jelitawan dan keegoan sebagai jaguh yang bergelar YB.
 
Akibat daripada ketidak telusan telah menjadikan kemenangan sementara di Uhud telah bertukar kekalahan akibat perebutan ghanimah yang ditinggalkan.
 
Serban telah bertukar songkok, teluk belanga telah bertukar tali leher dan kot, usrah telah bertukar balak, muafakat telah bertukar puak dan lain2 yang tak patut berlaku. Apatah lagi warak bertukar tamak. Semua ini telah mendatangkan bala daripada Allah s.n.w menjadikan Iman, Islam dan Ehsan yang ada pada diri sudah tidak ditakuti.
 
Percakapan dan perbuatan sebelum dan selepas menang telah banyak berubah kepada musnah. Air mata malam sudah tidak keluar lagi. Adakah ini perjuangan yang kita tagih dan kunci keridhoan dari Ilahi?
 
Ingatlah tentera Islam pernah tewas kerana meninggalkan bersugi. Apakah kita yakin menang dengan meninggalkan kasih sayang. Lebih baik kita tewas sekirany ausaha kita di redhoi Allah daripada menang dan dilaknati allah.
 
Hentikanlah menyalahkan orang lain kerana terlalu banyak kesalahan sendiri perlu dihitung. Apabila di sebut pasal munafiq, Saidina Umar Al Khattab lebih merasakan beliau yang munafiq sedangkan beliau sudah dijamin syurga.
 
Wassalam
 
 
----- Original Message -----
Sent: Monday, August 27, 2001 6:09 AM
Subject: H-Net* Apabila Pas Tak Boleh Ceramah

*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
 
Apabila pas tidak boleh ceramah ramai lah peniaga kecil yang merungut kerana tidak boleh berniaga , maknanya hilanglah mata pencarian mereka ini.
 
Dekat kelantan sekarang ini bila pas buat ceramah bertrak trak FRU buat kawalan.
 
disini ingin kita tanya siapa pencetus huru hara dimalaysia.


Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "zaidah mohd" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke