Note: forwarded message attached.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make a great connection at Yahoo! Personals.
http://personals.yahoo.com






** High Priority **

Dengan Nama ALLAH Ynag Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.  Segala Puji Bagi ALLAH s.w.t. pemilik
sekalian alam dan selawat serta salam keatas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, sahabat
sahabat radiallahuanhum dan sesiapa yang mengikut mereka
dengan iklas hinggalah ke hari kiamat.

Ya ALLAH ya tuhanku,
ampunkankanlah dosa dosa kami Ya-Ghaffar(Maha
pengampun) maafkanlah kami kerana kami telah
mengabaikan akan amaran yang telah Engkau turunkan
kepada kami (Al-Hujurat ayat 6)

Selama ini kami bersangka buruk terhadap saudara saudara
kami  pihak Taliban dan memandang remeh saudara
saudara kami rakyat Afghanistan.   Ya-Jabbar(Maha
Perkasa), kami kesal kerana selama ini kami hambamu yang
lemah ini lalai akan kewajipan kami memelihara saudara
seIslam kami dimana mereka memerlukan kami. Ya
Mujib(Maha Mengabulkan) Engkau tebalkanlah iman kami
supaya kami mampu untuk menolong mereka dengan
bantuan kewangan dan doa kami.  Dan perkuatkan
semangat kami agar ada diantara kami pergi berjuang
dimedan perang untuk membela nyawa umatMu yang cekal
menempuh dugaanMu di bumi Afghanistan. Ya ALLAH
terima doa hambaMu yang hina ini.

SesungguhnyaYa-Rafi'(Maha Meninggikan) kami dzalim
selama ini, dengan itu kini kami memohon kehadratMu agar
Engkau meninggikan puak Taliban yang meninggikan agama
milikMu dibumi Afghanistan,  pelihara dan menangkanlah
mereka. Kau bantulah mereka dengan tenteraMu, Engkau
kalahkanlah pihak musyikin sebagaiman Engkau musnahkan
tentera abrahah.

Ya-Muizz(Maha Muliakan) tolonglah muliakan saudara
saudara kami diAfghanistan, kuatkanlah iman mereka
sebagaiman kau kuatkan umat Islam dimedan Badar.
Muliakanlah mereka setelah mereka ini begitu tabah
menghadapi ujianmu sekian lama.

Sesungguhnya kami akur akan ketetapanMu dan kami
berserah sepenuhnya terhadapMu kerana kami sedar akan
sifatmu Ya-Khabir(Maha Bijaksana) Dengan izinMu kami
akan sabar menghadapi segala dugaanMu, apa yang kami
amat takut adalah dugaan berbentuk kesenangan yang
melalaikankan kami.

kami redo apa jua keputusanMu Ya-Mu'min(Maha
Pemelihara Keamanan)

akhir sekali Ya-Rabbi, sampaikan lah tulisan ini(dan tulisan
dikepilan)kepada saudara kami saudara anwar ibrahim dan
semua saudara saudara kami yang belum nampak akan
kebenaran yang cuba ditegakkan di bumi Afghanistan
selama ini agar mereka juga akan mengabungkan diri
mereka dengan jemaah Islam. Ya-Muhaimin(Maha
Memelihara), sesungguhnya kami sedar hidayah itu milikmu
dan kami bermohon agar kau taburkan hidayahMu kepada
kami semua agar kami dapat menjulang agama milikMu
Islam diMalaysia dan diseluruh dunia akhirnya.

Amin. Ya-Rabbal alamin......



YANG TERHEBAT MENGENAI AFGHANISTAN

"The Invisible Afghanistan" - Oleh Sayyid Rahmatullah Hashemi

Prakata webmaster: Kita amat berterima kasih kepada penterjemah yang sudi
melakukan yang terbaik buat tatapan kita bersama. Jazakallah... Media
perdana negara menggambarkan Taliban sebagai sekumpulan pengganas yang
kejam dan patut dibiarkan mati atau diserang. Begitulah kesimpulan dalam
berita 1.30 tengah hari 3 Oktober yang disiarkan melalui TV3. Jika tidak
kerana iman kita akan berubah dari bersimpati kepada mengecam Taliban.

