*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Satu persoalan besar yang ditimbulkaan. Adakah tindakan Amerika
mengebom Afghanistan untuk menghapuskan puak Taliban dan gerakan
pengganas Al-Qaeda semata-mata? Amerika tahu bahawa Taliban adalah
rakyat asli bumi Afghanistan sendiri dan asal-usul puak Taliban
adalah orang-orang yang mendapat pendidikan ugama secara ortodoks.
Mereka adalah guru-guru ugama yang mengajar kitab-kitab karangan
ulama-ulama silam dan murid-murid yang mempelajari Islam secara
tradisional.

Berdasarkan ini, Amerika bimbang corak dan halatuju pemerintahan
Afghanistan oleh Taliban akan lama kelamaan menyebabkan rakyat
Afghan menjadi amat ortodoks dalam pemikiran mereka. Tentu sekali
ini tidak menguntungkan pihak Amerika yang bercita-cita untuk
bertapak di bumi "alim-ulama", atau apa yang mereka sebut sebagai
"the land of mullahs". Apabila Taliban menolak budaya ala Amerika
dari berkembang di Afghanistan, tamadun dunia moden ini tidak
boleh menerima masyarakat Islam ala Taliban. Fahaman ortodoks dan
fundamentalisma tidak dibenarkan wujud dalam dunia serba moden
ini. Bagi masyaraket Barat, hidup cara Islam yang tulin, yang mana
ummat Islam tidak suka kepada hiburan, program-program TV yang
tak senonoh yang bercanggah dengan nilai-nilai suci Islam, mereka
melihat cita-cita Taliban menjadikan masyarakat Islam Afghanistan
yang sentiasa memelihara budaya murni "Qur'an dan Sunnah" sebagai 
amalan songsang yang menentang arus kemodenan dan globalisasi.

Maka sebab ini Amerika dan Barat berfikir Taliban patut disekat
dan dihapuskan dari muka bumi ini. Memang rakyat Afghanistan
telah menjiwai Islam secara tradisional semenjak nenek moyang
mereka lagi. Kerana kebencian ini, Barat mencari berbagai alasan
untuk menghapuskan Taliban. Lebih-lebih lagi Taliban dan gerakan
Al-Qaeda tidak mengikut telunjuk Amerika. Bagi Amerika, pantang
jika ada mana-mana puak dan negara yang menentang polisinya.

Pengeboman terhadap Afghanistan adalah satu usaha penghapusan etnik.
Amerika mahu menghancur orang-orang gagah berani Afghan yang me-
nentang mereka. Bukan setakat ini sahaja, bom-bom Amerika mahu
menentukan sebanyak mungkin rakyat Afghan yang mati supaya mereka
menjadi amat lemah dan mudah ditakluki. Kelak, apabila Amerika
menang, mereka mudah memasuki Afghanistan kerana TIDAK mendapat
tentangan lagi dari mana-mana rakyat Afghanistan. Ini untuk jangka
masa yang lama, ummat Islam Afghanistan tidak akan bangkit-bangkit
lagi menentang Amerika, mereka akan ikut apa sahaja Amerika ajar.

Kita juga merasa hairaan, kenapa Amerika tidak menyerang Iraq
habis-habisan? Mungkin bagi Amerika rakyat Iraq lama kelamaan akan
menjadi lemah dan tidak berupaya lagi menentang mereka. Jika
Taliban dapat dikalahkan, tentu sekali adalah lebih mudah Sudan,
Libya, Iran dikalahkan. Kerja Amerika mengebom cara gila babi
kerana kebencian, bukan kerana menghapuskan keganasan. Amerika
mahu menjadi raja segala-galanya. Jiwa Taliban ialah menjiwai
Islam ortodoks, inilah menjadi satu penhalang besar kepada Amerika.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: MrChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke