*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kembalikan wang kwsp
baru cakap soal pengurusan wang cara profesional



mad wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> lagi banyak la duit zakat dapat disonglap oleh puak2 tu...yang hilang
> dulu pun tak ketahuan
> kunun nak urus zakat negeri2 lain pulak...apa cerita ni...???????
>
> Sjafrial Esa wrote:
> >
> > --------------------
> > LUZAM mungkin ditubuh -- PM: Rungutan yang persoal fungsi institusi
> > zakat boleh jadi ada kebenarannya
> > KUALA LUMPUR 3 Dis. - Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata,
> > kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Lembaga Urusan
> > Zakat Malaysia (LUZAM) bagi menyelaraskan kutipan dan agihan
> > zakat di semua negeri.
> >
> > Menurut Perdana Menteri, rungutan pihak tertentu yang mempersoalkan
> > fungsi institusi zakat terutama dalam aspek ketelusan pengagihan
> > wangnya mungkin ada kebenaran.
> >
> > Justeru, beliau berkata, kerajaan akan mendapatkan maklumat
> > daripada pejabat-pejabat zakat berdasarkan aduan yang dibuat.
> >
> > ``Mungkin ada kebenaran juga. Apa sahaja aduan yang dibuat,
> > kita akan dapatkan maklumat.
> >
> > ``Saya juga kena periksa dan tengok (akan keperluan menubuhkan
> > LUZAM) sama ada terdapat keperluan atau tidak,'' katanya kepada
> > pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman
> > Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di sini malam ini.
> >
> > Terdahulu pelbagai pihak meminta kerajaan mempercepatkan penubuhan
> > LUZAM yang dicadangkan lima tahun lalu bagi membolehkan kutipan
> > dan agihan zakat di semua negeri diselaraskan.
> >
> > Mereka berpendapat, penubuhan lembaga itu akan membolehkan semua
> > urusan berkaitan zakat di negara ini dijalankan dengan lebih
> > sistematik dan efektif dalam meningkatkan sosioekonomi umat Islam.
> >
> > Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Datuk Syeikh Majid
> > Mohd. Noor berkata, penyelarasan kutipan dan agihan zakat perlu
> > dilakukan di peringkat pusat supaya kedudukan golongan fakir
> > dan miskin di negara ini lebih tersusun.
> >
> > Ujarnya, usaha termasuk mewujudkan LUZAM perlu diteruskan demi
> > kebaikan golongan tersebut dengan cara yang lebih sistematik.
> >
> > ``Elok kalau diwujudkan badan penyelaras seperti itu tetapi
> > ia mesti dirujuk dulu pada Majlis Agama Islam negeri kerana
> > mereka yang berkuasa,'' katanya ketika dihubungi.
> >
> > Penolong Pengurus Operasi Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS),
> > Mohd. Rafiz Mohd. Yusof pula berkata, kerajaan perlu segera
> > menubuhkan LUZAM seperti yang pernah dicadangkan bagi menyelaras
> > dan menyeragamkan pungutan zakat di seluruh negara secara lebih
> > teratur.
> >
> > Beliau berkata, penubuhan LUZAM akan memudahkan penyelarasan
> > dan menyeragamkan pungutan zakat di seluruh negara secara lebih
> > teratur.
> >
> > Sebagai contoh, kata beliau, pengiraan zakat emas di Negeri
> > Sembilan berlainan dengan pengiraan di Selangor dan Wilayah
> > Persekutuan Kuala Lumpur.
> >
> > Beliau juga yakin langkah menubuhkan lembaga itu akan membolehkan
> > pengawasan yang lebih rapi dibuat terhadap kesemua institusi
> > zakat di setiap negeri.
> >
> > ``Adanya LUZAM yang bertindak sama seperti Lembaga Tabung Haji,
> > akan membolehkan perolehan zakat yang lebih di negeri-negeri
> > tertentu dapat diagih-agihkan ke negeri lain,'' katanya kepada
> > Utusan di Seremban.
> >
> > Pensyarah Jabatan Syariah dan Undang-Undang Universiti Malaya,
> > Prof. Madya Dr. Ahmad Hidayat Buang turut meminta kerajaan menimbangkan
> > semula penubuhan LUZAM.
> >
> > Katanya, penubuhan LUZAM akan melicinkan lagi sistem zakat di
> > negara ini walaupun terdapat halangan enakmen-enakmen tertentu
> > di negeri-negeri.
> >
> > ``Satu tabung lebih mudah untuk diuruskan berbanding banyak
> > tabung,'' jelasnya.
> >
> > Idea penubuhan LUZAM dicetuskan pada 13 Julai 1996 oleh Pengurus
> > Besar Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,
> > Mohamed Dahan Abdul Latiff pada Persidangan Bangsa Melayu dan
> > Kejayaan Ekonomi Islam Serantau anjuran Institut Perkembangan
> > Minda (INMIND).
> >
> > Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh ketika
> > menggulung perbahasan Undang-Undang Perbekalan Tambahan (1999)
> > di Dewan Negara pula antara lain berkata: ``Pada masa ini, Jabatan
> > Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyelaras pentadbiran
> > serta perundangan mengenai agama Islam di semua negeri terlebih
> > dahulu, sebelum LUZAM boleh diperkenalkan.''
> >
> > Shafie menegaskan penyelarasan pembayaran zakat itu akan membolehkan
> > pengagihan lebih adil dijalankan.
> >
> > Baru-baru ini pula, ahli Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas
> > Kementerian Penerangan, Ibrahim Azmi Hassan mencadangkan supaya
> > kerajaan Pusat menubuhkan sebuah badan penyelaras zakat memandangkan
> > sistem pengagihan zakat sekarang tidak begitu tersusun.
> >
> > Sementara itu Persatuan Kebajikan Islam (Perkasa) Terengganu
> > juga berpendapat sebuah badan khas perlu diwujudkan untuk menyelaras
> > proses pungutan dan pengagihan zakat kepada golongan yang ditetapkan.
> >
> > Pengerusinya, Yusof Musa berkata di Kuala Terengganu bahawa
> > sudah sampai masanya pengendalian urusan zakat diperbetulkan
> > kerana ia tidak memberi manfaat menyeluruh kepada golongan yang
> > memerlukan.
> >
> > Menurutnya, melalui zakat fitrah, berpuluh juta ringgit dikumpulkan
> > setiap tahun di seluruh negara tetapi seolah-olah tiada siapa
> > yang berani mempersoalkan ke mana sebenarnya wang itu disalurkan.
> >
> > Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Sakom
> > berkata, satu garis panduan tetap dapat diwujudkan jika pengurusan
> > zakat diletakkan di bawah sebuah lembaga.
> >
> > ``Kita tidak mahu pengurusan zakat dibuat melalui jawatankuasa
> > yang tidak tetap dan ini menyebabkan kadang-kala pengagihan
> > zakat tidak kena pada sasarannya.
> >
> > ``Jika institusi zakat tidak diuruskan dengan baik, ini menyebabkan
> > kepercayaan orang ramai akan terhakis dan sekali gus mencacatkan
> > imej Islam,'' katanya.
> >
> > Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Suhaimi
> > Ibrahim berkata, urusan zakat tidak boleh lagi dijalankan secara
> > tradisional sebaliknya perlu ditadbir dengan profesional oleh
> > sebuah lembaga.
> >
> > ``Lembaga Tabung Haji boleh dijadikan model dan jika ia dapat
> > dilakukan ke atas institusi zakat, kita bukan sahaja dapat membantu
> > orang miskin malah ia dapat disalurkan kepada sekolah-sekolah
> > dan masjid,'' ujarnya.
> >
> > Presiden Gabungan Persatuan Penguna Malaysia (FOMCA), Prof.
> > Datuk Hamdan Adnan berkata, pengurusan zakat di negara ini perlu
> > diseragamkan bagi membolehkan agihan dibuat dengan baik.
> >
> > ``Kadang-kadang kita merasa malu apabila tersiar kisah kedaifan
> > hidup orang Islam di akhbar atau televisyen, sedangkan banyak
> > zakat dikutip,'' jelasnya.
> >
> > Sementara itu, Setiausaha Agung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia
> > (PPIM), Dr. Maamor Osman berkata, pengurusan zakat perlu dikendalikan
> > di peringkat Pusat bagi membolehkan zakat disalurkan kepada
> > negeri lain yang memperolehi kutipan zakat yang sedikit tetapi
> > mempunyai ramai fakir miskin.
> >
> > ``Walaupun urusan zakat adalah di bawah bidang kuasa kerajaan
> > negeri, namun para mufti boleh memainkan peranan agar penyelarasan
> > dapat dibuat bagi kepentingan orang ramai,'' katanya.
> >
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Khairi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke