*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam wbt,

Sdr mat jentol, I think you have just missed the point!

Setahu saya pihak pembangkang memang tidak melarang pembabitan pelajar
didalam arena politik. Yang melarang adalah pihak BN/Umno!

Dan yang jelasnya, BN/Umno bersikap hipokrit dalam hal ini!
Cakap tidak serupa bikin! Sendiri buat larangan, sendiri langgar larangan!

Jealous bukan isu disini, tetapi sikap hipokrasi dari pihak umno!
Sdr mat jentol jangan terlalu terburu-buru membuat rumusan!

Ya! Memang puteri umno baru nak bertapak. Tetapi hakikatnya umno telah lama
menyusup dikalangan pelajar walau pun dimulut melarang. Kalau tidak masakan
ada GPMS, program-program anjuran umno/btn yang semuanya adalah topeng untuk
politik umno.
Mungkin sdr lupa yang saya pernah mentioned dalam hizbi bahawa saya sendiri
terlibat dalam program-program (gpms/btn/umno) tersebut di awal 80-an ketika
saya masih pelajar sekolah menengah.

Saya setuju 100% dengan kenyataan sdr iaitu "yang benar tak perlu rasa takut
dengan kelakuannya.yang takut hanya anjing dengan bayang-bayangnya."
Sesuai sungguh kenyataan sdr mat jentol ini ditujukan kepada puak-puak umno.

Kenapa umno perlu takut, kenapa tak dibenarkan sahaja pembabitan pelajar
dalam politik kalau umno sendiri sudah berpuluh tahun membabitkan pelajar
kedalam arena politik mereka???

-----Original Message-----
From: mat jentol [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Monday, November 05, 2001 2:16 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Lagi Tentang Puteri Umno & Pelajar


assalamualaikum.....

gitu ler mu asyik nak cari salah orang ajer....

ginilah ambo pun sebenarnya graduate universiti dalam negara nie.tentang 
politik pembangkang di dalam kampus nie dah lama berlaku.saya masuk dalam 
akhor tahun 80an lagi dan kini pun masih dok kat universiti sebagai 
kakitangan.so saya rasa pihak pemerintah pun dah sedar tentang hal nie jadi 
eloklah mereka pun sama-sama tunjukkan bahawa peluang yang ada haruslah 
digunakan.saya 100% percaya sebenarnya yang dikatakan politik pembangkang 
nie adalah hanya pemimpin persatuan sahaja.permainan yang digunakan adalah 
dengan meletakan calun berkenaan disemua kawasandan dimana pemimpin PMI 
selalunya adalah junior kepada pemimpin persatuan mahasiswa islam dan 
disebalik semua calun ini ada pensyarah yang support samda dari segi wang 
untuk buat poster  atau sebagainya.jadi kalau poster warna merah kita dah 
tahu mereka nie dari pihak mana.jadi pada malam esoknya untuk pilihanraya 
maka datanglah pelobi kebilik untuk melobi calun mereka dengan siap kertas 
nama lagi.siapa yang berani mengatakan tidak ada campur tangan politik di 
dalam pemilihan pemimpin pelajar.

jadi kerajaan sekarang harus sedar tentang permainan ini.telah berkali 
diktakan jangan ader campur tangan pollitik dalam pemilihan pelajar.tetapi 
semunya degil.dan sekarang kita sudah nampak langkah yang dimainkan oleh 
puteri umno untuk mencari pengaruh dalam kampus.

jadi tak perlulah dirisaukan tentang kedatangan puteri umno yang hanya baru 
nak bertapak berbanding politik pembangkang yang dah lama bertapak.apa yang 
nak dijelouskan.

yang benar tak perlu rasa takut dengan kelakuannya.yang takut hanya anjing 
dengan bayang-bayangnya.

kalau kita dah mengatakan bahawa allah swt itu adil dan saksama dan maha 
mengatahui kenapa kita nak pertikaikan keadilan allah swt kepada 
umatnya.kita hanya insan biasa yang tak lari dari melakukan salah dan silap 
dan itulah asalnya kejadian manusia di mana tidak akan lari dari melakukan 
salah.kita hanya perlu mengikut perintahnya.jangan memaki hamun orang ,,, 
jangan menjatuhkan maruah orang,,,,jangan mengumpat orang,,,,,jangan nak 
mengatakan bahawa kita adalah lebih baik dari si anu kerana hanya kita 
sembahyang sunat lebih sikit dari orang anu...
yang baik dan benar pasti allah akan memberkatinya
wassalaam

>From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Lagi Tentang Puteri Umno & Pelajar
>Date: Mon, 5 Nov 2001 11:33:49 +0800
>
>Dipetik dari Berita Harian bertarikh 3-Nov-2001:
>
>SEMUA 14 bahagian Puteri Umno di Kelantan sepakat mengambil langkah
>mendekati golongan pelajar dan penuntut sebagai usaha untuk menjinakkan
>mereka menjadi generasi pelapis Umno.
>
>Antara petikan (didalam ruangan yang sama) kata-kata Ahli Jawatankuasa
>Puteri Umno Machang, Narita Mohamad, 19:
>"Saya katakan kepada mereka dengan memasuki Umno, banyak kemudahan daripada
>kerajaan yang memerintah negara sekarang, termasuk bantuan biasiswa untuk
>melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi," katanya.
>
> >>>>>>>>>
>
>Nampaknya dengan terang-terang Puteri Umno terus melanggar perintah 
>pemimpin
>umno dalam pada melibatkan golongan pelajar didalam arena politik!
>
>Sedangkan ketua Puteri Umno sendiri pun secara terang-terang melibat 
>pelajar
>dalam politik, lihat petik dari Berita Harian 26-Sep-2001 yang lalu:
>Pada masa yang sama, Azalina turut melantik pelajar Universiti Teknologi
>Mara (UiTM), Nazlina Nazneen Nazir, 19, sebagai penolong bendahari, bagi
>menggantikan Raja Emylia Raja Lope Ahmad yang meletak jawatan bulan lalu.
>
>
>Puteri Umno juga telah terbukti (dalam pengakuan AJK Puteri Umno Machang)
>cuba merasuah dan menggula-gulakan masyarakat dengan alasan mendapat
>kemudahan kerajaan dan biasiswa dengan memasuki umno.
>
>
>Sebagai flashback, kita lihat kembali petikan kata-kata menteri-menteri 
>umno
>mengenai pembabitan pelajar dalam kancah politik:
>
> >>>>>>>>>>
>''Pelajar harus tunjukkan tatasusila yang sopan. Kita tidak mahu ada 
>pelajar
>terbabit dalam kancah politik dan dipergunakan oleh mana-mana pihak,''
>katanya.
>(Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pendidikan, Utusan 8-Sep-1998.)
>
>
>Katanya, satu garis panduan yang lebih jelas diperlukan supaya tidak 
>berlaku
>pertembungan seperti yang ada sekarang iaitu apabila pelajar di institusi
>pengajian tinggi tidak boleh bergiat dalam politik.
>
>''Jika tidak, akan berlaku pertembungan antara akta pertubuhan dengan
>beberapa akta lain termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti,'' katanya
>yang juga seorang peguam.
>(Datuk Rais Yatim, Utusan 16-Okt-1998)
>
>
>Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun telah menjawab
>pelbagai kekeliruan yang timbul mengenai isu ini apabila menegaskan bahawa
>pelajar tidak bo-leh berpolitik.
>
>Najib yang juga Menteri Pendidikan menjelaskan bahawa kelonggaran itu hanya
>diberi kepada golongan belia yang sudah bekerja atau dalam erti kata lain,
>mereka tercicir dari sekolah.
>
>Ini kerana menurut Najib, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi
>(IPT) tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang
>pembabitan mereka dalam sebarang parti politik dan juga kesatuan sekerja.
>(Utusan 16-Okt-1998)
>
> >>>>>>>>
>
>Lagi sekali Umno telah membuktikan hipokrasi mereka bahawa mereka melakukan
>apa yang mereka sendiri larang!
>
>Seperkara lagi, kalau diperhatikan dari petikan BH 3-Nov-2001 diatas, AJK
>Puteri Umno Machang adalah berumur 19 tahun. Persoalan yang timbul, dalam
>usia semuda itu, adakah juga merupakan seorang pelajar, atau pun tergolong
>dalam mereka yang tercicir dari sekolah sepertimana yang disebutkan oleh
>Datuk Najib???
>
>
>
>
>_____________________________________________________________________
>This message has been checked for all known viruses by the
>MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
>http://www.messagelabs.com/stats.asp


_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp


_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp

_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the 
MessageLabs Virus Scanning Service. For further information visit
http://www.messagelabs.com/stats.asp


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to