*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Itu adalah REALITI pada zaman dahulu. Ketika Islam mula-mula
bercambah, ia akan menjadi satu ugama yang bakal tersebar ke
suluruh dunia. Kita mesti ingat, ummat Islam yang terdahulu
terpaksa menghadapi perbagai cabaran. Musuh-musuh berada seke-
liling. Islam wajib membina kekuatan tentera dan politik. Salah
satu sebabnya ialah Islam menjadi ugama militan, menggunakan
cara berperang untuk mengalahkan dan menawan musuh-musuh. Kita
perlu ingat juga, ummat-ummat yang belum memeluk Islam ada yang
agresif dan ganas. Oleh itu keganasan dibalas dengan keganasan.
Jika ummat Islam yang terdahulu menunjukkan sikap lembut dan
pasif, tentu sekali musuh-musuh Islam tidak berasa gerun terhadap
ummat Islam. Sebab itu juga Islam mengada semangat JIHAD secara
berperang.

Dalam sebutan Inggeris, "if you don't get them first, they will
soon get you". Dasar inilah REALITI di zaman Islam mula-mula
timbul. Islam dapat menaklukki benua Asia, Eropah dan Afrika
kerana ummat Islam berupaya menguasai dan menghadapi negara-
negara kafir. Apabila disebut negara kafir, sikap kekufuran
mereka adalah satu bentuk keganasan yang Islam terpaksa meng-
hadapi. Jika ummat Islam datang menyerang, ini adalah tindakan
wajar, seperti kata, "if you don't get them first, they will
soon get you"....KERANA memang puak-puak kafir berhajat untuk
mencari peluang untuk menghancurkan ummat Islam.

Tindakan Nabi menyerang rombongan Abu Sufyan bukan kerana
Nabi adalah "pengganas", ia adalah tindakan wajar Nabi terhadap
puak-puak kafir yang sudahpun mengisytiharkan perang terhadap
Islam. Lagipun lambat laun, puak-puak kafir akan berikhtiar juga
untuk menyerang ummat Islam.

Kita lihat dalam sejarah tanahair kita sendiri, Portugis, Belanda
dan Inggeris datang menyerang kita ...dan pihak Barat tidak
mengira itu adalah perbuatan "mengganas" kerana pihak mereka yang
memulakan. Apabila ummat Islam menaklukki negara-negara bukan
Islam, maka pihak Islam dikira sebagai "pengganas".

==============================
> Dëín Å|dæñz ® wrote:
> 
> Assalamu'alaikum wrh...
> Saya nak mintak tolong...
> Gini... Saya yang tau (berserta rujukan) berkenaan bagaimana
> bermulanya perang Badar, siapa yang mulakan . Mengapa. Dan kenapa..
> Sebenarnya saya mencari sirah berkenaan Perang badar ni. Sebelum ni
> saya ada terbaca yang perang Badar dimulakan dengan oleh org Islam
> yang mahu menyerang/menyamun/menakut-nakutkan Caravan Abu Soffian
> (betullkan saya kalau tersilap) yang dalam perjalanan untuk berniaga.
> Kalau ikutkan cerita tu, macam org Islam pula yang cari pasal...  So,
> saya rasa amat tidak sedap hati la. Mesti ada jastifikasi dalam
> tindakan tu kan. Ataupun hal ni tidak benar..
> Saya amat berharap ada saudara2 yang dapat membantu menerangkan dgn
> amat terperinci. Perkara ni menyebabkan kengkadang saya rasa macam
> jahat pulak kita orang Islam ni.
> Tolong saya yang masih samar2 dgn sejarah ni..
> Wassalam.
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: TigerChan <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to