*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Kau harus ingat bahawa apabila sesuatu pasukan itu berundur bukan 
> bererti ia kalah, tapi ianya lebih kepada suatu kekuatan sebabnya 
> ingatlah bahawa nabi SAW pernah berundur dalam peperangan sahingga 
> kebanyakkan pejuang islam terkorban tapi, akhirnya BELIAU (nabi SAW)
> menang dengan sisa-sisa pejuang islam yang ada . (Maaf,saya tak 
> ingat peristiwa mana )

Saya harap kita semua sedar apabila membaca sirah Nabi berperang
tetapi mengalami beberapa kekalahan:

Perang Uhud:

Ramai sahabat Nabi terbunuh. Dalam peritewa ini juga nabi sendiri
hampir terbunuh. Ketika saki-baki tentera Islam kembali ke
Madinah, ada orang Madinah menjadi munafik. Mereka menyoal..jika 
perjuangan Islam adalah benar, kenapa tentera Islam kalah?

Perang di Madinah:

Tentera Ahzab mengepung Madinah. Puak Islam berada dalam ketakutan
kerana puak Kuffar yang terdiri dari berpuluh ribu askar. Ketika
itu juga satu puak Yahudi, Bani Quraizah yang mengikat janji
dengan Nabi untuk mempertahankan Madinah telah berpaling tadah
kerana ditawarkan harta yang banyak. Ketika itu juga Allah
mendatangkan bantuan berupa ribut yang kuat yang menjadikan
tentera kuffar menjadi kicar-kacir.

Perang Mu'tah:

Tentera Kristian Rum dan kabilah-kabilah arab yang masih kafir
berpadu tenaga berperang dengan tentera Islam yang sedikit.
Bilangan kuffar ialah 200 ribu dan tentera Islam hanya 3 ribu.
Tetapi tentera Islam tetap berjuang sehingga ramai yang mati.
Yang baki sempat kembali ke Madinah untuk melaporkan kepada
Nabi apa yang berlaku. Selepas itu sahabat Nabi tetap bersemangat
walaupun bilangan tentera kafir jauh lebih ramai.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to