Apakah dosa Taliban sehingga digambarkan sedemikian rupa? Apakah benar
dakwaan media perdana bahawa Taliban kumpulan yang kejam akibat menjalankan
hukum Allah yakni merejam perempuan yang berzina dengan batu (salah satu
ciri hukum hudud) dan menembak patung-patung Buddha setelah tiada lagi
penganut Buddha di Afghanistan kerana mereka seratus peratus beragama
Islam? Marilah kita singkap melalui artikel ini siapakah Taliban yang
sebenarnya.  insya-Allah!!~webmaster

 [Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat
US awal tahun 2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah
beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10,
2001]

Telah difirmankan dalam Al Qur'an, "Hai orang-orang yang beriman, jika
datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan
teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu
itu." [Al-Hujurat 49:6]

" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di
Universiti Southern California), dan mereka memulakan perbualan dengan
topik  patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana
begitu sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang
(dari  cerdik pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang
dihadapi oleh Afghanistan. Dan hanya tentang patung-patung tersebut sahaja
yang mereka ketahui mengenai Afghanistan.

Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah menderita kerana
kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telah menderita dalam abad
ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami tidak
menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang kami.
Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan
kami sendiri.

Pencerobohan Soviet

Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979.
Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan. Tetapi pihak Russia dengan
tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan
Disember 1979, iaitu lebih kurang 21 tahun dahulu, dan telah menjajah
selama satu dekad, membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta
orang, dan 6 juta orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan
diri dari kekejaman Russia dan bermastautin di negara-negara lain. Di masa
ini pun anak-anak kami mati kerana bahana periuk api (land mines) yang
ditanam oleh pihak Russia. Dan tidak siapa di dunia luar memperdulikan hal
ini.

Selepas Russia Dikalahkan

Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan China
membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahidin. Hanya 7 kumpulan
Mujahidin beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak
dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua
kumpulan-kumpulan Mujahidin ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang
berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak bersatu di bawah satu
pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri di Afghanistan.
Kemusnahan akibat dari pertempuran sesama sendiri itu lebih teruk dari
kemusnahan yang dialami semasa penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang
telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta rakyat lagi melarikan diri dari
situasi huru-hara tersebut ke negara-negara lain.

Munculnya Taliban

Melihat huru-hara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan
pelajar-pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar)
telah menubuhkan gerakan pelajar Taliban bermula di sebuah perkampungan di
Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghanistan. Taliban mula wujud
sebagai sebuah gerakan apabila seorang 'warlord' (ketua kumpulan bersenjata
- bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan. Ibu bapa
kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah 'sekolah agama pondok'
dan meminta guru di sekolah tersebut menolong mereka.

Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan
hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut.
Selepas membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka
telah menggantung mati komander. Ramai orang-orang komander tersebut turut
digantung.

Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah ini,
ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan
mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak
bandit. Gerakan pelajar ini - Taliban - kini menguasai 95% Afghanistan
termasuk ibu negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus
bermaharajalela di secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah
Northern Alliance).

Kejayaan Taliban

Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah kejayaan
kami yang tidak diketahui oleh dunia:
1.) Pertamanya kami telah menyatukan negara yang berpecah-belah.
Afghanistan sebelum ini berpecah kepada lima kawasan-kawasan. Kami
menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan oleh lain-lain pihak.

2.) Perkara Kedua yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah
melucutkan senjata yang dimiliki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia,
hampir setiap orang Afghan memiliki Kalshnikov , dan juga senjata canggih
seperti stinger missiles, dan ada yang memiliki pesawat dan helicopter
pejuang. Melucutkan senjata mereka kelihatan mustahil. Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) menawarkan US$3 billion untuk membeli balik senjata-senjata
itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka rancangan PBB tersebut tidak
diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan. Tetapi kami telah berjaya
melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.

3.) Kejayaan kami yang ketiga adalah membawa Afghanistan di bawah satu
pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahun sebelum kami ambil
alih.

4.) Kejayaan kami yang ke empat, yang mengkagumkan ramai orang, adalah
memusnahkan sebanyak 75% tanaman candu dunia. Sebelum kami menghapuskannya,
75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan pada tahun lepas
kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada tahun ini
2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB di bawah naungan UNDCP, Encik Barnard
F. dengan bangganya mengisytiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari
tanaman candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong - langsung tak
ada lagi. Malangnya seramai 700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu
telah kehilangan kerja. Pakar-pakar PBB itu tidak menyukai bila kami
mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman candu. Dan tahun ini mereka
kehilangan kerja.

5.) Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi manusia di
Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduh kami melanggar
hak-hak asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan
hak-hak asasi manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah
hak untuk hidup dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang
pun di Afghanistan boleh hidup dengan selamat. Malah perkara pertama yang
kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang selamat dan aman. Keutamaan
kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman yang bebas dan adil.
Rakyat Afghanistan tidak perlu membayar untuk mendapat pengadilan seperti
yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak perlu membeli
keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah diperolehi.

Hak-hak Kaum Wanita

Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita.
Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami
memerintah?

Saya lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di
sini, dan mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban
memerintah, kaum wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai
binatang. Mereka dijual. Kami (Taliban) menghapuskan amalan yang sangat
keji ini. Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi
mereka. Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita
hak untuk memilih bakal suami masing-masing.

Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan
adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini
bercanggah dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi
tradisi bila dua puak yang bertempur ingin berdamai, maka mereka akan
bertukar-tukar wanita. Dan amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.

Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita di
Afghanistan sebenarnya diizin berkerja. Kami akui sebelum1996, iaitu
sebelum kami menakluki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita
supaya duduk rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuroh
mereka duduk rumah buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita
bahawa mereka perlu duduk rumah kerana pada masa itu keadaan huru-hara
tanpa kuat kuasa undang dan oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar
rumah.

Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milik persendirian, kami sudah
menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah
dibenarkan berkerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan
berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu
wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek
menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja.
Mereka berkerja di Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri,
pendidikan, kebajikan awam dan seterusnya.

Kami juga tidak menghalang kaum wanita untuk mendapat pendidikan. Kami
telah menyatakan kami mahu wanita diberi pelajaran, dan kalau pun tidak ada
tekanan dari pihak luar kami tetap akan memberi pelajaran kepada kaum
wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami diperintah (oleh Allah) untuk
memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan sekolah-sekolah
berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami tidak ingin
wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang 'co-education'
(sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama sekali
untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan.

Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber
pembiayaan. Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam
sekatan pelajaran - kurikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di
raja, sekatan  pelajaran ala komunis, dan kurikulum yang diperkenalkan oleh
bermacam pihak. Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingung. Kami sudah
pun dapat menyatukan semua kurikulum yang bercanggah-canggah itu.

Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan
lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari
lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan.
Dan pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah-sekolah perempuan.
Memangnya masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat
masa ini.

Osama bin Laden

Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika
keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu
anda semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17
tahun, iaitu sebelum Taliban wujud. Bin Laden sudah lama berada di
Afghanistan untuk memerangi Soviet Union, dan Ronald Reagan, presiden
Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah memberi sanjungan kepada Osama
bin Laden dan kumpulannya sebagai pejuang-pejuang pembebasan (freedom
fighters) atau wira-wira yang memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of
Independence), sebab perjuangan Bin Laden dan kumpulannya ketika itu
sejajar dengan dasar Amerika menentang Soviet Union. Tetapi sekarang ini
bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang seperti Bin Ladin
tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel mereka sebagai
pengganas dan diburu.

Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai pengganas-pengganas
Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang dulunya pengganas
tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat). Sebenarnya tidak ada beza
antara keganasan yang Osama bin Laden dituduh melakukan dengan kekejaman
serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas Afghanistan. Kedua-duanya
tidak diisytiharkan terlebih dahulu, dan kedua-duanya membunuh orang awam.
Jika tindakan keganasan yang Bin Laden  dituduh melakukan itu sesuatu yang
sangat kejam, maka serangan missiles Amerika ke atas Afghanistan juga
sesuatu tindakan yang sangat kejam kerana orang-orang awam telah terbunuh.

Kerajaan United States cuba membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau
terlebih dahulu pengadilan. Pada tahun 1998 pihak US menyerangAfghanistan
dengan missiles, dan pihak US dengan selamba mengumumkan mereka cuba hendak
membunuh Osama bin Laden. Pada ketika itu Osama bin Laden tidak dikenali
oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri tidak kenal padanya. Oleh
demikian kami semua terperanjat.

Saya antara ramai yang berada di rumah pada malam tersebut. Saya dipanggil
hadir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States telah
menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh satu
orang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang
kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan
tersebut.

Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden

Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan jika
Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan ke atas kepentingan US
di Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden
memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat
memberi kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45
hari dan tidak sesiapa pun memberi kami sebarang apa bukti.
United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem
kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan.
Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh seorang tanpa terlebih dahulu
memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika
seseorang itu dianggap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi
memusnahkan rumah orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke
mahkamah.

Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya
dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden.
Kami  mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau
antarabangsa untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak
boleh lakukan apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi
kepunyaannya. Syor kami ini juga ditolak.

Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia menerima
jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini juga
telah turut ditolak oleh US.  (snipped) Afghanistan bukan negara terrorist.
Kami tidak pun berupaya membuat jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh
menjadi ancaman kepada dunia ini?

Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta
manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami.

 Sekatan Ekonomi

Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah. Kami
telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis
musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periuk api yang sengaja ditanam
oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa
Bersatu dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi ke atas
Afghanistan. Dan sekatan ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak
mati setiap bulan kerana kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk.
Dunia buat tidak peduli. Tetapi dunia mengambil berat tentang patung-patung
yang dimusnahkan.

Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati

Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka dunia
tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan
patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO dan sebuah NGO
dari Scandinavia yang datang dengan projek untuk memulihkan muka-muka
patung-patung tersebut yang sudah dihakis oleh hujan. Majlis Rakyat
Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan patung-patung tersebut
digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak Afghanistan yang kebuluran
akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO tersebut menjawab," Tidak
boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."

Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO yang
berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang
Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak-anak kami
yang kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut. Kalau kamu
berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu lakukan?  Anak-anak
kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu di bawah sekatan  ekonomi, dan
orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi ke atas kamu itu telah datang
untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?

Kofi Annan


Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke
Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang
bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan
anak-anak kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung
mahu bercakap tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di
perkhemahan-perkhemahan pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk
membincangkan masalah kemiskinan di Afghanistan. Kofi Annan hanya mahu
membincangkan pasal patung-patung Buddha yang ingin dibaik pulih itu.

Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli
penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir
mati kerana kebuluran dan tidak cukup ubatan akibat sekatan ekonomi
mereka.Yang mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan
patung-patung tersebut.

Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara kami,
Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pegangan (agama
Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana
bagi kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala-galanya. Sesiapa yang
cuba memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengan sekatan ekonomi tidak
akan berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika
ekonomi dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam
kami adalah segala-galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan
adalah lebih elok mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."

[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los Angeles 6
bulan sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]

Terjemahan: Tarabulsi16 Rejab 1422 4 Oktober 2001
----------------------------------------------------------------------












Kirim email ke