*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tidak ada orang Islam tulin yang berpakat dengan DAP, WAHABI dan
SYIAH untuk membunuh ummat Islam lain. Orang yang bernama AlQubah
tidak belajar kitab dan fekah. Dia menulis berdasarkan kepala otak
dia. Kita menulis berdasarkan huraian ulama dalam kitab-kitab
yang muktabar. Lagipun, orang macam dia tidak faham apa yang kita
beritahu ...iaitu, ADALAH HARAM membantu tentera kafir membunuh
ummat Islam Taliban. Ini soal perang, bukannya politik. Sila
baca dan faham baik-baik:

==================

Mengikut kaidah fekah ... adalah HARAM haram puak Islam berperang
sesama sendiri. Tetapi, kita mesti siasat siapa yang lebih
betul untuk kita memihak. Pada asalnya puak-puak Mujahidin telah
berjaya menghalau Soviet keluar dari bumi Afghansitan. Mereka
semua, tak kira kaum, parti dan etnik ...sebagai ummat Islam
mereka wajib menyelesaikan urusan negara berlandaskan Al-Qur'an
dan Hadith dan mendaulatkan Syariat Islam. Tapi sayang ...mereka 
mula bergaduh sesami sendiri dan rakyat yang menjadi mangsa. Maka 
muncul satu puak Mujahidin yang menggelar diri mereka sebagai 
Taliban. Mereka datang kononnya untuk menyatukan semua kaum supaya 
dapat bernaung di bawah satu kerajaan. Itu kisah lama. Mengikut 
hukum fekah, Taliban menjadi kerajaan baru yang sah kerena mereka 
sendiri adalah kaum pribumi Afghanistan, bukannya penjajah. Soal 
PBB tak iktiraf Taliban itu soal lain. Saya ikut apa yang disebut 
hukum fekah, bukannya mengikut lojik akal.

Sekarang mereka berperang dengan Pakatan Utara, maka kita kena
lihat pada ayat:

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang maka 
damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu yang kedua membuat 
aniaya terhadap golongan yang lain maka PERANGIlah golongan yang 
berbuat aniaya sehingga golongan itu kembali kepada PERINTAH 
ALLAH...[Al-Hujurat 49:9]

Maksud "kembali kepada PERINTAH ALLAH", mengikut kitab Sowatut-
Tafasir oleh Syeikh As-Sobuni pada mukasurat 234, jilid ke-3
ialah kembali mendaulatkan syariat Islam. Sepatutnya masalah ini
wajib diselesaikan oleh ummat Islam sendiri. Kenapakah negara-
negara Islam membisu? Maka Pakatan Utara meminta bantuan puak-
puak kafir Amerika, Rusia, Britain, yang mempunyai teknologi
ketenteraan yang JAUH LEBIH hebat mengikut adat. Perbuatan
Pakatan Utara mencabuli ajaran-ajaran Al-Qur'an. Ini nisbah
pada Taliban adalah ummat Islam !

Dalam satu doa ..."Ya Tuhan kamu, jangan Engkau jadikan kami
(sasaran) fitnah bagi orang-orang kafir.."[Al-Mumtahanah 60:
5]. Maksudnya sebagai orang Islam, kita tidak boleh memberi
peluang bagi orang-orang kafir mengalahkan mana-mana puak Islam.
Ertinya, puak Islam terpaksa tunduk kepada kehendak-kehendak
puak kafir yang lebih kuat jika mereka dikalahkan.

Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang
Yahudi dan Kristian menjadi auliya', sebahagian mereka adalah
auliya' sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil
mereka menjadi auliya', maka sesungguhnya orang itu termasuk
golongan mereka..[Al-Maidah 5:51]

Mereka sama-sama berkongsi dosa ....

Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah neraka Jahannam, KEKAL ia di dalamnya..
[An-Nisa' 4:93]

Dalam ertikata lain, jika kamu setuju kafir Amerika mengebom
ummat Islam Taliban, sama juga kamu menjadi kafir yang kekal
dalam neraka.

==================
alqubah wrote:
> 
> Macamana pula puak yang berpakat dgn. DAP, WAHABI dan SYIAH ?
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke