*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam,

Itu zaman tahun berapa?   Musuh sekarang bagaimana
rupa? 

Dah ada bukti nyata maka sesetengah YB 
diburuk2sangka. Heran heran, boleh tau mengalir
atau tidak si air2 mata digelap gulita.

Kalau musuh dah pakai mahafitnah dan mahazalim
sebagai modal, habis nak senyum aje demi tak nak
menyalahkan?   Nak ambil amar maaruf sajakah?  
Mana nahi mungkarnya? 

Kalau nak diikutkan, cara mereka masih tersangatlah
lembutnya. Sepatutnya mahaputarbelit ini berdepan
dengan taleban atau yang sewaktu dengannya. Dah tak
padan peluru mulut - mereka perlu peluru hidup. 

Senanglah bermadah kerana bapa suami ada disamping.
Tidur nyenyak ditilam empuk, sedangkan bapa suami
mereka merempat disungai buluh dan taiping. Akibat
angkara puak zalim dan mahazalim....  Nasib baiklah
ada puak2 yang berani mengatakan zzzzaaaaliiimmmm
kepada si zalim. Kalau tidak, lagi mahagilalah 
si mahazalim.. 

Kalau rasa dakwah lembut masih ada tempatnya.
Why don't just do it, to complement the other?
But don't condemn the other. OK brother.

----- Original Message ----- 
From: imranibrahim 
To: zaidah mohd ; [EMAIL PROTECTED] 
Sent: Monday, August 27, 2001 6:34 PM
Subject: Re: H-Net* Apabila Pas Tak Boleh Ceramah


Assalamualaikum wrth wbth,
 
Saudari, Saad bin Abi Waqaf, Mubaligh2 Islam yang datang ke tanah Jawi dahulupun 
taklah sangat berceramah namun nikmat islam yang kita perolehi hari ini sebahagian 
besar dengan percantuman sistem pondok dan moden.
 
Mereka merealisasikan Islam dengan penghayatan sehingga datuk nenek kita yang 
sebahagiannya hindu, budha dan orang Asli dapat menerima Islam dengan himah mereka.
 
Mereka mempunyai karamah yang hebat sehingga para raja dan pahlawan istana telah 
menerima islam dengan baik. Peribadi mereka menggambarkan kehidupan mereka, Islam yang 
mereka bawa menempati acuan Rasulullah s.a.w . Kita menjadi terang dengan suluhan 
mentari yang mereka bawa lantas meninggalkan kekufuran dengan rela hati dan bukan 
dengan hasad dengki, dendam kesumat dan buruk sangka.
 
Islam yang mereka bawa begitu telus dan lurus tanpa mempunyai maksud duniawi samada 
untuk menjadi raja, menghimpun harta, menjadi tilik pandang jelitawan dan keegoan 
sebagai jaguh yang bergelar YB.
 
Akibat daripada ketidak telusan telah menjadikan kemenangan sementara di Uhud telah 
bertukar kekalahan akibat perebutan ghanimah yang ditinggalkan.
 
Serban telah bertukar songkok, teluk belanga telah bertukar tali leher dan kot, usrah 
telah bertukar balak, muafakat telah bertukar puak dan lain2 yang tak patut berlaku. 
Apatah lagi warak bertukar tamak. Semua ini telah mendatangkan bala daripada Allah 
s.n.w menjadikan Iman, Islam dan Ehsan yang ada pada diri sudah tidak ditakuti.
 
Percakapan dan perbuatan sebelum dan selepas menang telah banyak berubah kepada 
musnah. Air mata malam sudah tidak keluar lagi. Adakah ini perjuangan yang kita tagih 
dan kunci keridhoan dari Ilahi?
 
Ingatlah tentera Islam pernah tewas kerana meninggalkan bersugi. Apakah kita yakin 
menang dengan meninggalkan kasih sayang. Lebih baik kita tewas sekirany ausaha kita di 
redhoi Allah daripada menang dan dilaknati allah.
 
Hentikanlah menyalahkan orang lain kerana terlalu banyak kesalahan sendiri perlu 
dihitung. Apabila di sebut pasal munafiq, Saidina Umar Al Khattab lebih merasakan 
beliau yang munafiq sedangkan beliau sudah dijamin syurga.
 
Wassalam

 Assalamualaikum,
 
Apabila pas tidak boleh ceramah ramai lah peniaga kecil yang merungut kerana tidak 
boleh berniaga , maknanya hilanglah mata pencarian mereka ini.
 
Dekat kelantan sekarang ini bila pas buat ceramah bertrak trak FRU buat kawalan.
 
disini ingin kita tanya siapa pencetus huru hara dimalaysia.



-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke