*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam,

saya ada terbaca didalam Al-Ahkam, soalan yang
dikemukakan olih saudara Mohd. Nizam Abdul Kadir dan
jawapan yang diberi olih Al-Ahkam mengenai cara
membaca semasa sembahyang.

Apa yang menarik minat saya ialah sepotong ayat Quran
yang telah digunakan olih Al-Ahkam untok
menjustifikasikan amalan kita sekarang.

Q Al-Isra ayat:110
"Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam
sembahyangmu dan janganlah pula merendahkannya."

Selanjutnya Al-Ahkam telah menjelaskan sebaik sahaja
ayat diatas diturunkan maka Nabi SAW telah
memelahankan suaranya pada sembahyang Zohor dan Asar
dan sebaliknya mengeraskan suaranya pada waktu Suboh,
Magrib dan Isyak. Alasan yang diberikan adalah tidak
logik.

Disini saya ingin menjelaskan bahawa pihak Al-Ahkam
telah memutarbelitkan ayat diatas bagi menghalalkan
perbuatan/amalan kita semua. 

Pihak Al-Ahkam telah dengan sengajanya tidak memetik
kesemua ayat tersebut. Sebaliknya Al-Ahkam telah
memetik hanya sebahagian sahaja ayat tersebut. Dengan
membuat demikian ianya adalah bertepatan dengan apa
yang dilakukan kita semua sekarang.

Untok pengetahuan semua ayat tersebut sepatutnya
berbunyi begini:-

"Dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam
sembahyangmu dan jangalah pula merendahkannya, akan
tetapi ambillah jalan pertengahan."

Dengan jelas Allah menyuruh kita supaya tidak
perlahankan suara kita seperti yang berlaku pada waktu
Zohor dan Asar. Dan juga tidak mengeraskan atau
berteriakkan. 

Apa yang disuruh olih Allah ialah kita sembahyang
dengan nada yang sederhana. Tidak perlahan dan tidak
kuat. Itu saja.

salam






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send your FREE holiday greetings online!
http://greetings.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: john lee <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke