*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tengoklah betapa bodohnya manusia umno ni yang tak
habis2 nak menyelewengkan fakta dengan kebodohan 
dia. 

Khalifah ambil dari parsi dan rom selagimana tak
bertentangan dengan Islam. Umno ambil british punya
tak kira apa hukum Islam mengenainya.  Benda simple
macam ni pun dia tak nampak....tak ada harapanlah
nampaknya.... 

Itulah akibatnya bila benci pada Islam, tak kemanalah
perginya...  Hari ini memusuhi mujahiddin, besok
entahapa2 lagi sandiwara yang akan dimainkannya....
  
------------------------

Datuk Seri Hadi Awang! Adakah Babi Halal Jika Disembelih? 
   
   Kunta Kinte Malaysia ([EMAIL PROTECTED]) 
 
Saban malam, bulan berganti bulan, tahun berselisih tahun, Pas tidak pernah berhenti 
menghentam kerajaan pimpinan UMNO kerana tidak melaksanakan perundangan Islam.  
 
Boleh dikatakan apa sahaja tindakan kerajaan pimpinan UMNO termasuk usaha mewujudkan 
pelbagai akta bagi mengukuhkan Mahkamah Syariah juga sering diperlekehkan oleh PAS.  
 
seorang pemimpin Pas pernah mendakwa bahawa Sistem Perbankan Islam di Malaysia tidak 
Islamik. Pas juga menentang Eknakmen Pemulihan Akidah Negeri Perlis kerana tidak 
menepati pemikiran Islam ala Pas.  
 
Apa sahaja yang UMNO buat Pas akan menentang atas alasan agama Islam yang maha suci 
ini. Demikianlah Pas melihat semua perkara mengenai Islam yang dibuat oleh UMNO 
sebagai tidak menepati kehendak Islam.  
 
Apabila kerajaan Pusat pimpinan UMNO menolak Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 
(1993) kerana tidak menepati kehendak keadilan dalam Islam yang sebenar tidak ada 
seorang pun pengikut Pas mahu menerima hakikat tersebut.  
 
Mereka merasakan amatlah mustahil untuk UMNO mengajar Pas bagaimana untuk melaksanakan 
perundangan Islam di Malaysia. Mereka merasakan hanya pemimpin atau ulama Pas sahaja 
yang betul dan faham tentang Islam. 
 
Semua ini menjadi kepercayaan pengikut-pengikut Pas yang bertaklid buta kepada ulama 
separuh masak mereka. Kelompok pemimpin Pas ini bukanlah pakar perundangan pun selain 
menghafal kitab-kitab dan bertaklid buta kepada ulama tertentu.  
 
Malangnya ramai orang tertipu dengan hipokrasi ini hinggakan menganggap apa sahaja Pas 
buat Islamik dan apa yang UMNO buat tidak menepati kehendak Islam. 
 
Namun apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam adalah satu yang 
ironis kepada seluruh perjuangan Islam Pas.  
 
Seluruh umat Islam di negara ini pasti pening memikirkan bagaimana mereka yang mengaku 
ulama dan tok guru mengambil undang-undang (Akta-akta Mahkamah Syariah Wilayah 
Persekutuan) daripada orang yang mereka panggil ‘mahafiraun’ untuk dijadikan sebagai 
undang-undang negeri ‘Islam’ (Terengganu) mereka. 
 
Kerajaan Terengganu pimpinan Pas yang selama ini melihat pemerintahan UMNO sebagai 
pemerintah taghut dan tidak islamik telah mengambil 99% Rang Undang-Undang Islam 
Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu. 
 
Dengan kata lain, apa yang mereka anggap selama ini tidak tepat, tidak betul, tidak 
islamik telah diambil dan diluluskan oleh kerajaan Terengganu pimpinan Pas.  
 
Tidak cukup dengan itu, ‘Ulama Muktabar Pas’ Datuk Seri Abdul Hadi Awang semasa 
ditanya pemberita enggan mengakui atau menafikan bahawa kerajaan pimpinannya mengambil 
perundangan Islam Wilayah Persekutuan.  
 
Sebaliknya beliau menganggap kalau ada pun sebagai kebetulan sahaja. Alangkah hebatnya 
kebetulan ini hinggakan yang berubah hanya kepada perkataan akta kepada enakmen dan 
Yang Dipertuan Agong kepada Sultan Terengganu. 
 
Demikianlah egonya seorang yang meletakkan dirinya sebagai tok guru dan ulama ini 
hinggakan walaupun telah terbukti bahawa 99% apa yang dibentangkan itu adalah dari 
perundangan Islam WP, beliau tanpa malu masih enggan mengakui bahawa mereka meluluskan 
Undang-Undang yang dibuat oleh kerajaan pimpinan UMNO.  
 
Sebenarnya tidak ada salah untuk kerajaan Terengganu mengambil perundangan Islam WP 
ini kerana telah ternyata ia baik untuk umat Islam.  
 
Cuma adab orang berilmu, kalau menggunakan ilmu atau kajian orang lain hendaklah kita 
memberi akreditasi atau perakuan kepada orang yang menggubalnya. 
 
Tapi kita faham jika Hadi Awang enggan mengakuinya. Jika beliau mengakui fakta ini 
maka ia samalah seperti mengatakan Pas mengiktiraf pemerintahan Islam UMNO. Sekaligus 
bermakna UMNO mendahului atau memimpin Pas dalam Islam – satu hal yang tidak mungkin 
mahu diakui oleh pemimpin Pas sampai bila-bila.  
 
Kerana jika ini berlaku hilanglah imej dan ego pemipin Pas yang dibanggakan oleh para 
penyokong mereka sebagai lebih islam dan pakar tentang islam berbanding orang lain. 
Sekaligus dalam jangka masa panjang ia akan menghakis ‘akidah’ parti Pas yang telah 
dipupuk selama ini.  
 
Kita tidak kisah jika mereka enggan mengakuinya kerana ego. Ini sudah lumrah manusia.  
 
Tapi bukankah mereka juga selama ini menganggap akta-akta itu tidak menepati kehendak 
Islam? Ini perkara serius. Kalau dulu tidak betul kenapa sekarang harus betul? Apakah 
kerana Pas yang meluluskannya maka secara automatik ia menepati kehendak Islam? 
 
Hadi Awang dalam mengelakkan diri dari mengaku ia mengambil undang-undang Islam WP 
yang digubal oleh kerajaan pimpinan UMNO telah menggunakan analogi dengan mengatakan 
bahawa Saidina Umar juga pernah mengambil undang-undang Parsi dan Rom. 
 
Apa jenis pemimpin ini? Sudahlah tidak mengaku mengambil undang-undang buatan UMNO, 
kemudian buat perbandingan seolah-olah beliau macam Saidina Umar dan kerajaan pusat 
macam kerajaan Rom dan Parsi (bukan Islam) pula. 
 
Apa jenis manusia orang macam Hadi Awang ini kita kurang jelas.  
 
Dulu dia kata kita jahiliyah sebab ambil sebahagian undang-undang Kafir (British) jadi 
perlembagaan Malaysia. Kalau lupa eloklah Hadi Awang semak ucapan-ucapan beliau yang 
mendakwa sesiapa mengambil perundangan kafir maka ia kafir untuk menjustifikasikan 
penerimaan UMNO ke atas Perlembagaan Malaysia hari ini. 
 
Tapi bila tiba gilirannya, cepat pula guna alasan bahawa Saidina Umar pernah mengambil 
undang-undang orang kafir.  
 
Macam mana ni tok guru. Dulu kami jadi kafir kerana guna sebahagian undang-undang 
British. Tapi sekarang Tok Guru kata Saidina Umar juga pernah ambil undang-undang Rom 
dan Parsi (orang kafirlah tu). 
 
Parahnya pemikiran ini kerana Islamik atau tidak, halal atau haram sesuatu itu bukan 
lagi kepada prinsip Islam tetapi kepada pakaian atau luaran sesuatu itu. Nampaknya apa 
yang Pas buat islamik dan apa yang UMNO buat tidak Islamik kerana Pas parti Islam dan 
UMNO bukan parti Islam.  
 
Kalau luaran atau pakaiannya UMNO maka ia tidak islamik demikian juga sebaliknya jika 
ia diberi pakaian Pas maka semua menjadi islamik dan halal termasuk berkawan dengan 
syaitan, mencarut dan berkhalwat. 
 
Pening kita orang biasa memikirkan putar belit tok guru ni. Cuma soalan penulis untuk 
Hadi Awang dan seluruh ahli Pas: Adakah Babi Jadi Halal Kalau Disembelih?  
 

-- 

_______________________________________________
Talk More, Pay Less with Net2Phone Direct(R), up to 1500 minutes free! 
http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?143 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mee goreng" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke