*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assala~
Itu pun cuma pendapat Dr Yusuf Qardhawi sorang. Dah
check apa pendapat Dr Omar Abdul Rahman ??. 
Atau pendapat Dr Hafiz Saeed ketua mujahidin Pakistan.
Bagaimana pula pendapat Mullah Omar.?

wassalam
 
--- Ibrahim Imran <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > 
> 
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum Wrth Wbth.
> 
> Kaedah Ulama Imam Syafie buat sesuatu hukum, beliau
> pergi tanya 
> seorang-seorang sampai seratus orang tanpa di
> ketahui oleh yang lainnya, 
> semuanya lengkap dengan qawaid dan ittiba' hukum,
> sekiranya keseratus orang 
> tadi menjawab dengan satu kaedah dinamakan ijma'
> Ulama dan sekiranya seorang 
> berlaian dinamak qias. Nia tanya 2/3 orang saudara
> dah istihar semua...anak 
> tak faham kaedah orang zaman moden letak hukum.
> 
> Ana tak kata Profesor Yusof Qardawi salah, tapi
> jangan cepat letak hukum. 
> Time orang tak laksana hukum, kita cepat2 kata salah
> time kita tak mengapa. 
> Sebab tu ana minta beri penjelasan yang jelas.
> 
> Jika jatuh haram, bagi sebab, syarat, mani', sah dan
> batal jatuh haram.
> 
> Jadi bila Syeikh Yusof Al Qardawi seorang pukul
> haram, semua kita nak ikut 
> hukum dia,...ana lagi tak faham.
> 
> 
> >From: Harun Aminurrashid
> <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: [EMAIL PROTECTED]
> >Subject: H-Net* Digalak jihad berani mati tapi kena
> caranya supaya tak mati 
> >
> >Kenyataan Ulamak: Ulamak Islam Mengecam Serangan Ke
> >Atas Amerika Syarikat
> >----------------------------------
> >
> >Para ulamak Islam dari semua mazhab telah mengutuk
> >serangan yang dilakukan di Amerika Syarikat (AS)
> pada
> >Selasa 11/9/2001. Mereka mengatakan bahawa haram
> >hukumnya melakukan serangan ke atas orang awam,
> >bagaimana sekalipun permusuhan yang wujud antara
> >mereka.
> >
> >Syeikh Yusof al-Qardhawi berkata, mereka yang
> >melakukan serangan ini menurut Islam wajib menerima
> >hukuman secara syarak. Tidak kita apa bangsanya,
> apa
> >agamanya dan apa warga negaranya.
> >
> >Kutukan serangan ini juga dinyatakan oleh al Azhar
> >al-Syarif, Mesir: “Perbuatan ini tidak diakui oleh
> >mana-mana agama samawi.”
> >
> >Syeikh al-Qardhawi menyeru agar kaum muslimin
> menderma
> >darah mereka untuk menyelamatkan mangsa-mangsa
> letupan
> >di AS. Katanya, menderma darah, harta dan
> >bentuk-bentuk bantuan lain adalah sedekah. Mereka
> akan
> >diberi pahala untuk sedekah ini.
> >
> >Selanjutnya Syeikh al-Qardhawi menyatakan, “apa
> yang
> >berlaku ini, tidak mungkin sedikitpun, dilakukan
> oleh
> >seorang muslim yang waras fikirannya dan kuat
> >agamanya. Syarak menafikan perbuatan berkenaan yang
> >menjadikan orang awam sebagai sasarannya.”
> >
> >Katanya lagi, mengenai pendirian AS terhadap
> kekejaman
> >Israel terhadap rakyat Palestin, sekalipun ia
> adalah
> >perbuatan yang sangat tidak adil, namun ia tidak
> boleh
> >membawa kita kepada tindakan permusuhan terhadap
> orang
> >awam yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan
> >orang-orang yang lemah.
> >
> >Beliau menegaskan, bahawa bumi Palestin adalah
> >tempatnya untuk diarahkan permusuhan terhadap
> Zionist,
> >sekalipun AS adalah sekutu rapat Zionist, namun
> Islam
> >tidak membenarkan cara yang berlaku di AS
> dilakukan.
> >Bahkan, Islam menolaknya. Kaum muslimin juga tidak
> >boleh ada rasa permusuhan terhadap rakyat AS walau
> >besar manapun perbezaan mereka dengan sistem
> >pemerintahannya.
> >
> >Selanjutnya, menurut Syeikh al-Qardhawi, Islam
> >melarang membunuh mereka yang tidak melawan,
> walaupun
> >ketika peperangan dan pertempuran. Sebagaimana
> halnya
> >Islam melarang dari membunuh kaum wanita,
> kanak-kanak
> >dan orang tua. Begitu juga dengan paderi dan
> pendeta
> >yang sedang beribadat di tempat peribadatan mereka.
> >
> >Seperkara lagi, katanya, asas dalam Islam ialah,
> >seseorang itu tidak menanggung beban dosa orang
> lain.
> >Di mana setiap manusia bertanggungjawab atas apa
> yang
> >dikerjakan, tidak atas apa yang dikerjakan oleh
> orang
> >lain.
> >
> >------------
> >Manakala al-Azhar al-Syarif Mesir pula mengeluarkan
> >kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001. Al-Azhar
> >mengutuk tindakan berani mati menyerang Pusat
> Dagangan
> >Dunia New York dan Kementerian Pertahanan AS.
> Al-Azhar
> >menegaskan bahawa mereka tidak bersetuju samasekali
> >dengan tindakan keganasan tidak kira siapa yang
> >melakukan dan ia dilakukan di mana. Mereka
> menyifatkan
> >bahawa tindakan keganasan adalah perbuatan yang
> tidak
> >diterima dan tidak diakui baik oleh mana-mana agama
> >samawi ataupun oleh akal manusia.
> >
> >Turut sama mengutuk serangan berkenaan adalah
> Syeikhul
> >Azhar, Imamul Akbar Dr. Muhamad Syed Thanthawi, Dr.
> >Yahya Ismail setiausaha Jabhah Ulama’ al-Azhar, Dr.
> >Ahmad Umar Hasyim Ra’is Jami’ah al-Azhar dan Dr.
> Nasr
> >Farid Washil Mufti Mesir.
> >
> >Di Lebanon, Syeikh Muhamad Husain Fadhlullah salah
> >seorang dari ulamak besar Syi’ah mengeluarkan
> >kenyataannya pada hari Rabu 12/9/2001 yang tidak
> >bersetuju dengan serangan berkenaan. Menurutnya,
> >“sekalipun kami bermusuhan dengan pemerintah AS
> >mengenai pendirian politik mereka ke atas umat Arab
> >dan Islam, khasnya rakyat Palestin namun kami tidak
> >mengambil pendirian untuk memusuhi rakyat AS. Kami
> >tidak menerima sebarang bentuk permusuhan terhadap
> >mana-mana rakyat, sepertimana yang telah berlaku di
> >mana rakyat AS telah dimusuhi. Ini adalah cara yang
> >tidak diakui oleh agama dan risalahnya.”
> >
> >Katanya lagi, mereka yang melakukan serangan telah
> >melakukan dua jenayah, pertama, ketika mereka
> >melakukan rampasan kapalterbang dan menyebabkan
> >penumpang dari kalangan orang awam terbunuh. Kedua,
> >ketika mereka merempuh penempatan orang awam dan
> >membunuh orang awam yang tidak berdosa.
> >
> >Menurutnya lagi, “kami merasa amat terkejut sekali
> >terhadap apa yang berlaku ini yang tidak mungkin
> akan
> >dipersetujui oleh mana-mana agama ataupun mana-mana
> >logik akal manusia ataupun mana-mana ideologi
> politik
> >yang waras.
> 
=== message truncated === 

____________________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get your free @yahoo.co.uk address at http://mail.yahoo.co.uk
or your free @yahoo.ie address at http://mail.yahoo.ie

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?hadi=20hadad?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke