*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Saudara tak perlu merasa gusar tentang komen
orang-orang yang kurang faham erti kehidupan sebenar
dalam Islam. Mereka selalunya dahagakan keajaiban
Allah SWT sedangkan usaha mereka terlalu sedikit untuk
menuju ke arah itu. Biasanya golongan sebegini adalah
orang yang lemah imannya dan sebab itulah sebagai
contoh Allah SWT menjadikan kemalangan, sakit dan
sebagainya sebagai punca kematian seseorang sedangkan
punca sebenar kematian adalah disebabkan Malaikat
telah mencabut nyawa mereka. 
Paku Razi kita ni sebenarnya terkeliru siapa di pihak
yang benar samada Taliban ataupun Pakatan Utara..
kalaulah mayat Taliban tak reput.. saya yakin Paku
Razi kita mesti terdiam... tapi ketahuilah rakan-rakan
sekalian Allah SWT tidak akan semudah itu menunjukkan
kebesaranNya kepada kita yang lemah imannya. Memang
kita diberitahu bahawa malam Lailatul Qadar akan
muncul dalam bulan Ramadan ini tapi orang-orang yang
macam mana yang akan berjumpa malam teristimewa ini?
Walaupun kita cuba supaya tidak tidur sepanjang malam
pada bulan Ramadan tapi adakah kita akan berjumpa
malam itu? Di situlah perlunya kesabaran, keikhlasan,
keimanan, keyakinan, bercakap benar, hati yang bersih,
tiada hasad dengki, tekun dalam beramal ibadah,
merendah diri kepada Allah dan beberapa lagi perkara
yang saudara-saudara pun lebih maklum. 
Saya tak faham kenapa umat Islam mudah sangat
terpengaruh dengan dakyah musuh-musuh Islam. 'Puak
Taliban telah terima padahnya akibat sikap Taksub,
sombong dan dungunya'- lemahnya iman orang Islam kita.
Untuk saudara Paku Razi, sekiranya kita kurang arif
tentang ilmu-ilmu Allah kita dinasihatkan agar
bertanya kepada orang-orang yang lebih tahu dan jika
tidak kita dinasihatkan supaya mendiamkan diri.
Taliban telah berusaha sedaya upaya mereka untuk
memajukan Afghanistan berlandaskan ajaran Islam yang
mereka pelajari dan Allah akan mengadili tindakan
mereka ini di Akhirat nanti. Allah Maha Bijaksana dan
Maha Mengetahui dalam mengadili tindakan
hamba-hambaNya semasa di dunia dan tidak memerlukan
bantuan kita bagi menceritakan fahaman kita terhadap
tindakan dan perbuatan Taliban kepada rakyat
Afghanistan. 

Untuk saudara kita TigerChan, hati umat Islam adalah
lembut dan sensitif jadi gelaran 'Tiger' dan 'Chan'
ini mungkin agak kasar dan ganas bagi mereka. Saya
rasa saudara sendiri pun tidak mempunyai masalah jika
menukarkannya kepada yang lain. Untuk pengetahuan
TigerChan, you will feel something after renamed it,
sebab itulah dalam kita menasihati orang lain kita
akan berkata 'Saya menasihati diri saya dan tuan-tuan
sekalian agar...'. Semua itu terpulang kepada saudara
sebenarnya dan yang penting teruskan usaha saudara.
Saya sendiri mempunyai berpuluh-puluh gelaran dalam
alam siber ni dan setiap satu mempunyai tugasnya
masing-masing. Kalau saya sebut salah satunya, mungkin
ada warga dalam HizbiNet yang terkejut. Kita tidak
boleh bersembunyi(daripada dikesan SB) disebalik
gelaran sahaja jika kita mendaftar dengan TM-Net,
Jaring, Celcom dan beberapa lagi SP tempatan kerana
ianya terlalu mudah untuk mereka mengesan kedudukan
kita.

Untuk rakan kita yang bertanya; Siapa lebih power?
Ajaklah anak saudara anda berjumpa pelakon-pelakon
Power Ranger dan lihatlah apakah perbezaannya di
antara Power Ranger dengan anak saudara anda? Mereka
tu adalah manusia biasa seperti kita dan tidak ada
'power'nya. Untuk Setan tu saya tak faham setan yang
berlakon dalam TV ke atau yang betul-betul, kalau yang
betul saudara baca aje ayat-ayat Al-Quran atau dengan
melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang oleh Allah SWT maka Insya Allah tewaslah
setan. Islam mengkehendaki umatnya agar mengajar
anak-anak sejak dari kecil dan memukul jika perlu
setelah berumur 10 tahun, jadi ajaklah anak-anak kita
supaya mendekati Al-Quran, masjid-masjid dan
orang-orang yang arif dalam ilmu agama agar mereka
lebih mengenali Allah SWT dan tidak terpesong dari
landasan sebenar kelak. Selalulah berdoa kepada Allah
agar kita diberikan pertunjuk taufid dan hidayahNya
supaya tidak terpesong dengan dakyah-dakyah musuh
Islam dan musuh dalaman kita yakni Syaitan.

Semua yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang
tak baik itu datangnya daripada kelemahan saya
sendiri, jadi nasihati saya jika saya tersilap. 
Wallahu a'lam.
  
 --- TigerChan <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > 
> 
>            PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG
ADIL
> 
>  
> ..dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap
> sesuatu kaum 
> mendorong kamu tidak melakukan keadilan. Hendaklah
> kamu berlaku adil 
> (terhadap sesiapa jua). [Al-Maidah 5:8, Tafsir
> Pimpinan Ar-Rahman]
> 
> ==============================
> > Subject: 
> >         Afghanistan And Taliban
> >    Date: 
> >         Wed, 28 Nov 2001 23:23:46 -0800 (PST)
> >    From: 
> >         Paku Razi <[EMAIL PROTECTED]>
> >      To: 
> >         [EMAIL PROTECTED]
>  
> > Woi mamat, kau ini adalah manusia yang tidak dapat
> > terima Reality kekalahan dan kemusnahan Talibarut
> kau
> > di Afghanistan itu. Puak Taliban telah terima
> padah
> > nya akibat sikap Taksub, sombong dan dungu
> nya.Puak
> > ini telah dihina, lebih hina daripada puak Kafir.
> > Mayat-mayat mereka bergelimpangan di merata-merata
> > bumi Afghanistan, sehingga busuk berulat ( adakah
> > sebegini rupa mayat org yang Syahid ). KUNDUZ dah
> lama
> > jatuh ke Tangan puak N.A. dan tak lama lagi
> KANDAHAR,
> > sedang kan puak-puak Taliban sekarang ini sedang
> > bertempiaran lari sehingga terberak terkencing
> > menyelamatkan diri. Kebanyakkan mereka sedang cuba
> > menyeberang masuk ke PAKISTAN - ini yang kau
> katakan
> > taktik guriella ?. Taliban sebenarnya tak ada
> taktik
> > Peperangan langsung dan berperang semata-mata
> dengan
> > semangat untuk Syahid konon tanpa diketahui
> sesungguh
> > nya amat sedikit orang yang syahid. Taliban
> > mengharapkan pertolongan ALLAH semata-mata
> sedangkan
> > mereka tidak menolong diri mereka sendiri ?? Jadi
> yang
> > kau propagandakan selama ini taktik perang lah,
> > pertolongan malaikat la dan segala macam karut
> marut
> > adalah untuk menyedapkan hati kau aje. Kau kena
> > belajar terima hakikat dan jangan mudah percaya
> dengan
> > berita-berita dari sumber Islam konon nya ,kerana
> > mereka juga ada kepentingan macam media barat
> juga.
> > Islam itu
> 
> 
> > Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]> 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Everything you'll ever need on one web page from News and Sport to Email and Music 
Charts
http://uk.my.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?PKKSB?= <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to