*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
tak payah la nak kata media massa barat yg buruk-burukkan taliban..
media massa kat malaysia dan kerajaan malaysia yg didukong oleh UMNO apa
kurangnya..kadang-kadang lebih jahat tuduhannya dari media massa barat.

MrChan wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Selama ini kita diberikan gambaran yang buruk tentang kerajaan
> Taliban di Afghanistan oleh media-massa Barat. Kononnya Taliban
> adalah satu golongan manusia yang amat ganas dan tidak bertamadun.
> Setelah membuat kajian teliti melalui maklumat dalam internet,
> contohnya di:
> 
> http://www.islam.org.au/articles/18/taliban1.htm
> http://www.islam.org.au/articles/18/taliban2.htm
> 
> barulah kita sedar mereka sebenarnya adalah golongan Sunni yang
> bercita-cita menubuhkan sebuah negara Islam yang tulin. Mereka
> sekarang dimusuhi oleh dunia Barat, Amerika dan Yahudi kerana
> bimbang kejayaan Taliban akan mempengaruhi seluruh negara-negara
> Islam supaya kembali kepada ajaran Islam dan BERSATU menjadi satu
> KUASA Islam yang kuat di dunia ini.
> 
> Sekiranya Afghanistan, yang sekarang ini di bawah kepimipinan
> ulama berjaya membentuk sebuah negara Islam yang tidak bergantung
> kepada mana-mana kuasa kuffar, maka dengan sendirinya ia menjadi
> semakin maju dan kuat. Puak Taliban bukannya fanatik, mereka
> berfikiran terbuka dan beriya-iya mahu membina Afghanistan sebagai
> tempat untuk semua umat Islam datang dan membina kepakaran teknologi
> dan ketenteraan secara Islam. Inilah yang sangat dibimbangi oleh
> pihak musuh-musuh Islam.
> 
> Orang yang bernama Osama Bin Laden dicap sebagai ketua pengganas
> antarabangsa adalah helah Amerika untuk menyerang Afghanistan
> dan menghancurkan kekuatan umat Islam di sana. Sebenarnya Osama
> mempunyai cita-cita untuk menyatukan seluruh umat Islam di Timur
> Tengah. Akan tetapi cita-citanya sekarang ditakuti oleh puak
> kuffar dan Yahudi. Mereka mencari alasan untuk menyerang Taliban,
> kononnya ia memberi perlindungan kepada seorang pengganas yang
> bernama Osama Bin Laden.
> 
> Sebab itu Amerika dan sekutunya, termasuk Israel tergesa-gesa
> mengambil kesempatan untuk menyerang Afghanistan walaupun mereka
> tidak ada bukti yang kukuh bahawa Osama yang memusnahkan bangunan
> berkembar WTC di New York. Maka negara-negara Arab sendiri tertipu
> oleh dakyah Amerika, malahan negara-negara Arab sendiri yang
> bimbang pengaruh Osama akan merebak dan suatu hari nanti mampu
> menjatuhkan mereka.
> 
> Slogan "Bersama Menghapuskan Keganasan" adalah satu tipu helah
> Amerika. Sebab itulah akhir-akhir ini Amerika melarang semua
> rangkaian TV dan berita antarabangsa supaya jangan menyiarkan
> penjelasan terkini daripada pihak Taliban dan Osama sendiri,
> takut-takut dunia akan tahu tipu muslihat Amerika yang sebenarnya.
> 
> Sekarang ini maklumat terkini daripada pihak Taliban disekat dan
> diganggu. Pihak Amerika telah menggangu semua hugungan melalui
> internet kepada Taliban. Oleh itu pihak Taliban tidak boleh
> menyampaikan maklumat sebenar kepada dunia luar. Kita sendiri
> tidak dapat berhubung dengan pihak Taliban melalui internet kerana
> musuh-musuh Islam telah menyekat salurannya.
> 
> Antara sebab-sebab kenapa Amerika dan Yahudi mahu menghapuskan
> Taliban.
> 
> 1. Mereka menjalankan hukum hudud
> 2. Mereka menjemput pakar-pakar teknologi dan sains hanya terdiri
>    daripada orang-orang Islam yang berfahaman Sunni
> 3. Mereka akan membina satu tentera Islam yang terdiri dari semua
>    kaum dan bangsa (Arab, Pakistan, Chenchen dsbnya) yang berugama
>    Islam.
> 4. Mereka akan berdakwah kepada semua negara Islam supaya kembali
>    bersatu membentuk semula "khilafah islamiyah".
> 5. Afghanistan akan menjadi pusat kebudayaan Islam yang tulin yang
>    mana menjadi negara Islam contoh yang bebas daripada pengaruh
>    kuasa-kuasa kuffar.
> 6. Afghanistan akan menjadi negara contoh memberi tarbiyah kepada
>    umat Islam supaya berdikari dan membina kekuatan sendiri.
> 7. Afghanistan akan menjadi suatu kuasa ketenteraan bersasaskan Islam
>    menentang segala bentuk penindasan termasuk melawan Israel yang
>    sedang menzalimi orang-orang Palestin.
> 
> Berdasarkan ini semua, Osama Bin Laden dituduh sebagai orang arkitek
> dan mastermind dalam membina gagasan Islam ini. Tidak hairanlah
> Amerika dan Yahudi mahu menghapuskannya.
> 
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke