*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Lambat dapat kerja... mungkin ada yg tak kena dimana-mana.  Mungkin cara
buat surat permohonan salah atau mungkin cara menghadiri temuduga salah. 
Selain dari apply sendiri, daftarkan juga diri dengan agensi-agensi swasta
dan kerajaan seperti pejabat buruh.  Pejabat Buruh biasanya akan
memberikan tips yg berguna untuk memudahkan mendapat kerja.  Tanyalah
pegawai di sana bagaimana mengarang surat permohonan yg betul dan
bagaimana untuk menghadiri temuduga.  Saya pernah berdaftar dengan pejabat
buruh.  Mereka beri cadangan supaya saya menelefon semua syarikat bekaitan
dengan bidang saya di bandar saya tinggal.  ada 6 syarikat, saya dapat
call 3, 2 panggil interview, satu sangkut.  OK juga tu kan?  Mungkin
Pejabat Buruh di tempat adik akan memberikan tips yg berbeza dari tips yg
pernah diberikan kepada saya.

Untuk mengarang surat kiriman, mintalah pertolongan dari rakan-rakan yg
lain atau saudara-mara yg sudah mendapat kerja.  Kalau syarikat besar
biasanya mereka lebih suka surat yg dikarang dalam bahasa Inggeris. 
Carilah rakan atau saudara-mara yg boleh menulis dalam Bahasa Inggeris
dengan baik.  Ada buku di pasaran yg boleh menunjukkan contoh menulis
surat permohonan kerja.  Carilah dikedai-kedai buku, jangan terkejut kalau
surat seumpama itu anda boleh jumpa dalam buku karangan atau buku bahasa
Inggeris ting 5.

Menghadiri temuduga

1.  Semua orang tahu dari segi berpakaian agaknya.  Biasalah, mesti kemas
dan matching apa yg kita pakai.  Jangan pulak nak temuduga pakai jenas
dengan t-shirt.  Pakailah macam orang nak pergi pejabat.

2.  Semasa menjawab soalan jangan terlalu ideal.  Ada satu soalan yg
ditujukan kpd bakal engineer perempuan.  Kata penumuduga, kalau saya suruh
awak pergi siasat satu kemalangan di sebuah kilang yg terletak di Cameroon
Highland, masa tu jam 12 tgh malam, awak pergi tak?  Seorang akan jawab,
ya demi tugas saya pergi, seorang lagi menjawab, saya tak akan
menggadaikan keselamatan saya untuk sesuap nasi.  yg kedua got the job.

3.  masa masuk bagi greetings, kalau china, cakaplah good morning ke,
kalau melayu bagi salam.  jangan duduk sebelum disuruh duduk.  senyum
kepada semua panel yg memandang anda.  berikan semua sijil yg anda bawa
kepada sekretariat bila diminta.

4.  mata jangan melilau tak tentu hala, tumpukan kepada semua penemuduga

5.  biasanya ada 3 panel.  seorang ialah sekretariat yg akan tanya tentang
kelulusan anda, pengalaman dsb.  seorang akan tanya soalan umum spt
pengetahuan anda tentang syarikat tsb, misi, visi, objektif syarikat.  apa
business syarikat.  kalau gomen dia tanyalah siapa menteri itu dan ini. 
apa pandangan kita tentang PM.  panel ketiga ialah teknikal.  kalau anda
lulusan akaunting, dia adalah akauntan yg akan tanya anda pasal akaunting.

6.  jawap soalan ahli panel mengikut siapa yg tanya dulu.  mungkin panel
kedua bertanya, panel ketiga menyampuk, maka jawab ikut siapa tanya dulu.

7.  jangan bertekak dengan penemuduga.  Inilah masanya untuk menguji
kesabaran anda.

8.  jangan berlagak masa interview, tangan letak atas peha(jangan berpeluk
tubuh), kaki jangan letak atas lutut

9.  buat persiapan awal sebelum ditemuduga.  study tentang syarikat
berkenaan, mungkin boleh call untuk tanya beberapa soalan.  jangan kecewa
kalau kena marah, cuba bertanya kakitangan lain pula dari syarikat yg
sama.  kalau interview tu memakan beberapa hari, dan giliran anda terkena
pada hari kedua atau ketiga, tanyalah orang yg sudah kena interview, apa
soalan yg ditanya.

10.  kutiplah pengalaman sebelum memulakan kerja di bidang anda yg
sebenar.  pengalaman tu mahal.  mungkin akan ditanya semasa temuduga untuk
memastikan anda benar-benar minat untuk bekerja tak kira apa tugas yg
pernah diberikan kepada anda.  kalau anda pernah bekerja di Mc Donalds,
mungkin mereka akan tanya bagaimana nak buat Big Mac.

dah letih.... stop dulu ya!

 --- azmi <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Assalamu’alaikum,
>  
> Memang benar dengan apa yg Sdr Adam cakapkan….jangan memilih kerja
> sangat nanti semua terlepas.
> Walau bagaimanapun, teringat saya berkenaan dgn nasihat Tok Guru Nik
> Aziz yg tidak menggalakkan syarikat mengambil perempuan cantik bekerja.
> Niatnya ialah utk berlaku adil kepada mereka yg ‘kurang’ cantik kerana
> memang lumrah manusia akan memilih yg cantik walaupun kelayakkannya ada
> sama ataupun kurang.  Tapi DrM dok tuduh TGNA cuba discriminate,
> pentingkan diri sendiri & menganiaya org cantik!!! 
> Begitu jugak dengan cadangan utk larangan perempuan bekerja pada waktu
> malam utk mengelakkan kejadian jenayah seks kepada orang perempuan.  Dan
> baru2 ni terdapat kajian di US yg mengatakan bahawa perempuan yg kerap
> bekerja malam lebih mudah mendapat breast cancer.
> ……Kan lebih baik kalau kita mendengar nasihat alim ulamak (yg recognized
> aje!), bukan?  Mereka2 ni terang hati…..bukannya macam kita ni!!
>  
> Wassalam.
>  
>  
> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]] On Behalf Of
> mohd adam
> Sent: Monday, November 26, 2001 9:19 AM
> To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED];
> [EMAIL PROTECTED]
> Subject: RE: H-Net* tensen aaaa.......
>  
>  
>  Assalamualaikum
>  
> Nasihat saya kepada adik2 semua,.... jangan memilih kerja ... kerja apa
> pun 
> tak apa ... asalkan halal.... kerja le kat KFC ke, Mc Donalds ke, kilang
> 
> sebagai operator ke despatch ke ... tak apa ... buatkan sebagai
> pengalaman 
> dan ada jugak pendapatan berbanding sekarang yg masih lagi guna duit mak
> 
> ayah. Disamping tu, cari jugak kerja2 yg bersesuaian dgn kelulusan adik2
> 
> semua. Insyallah... satu hari nanti dapat jugak kerja yg sesuai.. it's
> the 
> matter of time ...
>  
> Wassalam
>  

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Everything you'll ever need on one web page from News and Sport to Email and Music 
Charts
http://uk.my.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?Tjoet=20Njak=20Dien?= <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke