*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum ......

Saya tertarik dengan kebolehan saudara berdebat dengan pendakwah- pendakwah
kristian di dalam debat antarabangsa sehingga mereka "... run out of steam".

Saya teringat sewaktu di tingkatan 2 sekolah menengah (tahun 70an), sewaktu
beberapa orang di antara kami bersembang-sembang bab agama, saya telah
menimbulkan satu persoalan, "... bolehkah Allah mematikan dirinya sendiri?
..." ini kerana Allah Maha Berkuasa dan tiada sesuatu yang mustahil baginya.
Kemudian salah seorang dari kami yang mempunyai Ilmu Agama yang agak tinggi
berkata, soalan tersebut adalah sama seperti soalan seorang Atheis iaitu
"... bolehkah Tuhan membuat satu lubang yang terlalu kecil sehingga ia
sendiri tidak dapat memasukkinya?..." soalan seperti ini akan menyebabkan,
kita yang mempercayai Allah yang mempunyai kekuasaan mutlak, terperangkap.
Samada jawapannya "Ya" atau "Tidak", ia akan menunjukkan Allah mempunyai
kelemahan.

Dalam Hizbi-net baru-baru ini juga terdapat seorang netters yang menyebut
mengenai persoalan "... bolehkah Tuhan mencipta satu batu yang berat
sehingga ia sendiri tidak dapat mengangkatnya?.." (tetapi persoalan ini
bukanlah subjek kepada tulisannya).

Mungkin saudara Tiger yang mempunyai banyak pengalaman berdebat di dalam
forum antarabangsa, mempunyai jawapan kepada persoalan ini dan dapat kita
kongsi bersama.

Wasallam.

-----Original Message-----
From: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>
To: Hizbi <[EMAIL PROTECTED]>; Ezzah <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Friday, December 28, 2001 11:47 PM
Subject: H-Net* Mesej daripada Mesir



Seorang kenalan lama saya dari Mesir bertanya khabar. Betulkah
di Malaysia beberapa orang penganas ditangkap? Berita tentang
Malaysia ini disiarkan di Mesir. Ini yang saya nak gelak. Pemim-
pin Malaysia nak galakkan ramai pelancong datang, sekarang berita
buruk tersebar seluruh dunia bahawa Malaysia ada ramai pengganas.
Inilah gambaran buruk yang dibuat oleh kerajaan Malaysia sendiri.
Perkara kecil diperbesar-besarkan.

Kebetulan orang Mesir yang bertanya khabar itu adalah berotak
sekular. Dia meminati Dr Mahathir kerana idea globalisasinya.
Dia meminati saya kerana dalam satu forum debat antarabangsa,
Muslim-Christian Debate, saya kuat menghentam pandakwah-pendakwah
Kristian sehingga ada orang kata, "you make the Christians run
out of steam". Saya sudah berhenti berdebat kerana ada urusan
lain. Walau bagaimanapun dia berharap saya akan kembali berdebat
dengan pihak Kristian.

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Rizal" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke