Kalau nak kurangkan dahaga dan lapar di mana kita bekerja seperti biasa
amalkan petua berikut, insyaallah kurang lapar dan dahaga.

1. Mesti sahur.
2. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
3. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan
makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita
baca surah Al Ikhlas.
4. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa.
5. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan,
bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma
lagiii..sampailah 7 kali.

Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas,
seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA:-

Surah Al Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan
tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis tak kan dekat
dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selalin dari
memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.



mshain wrote:

Menurut pakar makanan, Professor Madya Asiah Mohd. Zain dari Fakulti Sains
Makanan dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia (UPM), "Kurma menpunyai
nilai perubatan yang tinggi dan kaya dengan zat makanan."

Kajian mendapat nilai pemakanan kurma lebih tinggi berbanding dengan
buah-buahan lain dan nilainya setanding dengan kismis-kismis dan buah
aprikot kering. Selain dari itu, kurma juga mengandungi protein, serat,
gula, vitamin A dan C serta zat mineral dan galian seperti besi, kalsium,
sodium dan potassium.


**************************************************************************************************
CP section
Planning Dept
Email Add : [EMAIL PROTECTED]
 
*************************************************************************************************

Kirim email ke