*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pada 23/10/01, siaran TV1 Malaysia menyiarkan satu dokumentari CNN tentang keganasan Taliban. Mari kita bertanya, apakah motif TV1 Malaysia menyiarkan dokumentari itu? Tidakkah mereka sedar itu sebenarnya satu propaganda musuh-musuh Islam? Sebenarnya, CNN membuat dokumentari itu ialah untuk menggambarkan kepada masyarakat Barat tentang keburukan Islam. Tujuannya juga ialah menimbulkan rasa curiga sesama ummat Islam. Maka apabila perasaan curiga itu terjadi sesama Islam, maka ummat Islam akan saling membenci antara satu sama lain. Yang lebih istimewa lagi, badan seperti CNN itu mendapat pembiayaan yang besar daripada pertubuhan Yahudi dan Amerika.
Kebetulan pengacara dokumentari itu adalah seorang yang telah murtad daripada Islam dan dia adala seorang wanita berketurunan Afghan yang tinggal di England. Dia kembali ke tanah airnya untuk membuat penggambaran secara rahsia. Dia berharap Afghanistan menjadi sebuah negara yang maju seperti negara di Barat dengan muzik Barat, kelab malam, kedai persolekan wanita, dan hotel mewah. Sebaliknya dia kecewa melihat Afghanistan telah hancur dan rakyat hidup dalam penderitaan. Seolah-olah dia berangan-angan alangkah baiknya bumi Afghanistan menjadi bebas dan tidak tertakluk kepada pemerintahan cara Islam. Gambaran yang mahu ditunjukkan oleh CNN ialah pemerintahan cara Islam adalah zalim dan tidak berkeperimanu- siaan. Antara bentuk fitnah CNN buat terhadap Taliban ialah puak itu menyiksa rakyat Afghanistan. Puak Taliban menjalankan undang- undang Islam yang keras dan ganas. Ada tempat-tempat puak Taliban menyerang perkampungan untuk membunuh kanak-kanak dan merogol wanita. Tuduhan yang dibuat itu tidak mengambil kira bahawa di Afghanistan sendiri terdapat gangster, kumpulan perompak yang bersenjata, dan sindiket pengedaran dadah ..dsbnya. Maka perbuatan ganas oleh puak-puak liar ini disabitkan kepada puak Taliban. Di sinikah CNN menggambarkaan orang-orang Taliban yang bersembahyang jemaah di masjid-masjid sebenarnya adalah pengganas. Dalam lain perkataan, alim-ulama Islam adalah orang-orang fanatik, dan suka menyiksa orangramai. Maka mesej yang hendak disampaikan kepada masyarakat Barat ialah pemerintahan cara Syariat Islam adalah kejam. Yang kita hairan, kenapa TV Malaysia bersungguh-sungguh meng- gambarkan pejuang-pejuang Islam adalah pengganas? Beberapa hari yang lalu, TV Malaysia adalah menyiarkan satu dokumentari bahawa pejuang-pejuang Islam di Kashmir adalah pengganas dan penjahat. Kita mesti ingat pihak Barat dan Yahudi berusaha keras untuk memburuk-burukkan Islam. Maka isu keganasan inilah menjadi satu sajian yang istimewa untuk dihidangkan kepada masyarakat Barat supaya dapat menyekat mereka dari mengenali Islam yang sebenarnya. TV Malaysia pula sengaja menayangkan dokumentari-dokumentari yang dibuat oleh Barat yang berat sebelah, adalah untuk kepentingan tertentu. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>