Fowarded
message : Tulisan ini adalah bertujuan untuk kita bermuhasabah atau menilai dan
menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati
amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut
dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak
sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Oleh itu tulisan
ini adalah cara terbaik
untuk kita ingat-mengingati sesama kita tentang perkara-perkara
yang menjadi tuntutan
Islam. Dan memang benar ada sesetengah pihak pula selalu mengatakan kubur kita lain-lain dan mengapa kita harus
mencapuri urusan orang
lain. Tapi hakikatnya di diakhirat kelak
kita akan
ditanya siapa saudaramu? Dan ingatlah
saudara kita adalah saudara seIslam. Dan sebagai
saudara seIslam adalah tanggungjawab kita untuk ingat-mengingati
tentang perkara baik yang dituntut oleh Allah. Perhatikan apa yang dipaparkan
dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik. 1 . Amalan kenduri aruah beberapa
malam yang dilakukan oleh keluarga si
mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya)
adalah terbalik dari apa yang dianjurkan
oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk
meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja
untuk mereka yang datang membaca tahlil. 2. Kalau hadir ke
kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan,
maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah
orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah
keluarga si matilah kita patut
memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk
diberi makan bukan untuk ia
menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian
cantik, kemas dan segak tetapi
bila mengadap Allah baik di rumah
maupun di masjid, pakaian lebih kurang
saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ni suatu perbuatan yang terbalik?. 4. Kalau menjadi tetamu
dirumah orang dan di beri jamuan,
kita rasa segan nak makan
biar habis apa yang dijamu
kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan
tidak membazir. 5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi
kalau di rumah, sangat malas.
Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan
di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak. 6. Bulan puasa adalah
bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan
kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah
yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan
di bulan puasa sepatutnya yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?. 7. Kalau nak mengerjakan
haji, kebanyakan orang akan membuat
kenduri sebelum bertolak ke Mekah
dan apabila balik dari Mekah
tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam
Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri,
bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri.
Bukankah amalan ini terbalik?
atau kita
mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibu bapa
amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke
kelas tuition walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak
boleh baca Quran atau solat, tak
bimbang pula bahkan tak mau hantar
tiution baca Quran atau kelas khas
mempelajari Islam. Kalau
guru tuition sanggup dibayar
sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok
Guru Quran nak bayar
RM15.00 sebulan 20 kali hadir
belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita?. 9. Kalau bekerja mengejar
rezeki Allah tak kira siang malam,
pagi petang, mesti pergi kerja.
Hujan atau ribut tetap
diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah
Allah(masjid) tak hujan, tak panas,
tak ribut pun tetap tak datang
ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke
rumahnya segan dan malas. |