*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamu’alaikum,
> 
> Sdr Tiger, saya berpendapat bahawa sami Buddha yg mati tu mayat-
> nya tak reput itu adalah sebab mereka menggunakan chemical utk
> preserve body tu. Saya ada melihatnya dalam National Geographic 
> bagaimana org purba preserve mayat firaun sehinggalah teknik yg 
> sama dipraktikkan di zaman sekarang ni

Apa yang saya nak perkatakan bahawa Allah BOLEH menjadikan
sesuatu luarbiasa kepada orang kafir atas kaedah "istidraj"
(kelihatan seolah-olah kepercayaan mereka adalah benar). Tok
Sami Buddha ada juga yang keramat, paderi Kristian ada juga
yang keramat ...semuanya sebagai ujian kepada mereka. Orang
Kristian percaya Saint Paul adalah wali kerana pernah digigit
ular yang sangat berbisa tetapi tidak mati. Sekiranya benar
yang didakwa oleh penganut Buddha bahawa ada tok sami mereka
yang badannya tidak reput, itu harus. Ini pun ada dijelaskan
dalam Al-Qur'an sendiri bahawa kaum ugama lain percaya ugama
sesat yang mereka anuti itu adalah kebenaran kerana "Allah
menghiasi" seolah-olah ugama mereka betul. Sami Buddha yang saya
kata tadi telah bertapa bagi masa yang lama kerana kepercayaannya.
Kita percaya itu bukan sebagai tanda ugama Buddha itu betul.
Itu adalah ujian bagi manusia. Yang benar hanyalah Islam.

Begitu juga Allah memberi ilmu teknologi yang hebat kepada 
Amerika. Mereka mencipta senjata-senjata yang canggih dan
teknik peperangan mereka adalah jauh lebih maju. Cukuplah jika
mereka menghantar sebutir bom nuklear untuk mengalahkan musuhnya.
Ini tidak bererti Amerika yang benar, kita ummat Islam yang dhaif 
berada atas jalan yang salah? Itu semua adalah ujian bagi kita.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to