*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
w/salam,
maaf lah nak bertanya walaupun ambo ni kelate pure, tak sah kalau tak makan 
budu tapi apa yang membimbangkan ialah tahap garam terlalu tinggi yang 
mengakibatkan penyakit darah tinggi. Harap ada doktor-doktor pakar Hnet 
dapat memberi pendapat.


>From: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Budu is very good for U.
>Date: Thu, 18 Oct 2001 16:46:24 +0800
>
>Assalamualaikum,
>
>Kalau ini macam punya kebaikan, mungkin kerajaan
>Malaysia boleh hantar bersama bantuan ke kem2
>pelarian di Afhanistan (seriously).
>
>---------------------
>Dari majallah Muslimah
>
>Budu Pemakanan Tambahan Kesihatan
>
>Misteri yang baru terungkap, khazanah yang belum
>dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan.
>Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti
>Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian
>para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika,
>Australia, New Zealand dan Jerman.
>
>Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu
>memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan,
>mengeluarkan sisa toksid dan meningkatkan daya tahan
>tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit
>merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini
>bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini
>memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap
>makanan "kuno".
>
>Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga
>dapat menghalang proses penuaan dan mencegah
>terjadinya penyakit degeneratif seperti
>aterosklerosis, koroneri jantung, diabetes, kanser
>dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian
>mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat
>antibakteria penyebab cirit-birit, penurunan
>kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan
>hipertensi.
>
>Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,
>diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis
>protein yang lain. Khasiat budu yang diproses
>daripada ikan bilis yang diperam terbukti mampu
>mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit
>cirit-birit kronik akibat kurang zat pada tubuh.
>Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia
>mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi
>golongan yang menderita penyakit cirit-birit kronik
>ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia
>juga dapat mempertingkatkan IQ sesiapa yang
>memakannya kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan
>akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron
>serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan
>budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan
>bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama
>gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak
>dan orang dewasa.
>
>Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,
>vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin
>larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan
>sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada
>pecahan lain seperti vitamin Bl (thiamin), vitamin B2
>(riboflavin) asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6
>dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik,
>budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang
>dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan
>Citrobacter frundiin - yang tidak dimiliki dari mana-
>mana sumber makanan laut, ikan dan daging lain. Ianya
>perlu untuk pembentukan sel darah merah, kekurangan
>vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia
>perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan
>menurun.
>
>Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5
>sehingga 6.3 mikrogram per100 gram bagi setiap satu
>hidangan atau dua sudu besar. Jumlah ini jauh lebih
>cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari.
>Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga
>badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan
>kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
>
>Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut
>mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang
>cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium
>adalah sebanyak sembilan, 39, dua, 87 dan 8.05 mg
>bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat
>antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya
>vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga
>merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh
>tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal
>bebas.
>
>Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang
>mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak
>berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif dan boleh
>menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan
>kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dapada
>makanan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi
>yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di
>dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas
>tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan
>terdapat tiga jenis isoflavon (unsur antioksidan)
>iaitu daidzein, glisitein dan genestien.
>
>Pada budu, di samping dua jenis unsur ini, terdapat
>juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi
>isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling
>kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan lain.
>Penelitian yang dilakukan di University North
>Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur
>genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu
>terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses
>penuaan dan kanser payudara.
>
>Penyakit jantung koroneri (PJK) merupakan salah satu
>bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat
>penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu
>satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin
>disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan
>keturunan.
>
>Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar
>lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi,
>obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan
>budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik
>(menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein
>serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan
>kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan,
>mendapati pengambilan budu sebanyak 150gm sehari
>selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke
>tahap luar dari jangkaan. Selain daripada sumber
>protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali
>sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.
>Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di
>antara lapan hingga 10% bagi setiap 100gm. la
>menyumbang kepada 30% daripada jumlah serat yang
>dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding
>serat di dalam ikan atau sumber protein lain, serat
>pada budu lebih mudah untuk dicernakan.
>
>Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa
>khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan
>bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam
>melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama
>seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada
>pelbagai keperluan untuk tubuh badan.
>
>
>
>--
>
>_______________________________________________
>Sign-up for your own FREE Personalized E-mail at Mail.com
>http://www.mail.com/?sr=signup
>
>
>Have you downloaded the latest calling software from Net2Phone? Click here 
>to get it now!
>
>http://www.net2phone.com/cgi-bin/link.cgi?157
>
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "apa nama" <[EMAIL PROTECTED]>


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Kosong IQ" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke