*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Kalau ini macam punya kebaikan, mungkin kerajaan
Malaysia boleh hantar bersama bantuan ke kem2
pelarian di Afhanistan (seriously).

---------------------
Dari majallah Muslimah 

Budu Pemakanan Tambahan Kesihatan 

Misteri yang baru terungkap, khazanah yang belum
dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti
Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian
para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika,
Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu
memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan,
mengeluarkan sisa toksid dan meningkatkan daya tahan
tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit
merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini
bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini
memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap
makanan "kuno". 

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga
dapat menghalang proses penuaan dan mencegah
terjadinya penyakit degeneratif seperti
aterosklerosis, koroneri jantung, diabetes, kanser
dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian
mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat
antibakteria penyebab cirit-birit, penurunan
kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,
diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis 
protein yang lain. Khasiat budu yang diproses
daripada ikan bilis yang diperam terbukti mampu
mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit
cirit-birit kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia
mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi
golongan yang menderita penyakit cirit-birit kronik
ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia
juga dapat mempertingkatkan IQ sesiapa yang
memakannya kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan
akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron
serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan
budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan
bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama
gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak
dan orang dewasa.

Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,
vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin
larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan
sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
pecahan lain seperti vitamin Bl (thiamin), vitamin B2
(riboflavin) asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6
dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik,
budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang
dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan
Citrobacter frundiin - yang tidak dimiliki dari mana-
mana sumber makanan laut, ikan dan daging lain. Ianya
perlu untuk pembentukan sel darah merah, kekurangan
vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan
menurun. 

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5
sehingga 6.3 mikrogram per100 gram bagi setiap satu
hidangan atau dua sudu besar. Jumlah ini jauh lebih
cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.
Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga
badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan
kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut
mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang
cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium
adalah sebanyak sembilan, 39, dua, 87 dan 8.05 mg
bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat
antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya
vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga
merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh
tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal
bebas. 

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang
mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak
berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif dan boleh
menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan
kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dapada
makanan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi
yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di
dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas
tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan
terdapat tiga jenis isoflavon (unsur antioksidan)
iaitu daidzein, glisitein dan genestien. 

Pada budu, di samping dua jenis unsur ini, terdapat
juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi
isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling
kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di University North
Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur
genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu
terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses
penuaan dan kanser payudara.

Penyakit jantung koroneri (PJK) merupakan salah satu
bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat
penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu
satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan
keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar
lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi,
obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan
budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik
(menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein
serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan
kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan,
mendapati pengambilan budu sebanyak 150gm sehari
selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke
tahap luar dari jangkaan. Selain daripada sumber
protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali
sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di
antara lapan hingga 10% bagi setiap 100gm. la
menyumbang kepada 30% daripada jumlah serat yang
dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding
serat di dalam ikan atau sumber protein lain, serat
pada budu lebih mudah untuk dicernakan.

Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa 
khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan
bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam
melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama
seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada
pelbagai keperluan untuk tubuh badan.


  
-- 

_______________________________________________
Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
http://www.mail.com/?sr=signup


Have you downloaded the latest calling software from Net2Phone? Click here to get it 
now!

http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?157




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke