*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
..asssalamualaikum
, saya sendiri pun terkejut bila tengok TV1 semalam, kenapa lah TV 1, pergi
siar rancangan mcm tu, yg. dah tentu memang nampak nak memburuk - burukkan
puak taliban . Tapi tak sampai setengah jam, saya tutup tv, malas nak layan
berita mcm tu lebih - lebih lagi dr. CNN, yg. kita semua maklum, media
barat, mesti sokong barat punya.

TigerChan wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Pada 23/10/01, siaran TV1 Malaysia menyiarkan satu dokumentari
> CNN tentang keganasan Taliban. Mari kita bertanya, apakah motif
> TV1 Malaysia menyiarkan dokumentari itu? Tidakkah mereka sedar itu
> sebenarnya satu propaganda musuh-musuh Islam? Sebenarnya, CNN
> membuat dokumentari itu ialah untuk menggambarkan kepada masyarakat
> Barat tentang keburukan Islam. Tujuannya juga ialah menimbulkan rasa
> curiga sesama ummat Islam. Maka apabila perasaan curiga itu
> terjadi sesama Islam, maka ummat Islam akan saling membenci antara
> satu sama lain. Yang lebih istimewa lagi, badan seperti CNN itu
> mendapat pembiayaan yang besar daripada pertubuhan Yahudi dan
> Amerika.
>
> Kebetulan pengacara dokumentari itu adalah seorang yang telah
> murtad daripada Islam dan dia adala seorang wanita berketurunan
> Afghan yang tinggal di England. Dia kembali ke tanah airnya
> untuk membuat penggambaran secara rahsia. Dia berharap Afghanistan
> menjadi sebuah negara yang maju seperti negara di Barat dengan
> muzik Barat, kelab malam, kedai persolekan wanita, dan hotel mewah.
> Sebaliknya dia kecewa melihat Afghanistan telah hancur dan rakyat
> hidup dalam penderitaan. Seolah-olah dia berangan-angan alangkah
> baiknya bumi Afghanistan menjadi bebas dan tidak tertakluk kepada
> pemerintahan cara Islam. Gambaran yang mahu ditunjukkan oleh CNN
> ialah pemerintahan cara Islam adalah zalim dan tidak berkeperimanu-
> siaan.
>
> Antara bentuk fitnah CNN buat terhadap Taliban ialah puak itu
> menyiksa rakyat Afghanistan. Puak Taliban menjalankan undang-
> undang Islam yang keras dan ganas. Ada tempat-tempat puak Taliban
> menyerang perkampungan untuk membunuh kanak-kanak dan merogol
> wanita. Tuduhan yang dibuat itu tidak mengambil kira bahawa
> di Afghanistan sendiri terdapat gangster, kumpulan perompak
> yang bersenjata, dan sindiket pengedaran dadah ..dsbnya. Maka
> perbuatan ganas oleh puak-puak liar ini disabitkan kepada puak
> Taliban. Di sinikah CNN menggambarkaan orang-orang Taliban yang
> bersembahyang jemaah di masjid-masjid sebenarnya adalah pengganas.
>
> Dalam lain perkataan, alim-ulama Islam adalah orang-orang fanatik,
> dan suka menyiksa orangramai. Maka mesej yang hendak disampaikan
> kepada masyarakat Barat ialah pemerintahan cara Syariat Islam
> adalah kejam.
>
> Yang kita hairan, kenapa TV Malaysia bersungguh-sungguh meng-
> gambarkan pejuang-pejuang Islam adalah pengganas? Beberapa hari
> yang lalu, TV Malaysia adalah menyiarkan satu dokumentari bahawa
> pejuang-pejuang Islam di Kashmir adalah pengganas dan penjahat.
> Kita mesti ingat pihak Barat dan Yahudi berusaha keras untuk
> memburuk-burukkan Islam. Maka isu keganasan inilah menjadi satu
> sajian yang istimewa untuk dihidangkan kepada masyarakat Barat
> supaya dapat menyekat mereka dari mengenali Islam yang sebenarnya.
> TV Malaysia pula sengaja menayangkan dokumentari-dokumentari yang
> dibuat oleh Barat yang berat sebelah, adalah untuk kepentingan
> tertentu.
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ani <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke