*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Wrth Wbth.

Kaedah Ulama Imam Syafie buat sesuatu hukum, beliau pergi tanya 
seorang-seorang sampai seratus orang tanpa di ketahui oleh yang lainnya, 
semuanya lengkap dengan qawaid dan ittiba' hukum, sekiranya keseratus orang 
tadi menjawab dengan satu kaedah dinamakan ijma' Ulama dan sekiranya seorang 
berlaian dinamak qias. Nia tanya 2/3 orang saudara dah istihar semua...anak 
tak faham kaedah orang zaman moden letak hukum.

Ana tak kata Profesor Yusof Qardawi salah, tapi jangan cepat letak hukum. 
Time orang tak laksana hukum, kita cepat2 kata salah time kita tak mengapa. 
Sebab tu ana minta beri penjelasan yang jelas.

Jika jatuh haram, bagi sebab, syarat, mani', sah dan batal jatuh haram.

Jadi bila Syeikh Yusof Al Qardawi seorang pukul haram, semua kita nak ikut 
hukum dia,...ana lagi tak faham.


>From: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Digalak jihad berani mati tapi kena caranya supaya tak mati 
>sia2
>Date: Sat, 15 Sep 2001 10:50:40 -0700 (PDT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Sumber:
>http://ahkam.hypermart.net/cgi-bin/ubb/ultimatebb.cgi?ubb=get_topic&f=2&t=000003
>
>Kenyataan Ulamak: Ulamak Islam Mengecam Serangan Ke
>Atas Amerika Syarikat
>----------------------------------
>
>Para ulamak Islam dari semua mazhab telah mengutuk
>serangan yang dilakukan di Amerika Syarikat (AS) pada
>Selasa 11/9/2001. Mereka mengatakan bahawa haram
>hukumnya melakukan serangan ke atas orang awam,
>bagaimana sekalipun permusuhan yang wujud antara
>mereka.
>
>Syeikh Yusof al-Qardhawi berkata, mereka yang
>melakukan serangan ini menurut Islam wajib menerima
>hukuman secara syarak. Tidak kita apa bangsanya, apa
>agamanya dan apa warga negaranya.
>
>Kutukan serangan ini juga dinyatakan oleh al Azhar
>al-Syarif, Mesir: “Perbuatan ini tidak diakui oleh
>mana-mana agama samawi.”
>
>Syeikh al-Qardhawi menyeru agar kaum muslimin menderma
>darah mereka untuk menyelamatkan mangsa-mangsa letupan
>di AS. Katanya, menderma darah, harta dan
>bentuk-bentuk bantuan lain adalah sedekah. Mereka akan
>diberi pahala untuk sedekah ini.
>
>Selanjutnya Syeikh al-Qardhawi menyatakan, “apa yang
>berlaku ini, tidak mungkin sedikitpun, dilakukan oleh
>seorang muslim yang waras fikirannya dan kuat
>agamanya. Syarak menafikan perbuatan berkenaan yang
>menjadikan orang awam sebagai sasarannya.”
>
>Katanya lagi, mengenai pendirian AS terhadap kekejaman
>Israel terhadap rakyat Palestin, sekalipun ia adalah
>perbuatan yang sangat tidak adil, namun ia tidak boleh
>membawa kita kepada tindakan permusuhan terhadap orang
>awam yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan
>orang-orang yang lemah.
>
>Beliau menegaskan, bahawa bumi Palestin adalah
>tempatnya untuk diarahkan permusuhan terhadap Zionist,
>sekalipun AS adalah sekutu rapat Zionist, namun Islam
>tidak membenarkan cara yang berlaku di AS dilakukan.
>Bahkan, Islam menolaknya. Kaum muslimin juga tidak
>boleh ada rasa permusuhan terhadap rakyat AS walau
>besar manapun perbezaan mereka dengan sistem
>pemerintahannya.
>
>Selanjutnya, menurut Syeikh al-Qardhawi, Islam
>melarang membunuh mereka yang tidak melawan, walaupun
>ketika peperangan dan pertempuran. Sebagaimana halnya
>Islam melarang dari membunuh kaum wanita, kanak-kanak
>dan orang tua. Begitu juga dengan paderi dan pendeta
>yang sedang beribadat di tempat peribadatan mereka.
>
>Seperkara lagi, katanya, asas dalam Islam ialah,
>seseorang itu tidak menanggung beban dosa orang lain.
>Di mana setiap manusia bertanggungjawab atas apa yang
>dikerjakan, tidak atas apa yang dikerjakan oleh orang
>lain.
>
>------------
>Manakala al-Azhar al-Syarif Mesir pula mengeluarkan
>kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001. Al-Azhar
>mengutuk tindakan berani mati menyerang Pusat Dagangan
>Dunia New York dan Kementerian Pertahanan AS. Al-Azhar
>menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju samasekali
>dengan tindakan keganasan tidak kira siapa yang
>melakukan dan ia dilakukan di mana. Mereka menyifatkan
>bahawa tindakan keganasan adalah perbuatan yang tidak
>diterima dan tidak diakui baik oleh mana-mana agama
>samawi ataupun oleh akal manusia.
>
>Turut sama mengutuk serangan berkenaan adalah Syeikhul
>Azhar, Imamul Akbar Dr. Muhamad Syed Thanthawi, Dr.
>Yahya Ismail setiausaha Jabhah Ulama’ al-Azhar, Dr.
>Ahmad Umar Hasyim Ra’is Jami’ah al-Azhar dan Dr. Nasr
>Farid Washil Mufti Mesir.
>
>Di Lebanon, Syeikh Muhamad Husain Fadhlullah salah
>seorang dari ulamak besar Syi’ah mengeluarkan
>kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001 yang tidak
>bersetuju dengan serangan berkenaan. Menurutnya,
>“sekalipun kami bermusuhan dengan pemerintah AS
>mengenai pendirian politik mereka ke atas umat Arab
>dan Islam, khasnya rakyat Palestin namun kami tidak
>mengambil pendirian untuk memusuhi rakyat AS. Kami
>tidak menerima sebarang bentuk permusuhan terhadap
>mana-mana rakyat, sepertimana yang telah berlaku di
>mana rakyat AS telah dimusuhi. Ini adalah cara yang
>tidak diakui oleh agama dan risalahnya.”
>
>Katanya lagi, mereka yang melakukan serangan telah
>melakukan dua jenayah, pertama, ketika mereka
>melakukan rampasan kapalterbang dan menyebabkan
>penumpang dari kalangan orang awam terbunuh. Kedua,
>ketika mereka merempuh penempatan orang awam dan
>membunuh orang awam yang tidak berdosa.
>
>Menurutnya lagi, “kami merasa amat terkejut sekali
>terhadap apa yang berlaku ini yang tidak mungkin akan
>dipersetujui oleh mana-mana agama ataupun mana-mana
>logik akal manusia ataupun mana-mana ideologi politik
>yang waras.
>
>=====
>Harun Aminurrashid:
>DeNgaN IziN ALLAH BN PasTi TeWAs !!!
>
>__________________________________________________
>Terrorist Attacks on U.S. - How can you help?
>Donate cash, emergency relief information
>http://dailynews.yahoo.com/fc/US/Emergency_Information/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Ibrahim Imran" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke