*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selama ini kita diberikan gambaran yang buruk tentang kerajaan
Taliban di Afghanistan oleh media-massa Barat. Kononnya Taliban
adalah satu golongan manusia yang amat ganas dan tidak bertamadun.
Setelah membuat kajian teliti melalui maklumat dalam internet,
contohnya di:

http://www.islam.org.au/articles/18/taliban1.htm
http://www.islam.org.au/articles/18/taliban2.htm

barulah kita sedar mereka sebenarnya adalah golongan Sunni yang
bercita-cita menubuhkan sebuah negara Islam yang tulin. Mereka
sekarang dimusuhi oleh dunia Barat, Amerika dan Yahudi kerana
bimbang kejayaan Taliban akan mempengaruhi seluruh negara-negara
Islam supaya kembali kepada ajaran Islam dan BERSATU menjadi satu
KUASA Islam yang kuat di dunia ini.

Sekiranya Afghanistan, yang sekarang ini di bawah kepimipinan
ulama berjaya membentuk sebuah negara Islam yang tidak bergantung
kepada mana-mana kuasa kuffar, maka dengan sendirinya ia menjadi
semakin maju dan kuat. Puak Taliban bukannya fanatik, mereka
berfikiran terbuka dan beriya-iya mahu membina Afghanistan sebagai
tempat untuk semua umat Islam datang dan membina kepakaran teknologi
dan ketenteraan secara Islam. Inilah yang sangat dibimbangi oleh
pihak musuh-musuh Islam.

Orang yang bernama Osama Bin Laden dicap sebagai ketua pengganas
antarabangsa adalah helah Amerika untuk menyerang Afghanistan
dan menghancurkan kekuatan umat Islam di sana. Sebenarnya Osama
mempunyai cita-cita untuk menyatukan seluruh umat Islam di Timur
Tengah. Akan tetapi cita-citanya sekarang ditakuti oleh puak
kuffar dan Yahudi. Mereka mencari alasan untuk menyerang Taliban,
kononnya ia memberi perlindungan kepada seorang pengganas yang
bernama Osama Bin Laden.

Sebab itu Amerika dan sekutunya, termasuk Israel tergesa-gesa
mengambil kesempatan untuk menyerang Afghanistan walaupun mereka
tidak ada bukti yang kukuh bahawa Osama yang memusnahkan bangunan
berkembar WTC di New York. Maka negara-negara Arab sendiri tertipu
oleh dakyah Amerika, malahan negara-negara Arab sendiri yang 
bimbang pengaruh Osama akan merebak dan suatu hari nanti mampu
menjatuhkan mereka.

Slogan "Bersama Menghapuskan Keganasan" adalah satu tipu helah
Amerika. Sebab itulah akhir-akhir ini Amerika melarang semua
rangkaian TV dan berita antarabangsa supaya jangan menyiarkan
penjelasan terkini daripada pihak Taliban dan Osama sendiri,
takut-takut dunia akan tahu tipu muslihat Amerika yang sebenarnya.

Sekarang ini maklumat terkini daripada pihak Taliban disekat dan
diganggu. Pihak Amerika telah menggangu semua hugungan melalui
internet kepada Taliban. Oleh itu pihak Taliban tidak boleh
menyampaikan maklumat sebenar kepada dunia luar. Kita sendiri
tidak dapat berhubung dengan pihak Taliban melalui internet kerana
musuh-musuh Islam telah menyekat salurannya.

Antara sebab-sebab kenapa Amerika dan Yahudi mahu menghapuskan
Taliban.

1. Mereka menjalankan hukum hudud
2. Mereka menjemput pakar-pakar teknologi dan sains hanya terdiri
   daripada orang-orang Islam yang berfahaman Sunni
3. Mereka akan membina satu tentera Islam yang terdiri dari semua
   kaum dan bangsa (Arab, Pakistan, Chenchen dsbnya) yang berugama 
   Islam.
4. Mereka akan berdakwah kepada semua negara Islam supaya kembali
   bersatu membentuk semula "khilafah islamiyah".
5. Afghanistan akan menjadi pusat kebudayaan Islam yang tulin yang
   mana menjadi negara Islam contoh yang bebas daripada pengaruh
   kuasa-kuasa kuffar.
6. Afghanistan akan menjadi negara contoh memberi tarbiyah kepada
   umat Islam supaya berdikari dan membina kekuatan sendiri.
7. Afghanistan akan menjadi suatu kuasa ketenteraan bersasaskan Islam
   menentang segala bentuk penindasan termasuk melawan Israel yang
   sedang menzalimi orang-orang Palestin.

Berdasarkan ini semua, Osama Bin Laden dituduh sebagai orang arkitek
dan mastermind dalam membina gagasan Islam ini. Tidak hairanlah
Amerika dan Yahudi mahu menghapuskannya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to