Sabda Rasullullah yang bermaksud:
"Kasihkan kesayanganmu berpada-pada kerana boleh jadi satu hari nanti dia menjadi orang kebencianmu dan bencikan musuhmu berpada-pada kerana boleh jadi satu hari nanti dia mungkin menjadi orang kesayanganmu."
( Diriwayat oleh Tarmizi )

HURAIAN

Sikap seseorang Muslim terhadap kawan dan lawan, terhadap orang yang dikasihi dan orang yang dibenci harus berada dalam garisan yang sederhana : "Kasih berpada-pada benci berpada-pada" harus dijadikan
garis panduan bagi emosi dan sentimennya yang sentiasa panas dan berkobar-kobar itu.

Sikap melampau sama ada kasih atau terlalu benci menimbulkan berbagai-bagai kerumitan dalam hidup seseorang yang mungkin berakhir dangan penyesalan yang tidak berguna atau meletakkan seseorang dalam
keadaan serba salah.

Setiap Muslim harus melatihkan diri mengawal emosi dan sentimen dan jangan membiarkan dirinya dihanyut oleh arus yang kuat dan kencang. Sikap memboros kasih sering menimbulkankan nafsu-nafsu ekspoloitasi pada orang-orang yang dikasihi dan mungkin menimbulkan sikap abai dan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya dan penyelewengannya yang dilakukan oleh orang-orang yang dikasihi yang akhirnya akan membinasakan mereka.

Sikap pemboros benci akan membuatkan seseorang itu hidup dalam prasangka-prasangka yang buruk terhadap orang yang dibenci dan menjadikannya buta dari memendang titik-titik kebaikan dan kabagusan
yang ada pada orang yang dibenci itu. Sifat pembenci itu pastilah dilentur dan dipertundukkan kepada hukum-hukum Allah dan dipertimbangkan dengan waras agar kita bener-benar menjadi seorang yang adil dan bijaksana.

Kadang-kadang kebencikan yang membakar jiwa seseorang itu semata-mata disebabkan kerana ia memandang orang yang dibencinya itu dengan kaca
mata kepentingannya, semakin banyak kepentingannya terancam semakin besar kebenciannya terhadap orang itu, tetapi walau bagaimanapun perasaan benci tidak dapat menyelesaikan masalah kerana satu-satunya
jalan keluar ialah berusaha mencari persefahaman dan kerjasama dengan semangat ikhwan Islamiah.


Oleh:Mi Amour Si La Usu Arrazzi


**************************************************************************************************
CP section
Planning Dept
NEC Semiconductors (M) Sdn. Bhd.
Tel no : 03-31226023/201
Ext no : 6310/6316
Email Add : [EMAIL PROTECTED]
 
*************************************************************************************************

Kirim email ke