*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
------- Forwarded Message Follows ------- From: Shamsul Kamal <[EMAIL PROTECTED]> "Sesungguhnya hikmah Hari Raya di dunia ini adalah merupakan satu peringatan terhadap hari raya di akhirat. Apabila engkau melihat orang-orang pada pagi hari raya, sebahagian dari mereka ada yang pergi (menunaikan sembahyang pada pagi aidilfitri) dengan berjalan kaki, sebahagian lagi ada yang berkenderaan (berbasikal, bermotokar atau berkereta mewah). Ada dari kalangan mereka yang berpakaian sempurna dan ada juga yang tidak berpakaian kemas. Ada yang berbaju indah dan ada yang berbaju biasa. Sebahagian ada yang ketawa riang namun sebahaglan yang lain bersedih atau menangis. MAKA INGATLAH perjalanan dihari akhirat sewaktu kamu akan dibangkitkan di padang mahsyar. Ingatlah keadaan kamu sewaktu kamu digiringkan dari kubur ke padang mahsyar dan saat ketika mana kamu melintasi titian sirat. Adakah kamu akan bergembira atau berdukacita? Adakah kamu akan tergolong dalam kumpulan orang yang berbahagia atau sengsara. Ingatlah!" Assalammualaikum wbk. Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan. Dengan izin barisan yang berusaha moderator, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat. Sempena Hari Raya Aidilfitri yang penuh kemuliaan ini, marilah kita sama-sama saling memperteguh tali silaturahim di antara kita dengan budaya kunjung mengunjungi dan saling maaf bermaafan. Di samping itu janganlah kita lupa akan umatNya yang fakir dan miskin. Yang berkemampuan dan berkuasa itu, bersedekahlah dan raikanlah hari kemenangan ini bersama-sama mereka yang memerlukan. Jangan biarkan hati mereka berasa tidak adil dan tersisih. Sahabat Rasulullah saw., Anas Bin Malik, memberitahu bahawa Hari Raya bagi orang-orang yang beriman itu ada lima. Ertinya selain dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha yang disambut setiap tahun, sesunggubnya ada lima hari raya lain yang merupakan hari kemenangan bagi orang beriman. Lima hari tersebut adalah : 1. HARI KEMATIAN - Iaitu orang yang beriman yang mati dengan membawa bekalan amalan dan iman yang sempurna, syahadah yang terpelihara dan aqidah yang bebas dari tipudaya syaitan. 2. HARI MENERIMA SURATAN AMALAN - Apabila menerima suratan amalan dari tangan kanan (atau mengikut setengah riwayat dari hadapan), bermakna akan berbahagialah dia dan akan ditempatkan dalam golongan yang mendapat balasan syurga. 3. SAAT KETIKA MENYEBERANGI TITIAN SIRAT - Bagi orang yang beriman, apabila selamat menyeberangi titian sirat-almustaqim yang terbentang dilautan neraka jahanam, adalah saat atau hari raya baginya. 4. DAPAT MASUK SYURGA DAN SELAMAT DARI 'AZAB NERAKA - Bagi orang mukmin, adalah merupakan hari raya baginya apabila dapat memasuki syurga dan terselamat dari azab api neraka. 5. HARI DI SAAT DAPAT MELIHAT WAJAH ALLAH swt. Dl SYURGA - Saat paling gemilang dan kemuncak rahmat bagi orang yang beriman di dalam syurga yang merupakan hari raya mengikut kata Anas r.a adalah bilamana Allah memperlihatkan wajahNya kepada penghuni-penghuni syurga. Tatkala itu Allah berfirman kepada penghuni-penghuni syurga, "Pada hari ini Aku telah redha kepada kamu semua dan aku tidak akan murka kepadamu buat selama-lamanya. Terimalah kurniaan nikmat yang Aku sediakan untuk kamu sekelian di syurga ini". Akhir sekali, kepada warga egroups yang akan bercuti dan pulang ke kampung halaman bersama keluarga masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri, sentiasalah berhati-hati ketika berada di jalan raya, dan jangan jadikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebagai satu tragedi. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas serta Selamat Menyambut Tahun Baru 2002. "Selamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir dan Batin" Wassalam dan Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk. Shamsul Kamal bin Main __________________________________________________ Melanggan? (FREE) : Send email to: [EMAIL PROTECTED] Berhenti Melanggan : Hantar email kosong to: [EMAIL PROTECTED] Laman Web Lenggang Kangkung: http://www.angelfire.com/ct/lk Email lama Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/messages Download File dari Lenggang Kangkung Group: http://groups.yahoo.com/group/lk/files ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]