*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikumussalam,

Maaf jika saya mencelah sedikit, saya juga ingin memberikan sedikit
pandangan peribadi untuk yang sudi berkongsi, dan apa2 advise are
welcome...rasanya sangat2 terpanggil juga untuk menulis komen sebab surat ni
diterima saya secara tak sengaja atau mungkin juga pemikiran saya tidak
diterima.....saya mohon maaflah in advance.

Soalan2 sebegini tidak sepatutnya timbul jika kita berpuas hati dengan
nikmat yang diberikan Allah. Biasanya bila susah kita menerima sesuatu
takdir buruk dari Allah, maka akan timbullah sesuatu persoalan yang kononnya
mahu memerangkap Allah atas ketidakpuehhatian kita tadi diuji. Walhal, Allah
tidak ada apa2 kerugian sedikitpun jika kita tidak beriman kepada Dia. Dia
apa peduli sangat kalau kita tak nak beriman kepada Dia. Jika kita diazabkan
dengan azab neraka atas kesyirikan kitalah contohnya, rugikah sangat kita
disisi Allah? Apa untungnya Allah menyiksa kita? Apakah benda yang berharga
yang boleh kita berikan kepada Allah? Untungkah Allah akan pemberian kita ?
Rugikah Allah memberi syurga kepada kita ? Seronokkah Allah menyiksa kita ?

Jika kita benar2 yakin dengan apa2 bukti yg telah dibuktikan Allah setelah
sekian lama sejak zaman Adam sampailah sekarang, kejadian2 yg sama seperti
yg diceritakan AlQuran, hadis dan balasan2 yg ditunjuknya di atas dunia lagi
seperti bentuk2 siksaan dan kebaikan keatas mayat sebelum dikebumikan, tidak
cukupkah lagi. Perlukah kita mengeluarkan persoalan, kenapa Allah tidak
pelempang kita setelah kita berbuat salah, ataupun dijerkahnya
sekonyong-konyong kita sedang berbuat maksiat.?

Jaga2lah dalam berfikir dan kedetikan dihati agar tidak terkeluar landasan
Islam. Akhirnya kita juga yg akan menjadi gila. Allah tidak pernah menyuruh
kita berfikir tentang keselamatan Dia, mencurigai kesihatan Dia dan berasa
kasihan akan nasib Allah.YANG DIA PERINGATKAN SANGAT2 IALAH BERBUAT BANYAK
IBADAT DAN KEBAIKAN DEMI KESEJAHTERAAN KITA DI SANA KELAK. Tak pernah Dia
menyuruh kita menyusahkan diri sendiri berfikir atas keupayaan ZatNya,
perbuatanNya dan apa2 perkara halNya. SEBAB DIA TAHU KETERBATASAN PEMIKIRAN
KITA.

Jika tidak mampu menanggung siksaan Allah, eloklah kita mengelakkan dari
berfikir yang pelik2. Manalah tahu kita ni, terkadang kita rasa kita ni
cerdik ka... atau....ingin mencipta ibadat yang baru semata2 nak kita
dihargai Allah. Yang disuruh pun tak larat nak dibuat kita.

Kalau nak ikut naluri orang yang Bukan Islam, mereka boleh saja mengeluarkan
apa saja persoalan sebab mereka tiada kepercayaan kepadaAllah langsung dan
mereka hanya bergantung kepada kepercayaan mereka yang karut itu untuk
override kepercayaan yang benar ini. Mereka bukannya setiap hari berfikir
pasal Allah atau bimbang dengan kepercayaan mereka yang tidak betul. Mereka
apa peduli akan kepentingan sembahyang, berpuasa, bersabar dan apa2 ajaran
Islam. Mereka apa peduli akan ajaran2 Islam, apa perlu mereka mengikut
ajaran Islam. Berapa ramaikah orang bukan Islam bersembahyang lima waktu,
sembahyang berjemaah di Masjid dan apa2 lagi demi menghormati sovereignity
Islam ? Pernahkah anda terjumpa seorang bukan islam (kawan atau sesiapa yg
anda pasti bukan islam) menangis sebab terlepas bersembahyang zohor ka, asar
ka? Kalau dia kata kita ni bodoh sebab sembahyang, apa yang boleh anda buat?
Beranikah anda menendang atau buat apa2 keatas dia demi menjaga Islam yang
anda percaya ?

Saya tidak ingin berdebat dengan sesiapa, cuma terkilan dengan soalan yang
timbul. Betapa sedihnya saya membaca soalan seperti yg pernah diberikan itu.
Ada baikkah kita menghuraikan soalan2 itu?

Wassalam


----- Original Message -----
From: "itriah" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Rizal" <[EMAIL PROTECTED]>; "TigerChan" <[EMAIL PROTECTED]>; "Hizbi"
<[EMAIL PROTECTED]>; "Ezzah" <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, January 16, 2002 9:58 PM
Subject: Re: H-Net* Mesej daripada Mesir

> Assalamualaikum
>
> Ini nampaknya kena bahaskan/kupaskan secara tafsili dengan dalil aqli dan
> naqli.
>
> Wassalam
>
> ----- Original Message -----
> From: "Rizal" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: "TigerChan" <[EMAIL PROTECTED]>; "Hizbi" <[EMAIL PROTECTED]>; "Ezzah"
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Monday, January 14, 2002 10:00 AM
> Subject: Re: H-Net* Mesej daripada Mesir

> > Assalamualaikum ......
> >
> > Saya tertarik dengan kebolehan saudara berdebat dengan pendakwah-
> pendakwah
> > kristian di dalam debat antarabangsa sehingga mereka "... run out of
> steam".
> >
> > Saya teringat sewaktu di tingkatan 2 sekolah menengah (tahun 70an),
> sewaktu
> > beberapa orang di antara kami bersembang-sembang bab agama, saya telah
> > menimbulkan satu persoalan, "... bolehkah Allah mematikan dirinya
sendiri?
> > ..." ini kerana Allah Maha Berkuasa dan tiada sesuatu yang mustahil
> baginya.
> > Kemudian salah seorang dari kami yang mempunyai Ilmu Agama yang agak
> tinggi
> > berkata, soalan tersebut adalah sama seperti soalan seorang Atheis iaitu
> > "... bolehkah Tuhan membuat satu lubang yang terlalu kecil sehingga ia
> > sendiri tidak dapat memasukkinya?..." soalan seperti ini akan
menyebabkan,
> > kita yang mempercayai Allah yang mempunyai kekuasaan mutlak,
terperangkap.
> > Samada jawapannya "Ya" atau "Tidak", ia akan menunjukkan Allah mempunyai
> > kelemahan.
> >
> > Dalam Hizbi-net baru-baru ini juga terdapat seorang netters yang
menyebut
> > mengenai persoalan "... bolehkah Tuhan mencipta satu batu yang berat
> > sehingga ia sendiri tidak dapat mengangkatnya?.." (tetapi persoalan ini
> > bukanlah subjek kepada tulisannya).
> >
> > Mungkin saudara Tiger yang mempunyai banyak pengalaman berdebat di dalam
> > forum antarabangsa, mempunyai jawapan kepada persoalan ini dan dapat
kita
> > kongsi bersama.
> >
> > Wasallam.
> >
> > -----Original Message-----
> > From: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: Hizbi <[EMAIL PROTECTED]>; Ezzah <[EMAIL PROTECTED]>
> > Date: Friday, December 28, 2001 11:47 PM
> > Subject: H-Net* Mesej daripada Mesir
> >
> >
> >
> > Seorang kenalan lama saya dari Mesir bertanya khabar. Betulkah
> > di Malaysia beberapa orang penganas ditangkap? Berita tentang
> > Malaysia ini disiarkan di Mesir. Ini yang saya nak gelak. Pemim-
> > pin Malaysia nak galakkan ramai pelancong datang, sekarang berita
> > buruk tersebar seluruh dunia bahawa Malaysia ada ramai pengganas.
> > Inilah gambaran buruk yang dibuat oleh kerajaan Malaysia sendiri.
> > Perkara kecil diperbesar-besarkan.
> >
> > Kebetulan orang Mesir yang bertanya khabar itu adalah berotak
> > sekular. Dia meminati Dr Mahathir kerana idea globalisasinya.
> > Dia meminati saya kerana dalam satu forum debat antarabangsa,
> > Muslim-Christian Debate, saya kuat menghentam pandakwah-pendakwah
> > Kristian sehingga ada orang kata, "you make the Christians run
> > out of steam". Saya sudah berhenti berdebat kerana ada urusan
> > lain. Walau bagaimanapun dia berharap saya akan kembali berdebat
> > dengan pihak Kristian.
> >
> > Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>
> >
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "Rizal" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: itriah <[EMAIL PROTECTED]>
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "lamang" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke