*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kedua: Cerita Ketua Polis Kena Tawan

Apabila makcik dari Memali menceritakan kisah Ketua Polis Baling kena tahan
dan ditawan oleh orang-orang kampung beberapa minggu sebelum hari kejadian,
saya antara percaya atau tidak. Ya, saya memang ada mendengar kisah ini
sekitar tahun 1985 atau 1986 dulu, tetapi bila saya mendengar dari mulut
seorang anak Memali, saya termenung seketika, sebab selepas kejadian Memali
itu, 1001 macam cerita yang saya dengar, saya tak pasti yang mana betul yang
mana tidak. Pernah saya memberitahu seorang sahabat bila ditanyakan cerita
Memali; kata saya

"CERITA YANG AKU DENGAR DARI ORANG UMNO DAN ORANG PAS PUNYA 2 VERSI YANG
BERBEZA, BAGAIKAN BELAKANG DAN DEPAN TAPAK TANGAN, 180 DARJAH BERBEZA".

Saya jadi pasti apabila cerita Ketua Polis ditawan ini juga ada terdapat dalam
buku "Perisai Memali" tulisan CN Al-Afghani .

Dua-dua ceritanya sama dari segi cara dan sebab kereta itu ditahan. Sebuah van
milik anak buah al-syahid telah ditahan dengar drebarnya sekali kerana pihak
polis menemui senjata tajam dalam van tersebut. Ini menimbulkan kemarahan pada
orang2 kampung , lantaran itu ada yang bertindak sendiri-sendiri.

Sebuah kereta ronda polis ditahan ketika sedang membuat rondaan di sekitar
Memali, anggotanya termasuk Ketua Polis Baling telah ditahan sebagai tebusan.
Orang-orang kampung mahukan drebar van yg ditahan di balai polis itu
dibebaskan sebagai tukaran.

Menurut buku "Perisai Memali", Ketua Polis itu sempat merasakan pedang tajam
diletakkan di tengkuknya. Menurut Makcik dari Memali itu pula, anggota polis
itu diikat matanya, dan ditempelang kiri kanan. Akhirnya, pihak polis
bersetuju membebaskan pemandu van itu sebagai ganti. Ingatkan cerita itu
selesai kat ini, tapi tidak. Dikatakan orang, rasa marah polis inilah yang
menyebabkan habis satu kampung Memali diamukkannya.

Cerita Memali sudah jadi sejarah, tetapi bagi makcik tersebut, ianya tak kan
dapat dilupakan selama-lamanya. Cara beliau bercerita seperti ada nada kesal
kerana kaum keluarganya telah ditembak tanpa bersenjata, dan kadang-kadang ada
sedikit rasa bangga di atas keberanian anak-anak kampungnya. Kata beliau,
"Budak-budak kampung Memali, tak leh kata la, berani sungguh - sekali tu, dema
letak batang pisang tengah jalan, tahan kereta perisai polis, lepas tu gi
takei (tetak) tayar kereta perisai tu".

TU DIA HAIH - WALAU PUN TAHU TAYAR KERETA PERISAI TAK LUT SENJATA, TAPI MEREKA
BERANI - MASYAALLAH!!

Secara peribadi, saya merasakan bahawa tragedi penahanan Ketua Polis Baling
ini lah yang mendekatkan kampung Memali kepada tragedi berdarah 19 November
1985. Insyaallah, jika ada kelapangan, saya akan menulis detail cerita semasa
hari kejadian itu, termasuk beberapa pengajaran-pengajaran penting yang boleh
diambil untuk iktibar bersama.




KISAH MEMALI - Part 5

Assalamualaikum,

Dlm part 1,2,3 dan 4 , kita telah melihat latarbelakang perjuangan al-syahid
ust Ibrahim Libya dan keadaan politik negara sebelum menjelangnya tragedi
berdarah di perkampungan Memali tanggal 19 Nov 1985. Kita juga telah melihat
bahawa al-syahid ust Ibrahim bukanlah pembawa ajaran sesat seperti yang
dicanangkan oleh puak-puak Toghut yg sampai hari masih angkuh dan megah
bertakhta bumi Malaysia ini. Kali ini, kita lihat pula cerita pada hari
kejadian.

Pada hari Isnin 18 Nov 1985, pasukan Polis mula berkubu di perkampungan Memali
- kelihatannya seperti tidak akan berundur lagi.

Pada pagi Selasa, 19 Nov 1985, pada pukul 7 pagi, ketika mentari mula
memancarkan sinarnya di kampung yang bersejarah ini, pasukan keselamatan dari
berbagai unit, PPH, Polis, FRU dan sebagainya semakin ramai berkubu di Memali.

TERTANYA-TANYALAH KITA, SEMBAHYANG SUBUHKAH MEREKA PAGI ITU?

Terfikir juga, jika gelap-gelap subuh pun sudah ada di situ, mungkinkan benar
cerita 'Musa Hitam' seperti yang kita tulis dalam bahagian sebelumnya?

Lebih kurang pukul 8 pagi, rumah al-syahid sudah dikepung keliling. Dan entah
dari mana, orang-orang kampung dan anak-anak murid serta sahabat ust Ibrahim,
tanpa diarah mula mengambil tempat masing-masing; hampir seratus orang
semuanya. Ada seorang pakcik tua, walaupun beberapa hari sebelum kejadian,
pernah diberi pesan oleh 'adik beradik'nya supaya jangan pergi ke rumah ust
Ibrahim pada hari kejadian, tetapi beliau tidak peduli, yang haq tetap haq,
tidak ada tolak ansur - sedangkan, kalau ikut hati beliau boleh buat pilihan,
kerana 'adik beradik' beliau yang memberi pesan itu bukanlah calang-calang
orang, YB Hj Seroji, ketika itu mrupakan ADUN UMNO Kaw Bayu serta seorang
Orang Kuat Balai dari Balai Polis Baling!!

Tak lama kemudian, kereta perisai yang dibeli dengan duit cukai rakyat jelata
mula mengambil tempat. Kemudianya, loceng FRU seperti yg pernah kita dengar di
Kg Rawa dan Majid Arrahman mula dibunyikan dan diikuti dengan suara Polis
meminta ust Ibrahim dan rakan-rakan menyerah diri. Goncangan loceng 'Ding Ding
Ding Ding' ini disambut dengan laungan takbir:

ALLAH HU AKBAR!!
ALLAH HU AKBAR!!
ALLAH HU AKBAR!!

Berulang ulang kali - bergema memecah keheningan kampung Memali berselang seli
dengan bunyi loceng!!

Seperti biasa, syarat sah loceng ini mesti diikuti dengan tembakan gas pemedih
mata [tidak ada semburan acid pada hari itu, mungkin engineer-enginer di
kilang buat acid pada ketika itu masih tengah dok buat uji kaji lagi!].
Rasanya kalau hari itu ada acid, hari itu juga depa pakai!

Lemparan bom-bom asap ini menyebabkan suasana menjadi kelam kabut; orang2
kampung yang selama ini hidup aman damai, tak pernah kacau orang, tiba-tiba
mendapati diri mereka dan kampung tumpah darah mereka terkepung dalam kepulan
asap hitam, bukan setakat mengganggu penglihatan tetapi pedihnya menusuk ke
lubang hidung. Ada yang balut muka dengan kain, basuh muka dengan air, guni
basah dll, tetapi laungan Takbir 'Allah Hu Akbar Allah hu Akbar' makin kuat
bergema!

Serangan bom asap bertubi-tubi ini menyebabkan seorang budak pompuan jatuh
pengsan. Melihat mulutnya yg berbuih-buih, dan ingatkan sudah menemui ajal,
seorang guru sekolah bernama Cikgu Syafie, dengan pedang di tangan, dengan
kalimah 'Allah hu Akbar!!! - Allah hu Akbar!!!- Allah hu Akbar!!!', meluru ke
arah tentera-tentera toghut tersebut. "PANG!!", dan entah berapa kali
tembakan, maka gugurlah Cikgu Syafie sebagai syuhada yang pertama di pagi itu!

Pertempuran antara angkatan Toghut yang lengkap bersenjata dengan orang-orang
kampung [Orang Melayu, Orang Islam] yang cuma berbekalkan buluh dan kayu serta
sebilah dua pedang pusaka berterusan hingga ke pukul 12 lebih. Polis pun
bukannya nak lawan sangat, orang atas saja yang lebih; sekitar tahun 1985,
seorang sahabat pernah menceritakan kepada saya cerita dari saudaranya,
seorang polis yang terlibat dalam kejadian tersebut. Ketika pertempuran,
beliau berselindung dicelah-celah rumah atau tepi-tepi tangga kerana naik
seram melihat buluh-buluh runcing berterbangan di sana-sini. Ada budak-budak
yang melastik ke arah polis. Saya mendengar cerita mengenai biji guli yang
digoreng dan digunakan sebagai batu lastik.

Sekitar pukul 12:30; tentera toghut menghentikan asakan. Pengarah Hal Ehwal
Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Yahya Yeop Adlan meminta
diadakan rundingan dengan orang-orang kampung . Beliau meminta mereka
menyerahkan ust Ibrahim Libya, tetapi salah seorang wakil penduduk kampung
dengan penuh sopan memaklumkan bahawa Tok Guru mereka tak buat salah apa-apa,
jadi buat apa mereka nak serahkan beliau. Datuk Yahya jadi serba salah, tapi
dia tetap berkeras mahukan Ustaz Ibrahim Libya. Rundingan tersebut akhirnya
menemui jalan buntu.

Sebaik-baik saja tamat rundingan itu, kelihatan kereta Perisai PPH mula
merempuh pagar dan bergerak ke halaman rumah. Dalam buku "Perisai Memali"
diceritakan bahawa Pakteh Mat Piah, apabila melihat pihak polis dlm keadaan
nak menembak Paksu Man, lantas dia pun menyerbu ke arah Polis dengan pedang
terhunus di tangan, dan apa lagi meletup-letuplah senapang polis memuntahkan
pelurunya ke arah Pakteh, lalu rebahlah beliau ke bumi tetapi tidak sebelum
pedang pusakanya sempat singgah di badan salah seorang tentera toghut itu.

Cerita yang saya dengar ; dalam keadaan kelam kabut itu, ustaz Ibrahim Libya
telah terkena tembakan. Melihatkan Ustaz Ibrahim rebah, Paksu Man meluru ke
arah beliau, tapi belum sempat tiba, Paksu Man pula kena tembak di bahagian
perut. Melihat Paksu Man kena tembak, salah seorang saudara Paksu Man pun
meluru ke arah beliau, dia juga kena tembak, kalau tak silap di bahagian
tangan. Dalam keadaan kelam kabut itu, ramailah yang terkena tembakan. Bunyi
senjata tentera toghut berdentam dentum di celah-celah laungan takbir, "ALLAH
HU AKBAR, ALLAH HU AKBAR" berulang- ulang kali, begitu gamat sekali
keadaannya.

Saya mendengar dari mulut seorang sahabat bernama Pak Man yang mendengar dari
mulut sahabat karibnya yang tercedera dalam pertempuran itu. Kata Pak Man:

"Al-syahid tak henti-henti melaungkan kalimah Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar,
Allah Hu Akbar!. Bila dia kena tembak, dia masih berdiri menjulang pedangnya
sambil bertakbir Allah Hu Akbar!, kemudian terjatuh berlutut, masih bertakbir
Allah Hu Akbar!, kemudian ditembak lagi, masih juga menyebut Allah Hu Akbar,
berulang-ulang kali!!!"

[Cara Pak Man bercerita memang bersemangat, tak mampu saya bercerita seperti
beliau].

Dalam buku Perisai Memali, diceritakan bahawa sebaik-baik saja beliau rebah ke
bumi, isteri al-syahid datang memangku beliau. Beliau bertanya kepada
isterinya "Apa yang terjadi?". Isterinya menjawab, "Abang ditembak!". Kata
beliau, "Alhamdulillah!!". Itulah ucapan beliau yg terakhir sebelum beliau
dibawa pergi oleh tentera-tentera toghut itu. Saya melihat dalam footage video
Memali yang disiarkan tak beberapa hari selepas kejadian itu, di mana
ditunjukkan mayat al-syahid di atas usungan, dengan darah merah memenuhi tubuh
tetapi cuma berseluar pendek. Masyaallah, buruk sungguh fitnah puak-puak
toghut ini! - Mana ada orang kampung yang pakai kain kat luar dan pakai seluar
panjang kat
dalam!!!.

SAYA TAK AKAN LUPAKAN CLIP VIDEO ITU SAMPAI MATI!!!

[Terutamanya pengacaranya si Rais Yatim yang hari ini sedang rancak mencari
publisiti untuk ke atas semula. Berhati-hatilah dengan orang-orang seperti
ini!]

Di dalam video itu juga ditunjukkan longgokan-longgokan senjata tajam yang
kononnya digunakan dalam tragedi itu, macam-macam ada - parang, golok, pisau,
pedang dll. Kata seorang anak mangsa Memali yang saya temui:

"Dema (Polis) kutip habis pisou, parang di kapong tu - pisou hak Mak dok buat
hiris bawang pong dema kutip sekali!!"

SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG TENGOK RAKAMAN VIDEO KEJADIAN TERSEBUT, SEMUANYA
KENA TIPU HIDUP-HIDUP!!

Serangan bertubi-tubi tentera toghut itu berakhir sesudah 13 orang mujahid
gugur syahid, ditembak tanpa peri kemanusiaan, tanpa ada rasa belas kasihan.
Maka berpisahlah mereka dari dunia yang fana ini, menuju ke alam baqa yang
menjanjikan ganjaran syuhada untuk mereka yang ikhlas berjuang dan sanggup
gugur demi menegakkan kalimah Allah SWT yang hak di muka bumi ini.

Selain Ustaz Ibrahim Mahmud, turut gugur syahid di medan Memali itu ialah
Ahmad Hassan, Cikgu Syafie, Hj Abdullah, Abdul Manaf, Ghazali Mohd Saman, Mohd
Radzki, Wan Abdullah, Mohd Aroff, Zamri Md Isa, Abdullah Yasin, Mohd Daud dan
Ahmad Bin Ismail.

Ada 13 orang lagi yang cedera parah, dan salah seorangnya meninggal dunia tak
beberapa minggu selepas kejadian.

Tentunya sedih anak-anak dan isteri-isteri yang ditinggalkan, apatah lagi
setelah suami-suami mereka dibunuh hidup-hidup, mereka pula yang diangkut ke
jel-jel berdekatan tanpa belas kasihan. Di akhir peristiwa, sekitar 161 orang
telah ditangkap dan ditahan; kalau nak tau cerita detailnya, bolehlah datang
berjumpa salah seorang di antara yang ramai-ramai ini, mereka boleh cerita apa
yang sebenarnya berlaku.

Anak-anak Memali walaupun sedih dengan pemergian ayahanda tersayang tetapi
tetap berbangga dengan keberanian orang tua mereka. Kata salah seorang dari
mereka:

"Pak baru kelik (balik) dari motong, raga pisou motong dok di pinggang lagi.
Dia tengok orang ramai di rumah Mang (ust Ibrahim), dia pong gi sama. Gi Gi tu
ka, tak Kelik Kelik Dah!!".

Walau apa pun yang pernah ditulis oleh media massa, insyaallah sejarah akan
membuktikan siapa yang benar, siapa yang salah - kerana itu saya tidak
berminat untuk menulis kisah bagaimana seorang dua anggota polis terbunuh atau
cedera parah dalam kejadian itu - kerana sesungguhnya salah seorang daripada
anggota polis yang terbunuh itu punya hubung kait adik beradik dengan saya.
Minta maaf saya tidak dapat komen bab ini, tapi one thing for sure, walau pun
sudah 13 tahun tragedi itu berlalu, tetapi rakyat jelata terutamanya anak-anak
Memali masih berharap agar mereka yang bertanggungjawab dalam kejadian itu
akan di hadapkan ke muka pengadilan. Seorang anak Baling, penyokong UMNO
pernah menceritakan harapan beliau apabila DSAI jadi PM, mungkin cerita Memali
akan dibongkar semula. Tapi,
nampaknya harapan beliau cuma tinggal harapan!

ANAK-ANAK MEMALI TERUS MENANTI DAN MENANTI, DENGAN PENUH HARAP DAN HAMPA
BERDEGAP!!


KISAH MEMALI - Bahagian Akhir

Sebelum menulis Memali Part-1, saya telah berkunjung ke kawasan perkuburan
syuhada Memali, di Parit Panjang dengan harapan agar kunjungan itu akan dapat
memberi inspirasi kepada saya dalam penulisan cerita-cerita Memali ini. Dan
sebelum mengakhiri tulisan ini, saya telah ditakdirkan untuk hadir dalam satu
majlis ceramah/tazkirah ramadan oleh ust Ismail Mahmud, adik kepada al-syahid
ustaz Ibrahim Libya di sebuah masjid berdekatan. Betullah kata orang, ke mana
tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasik - cara pidato beliau yang berapi-rapi
menyeru hadirin kepada jihad menyebabkan bulu roma saya meremang sepanjang
ceramah. Lapang-lapangkan masa anda untuk menghadirkan diri ke kuliah atau
ceramah beliau bila berkesempatan!

Meneruskan cerita Memali, Sebagai penutup, ada baiknya kita perhatikan
beberapa pengajaran yang boleh diambil daripada tragedi berdarah ini:

Antaranya, peristiwa di perkampungan Memali itu seharusnya menjadi iktibar
kepada semua pencinta-pencinta Islam bahawasanya dalam perjuangan untuk
menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini bukanlah semudah dan se'ideal' yang
kita sangkakan. Perjuangan ini memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan di bumi
Memali adalah pengorbanan nyawa dan badan!

MUNGKIN BENAR ISLAM TIDAK AKAN NAIK MELALUI MATA PEDANG, TETAPI ISLAM JUGA
TIDAK AKAN HANCUR MELALUI MATA PELURU!!

Saya mendengar cerita dari Memali mengenai seorang hamba Allah, yang cakapnya
berdegar-degar dan antara yang paling lantang sebelum kejadian - tetapi bila
berlaku pertempuran, beliaulah yang pertama lari lintang pukang, menyusup naik
ke rumah seorang pakcik di kampung tersebut. Ini bukanlah sesuatu yang
menghairankan kerana sememangnya sejak zaman Rasulullah lagi, memang terdapat
puak-puak munafik di kalangan kita!

SAMPAI MATI PUN, PEMERINTAHAN ISLAM TAK AKAN TERLAKSANA DI BUMI MALAYSIA INI
SELAGI ORANG ISLAM DARI BANGSA MUNAFIK MASIH TERUS MEMEGANG TAMPUK
PEMERINTAHAN!!

Saya juga mendengar cerita mengenai seorang hamba Allah di kampung itu [orang
atas pagar] yg jenis makan kiri kanan; kiri pun dia pi, kanan pun dia pi. Ada
kemungkinan beliaulah antara yang jadi tukang cucuk dalam kejadian itu. Beliau
masih ada di kampung itu hingga ke hari ini, tetapi orang kampung sudah tak
pedulikan beliau lagi. Ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat kita memang ada
puak-puak semacam ini; kita seharusnya berhati-hati dengan orang atau kumpulan
seperti itu!

SUKA KA TAK SUKA KA, MEMANG ADA BERIBU ORANG ATAS PAGAR DALAM MASYARAKAT KITA!

SUKA KA TAK SUKA KA, ADALAH MENJADI KEWAJIPAN KITA UNTUK MERUNTUHKAN
'PAGAR-PAGAR' ITU, SEHINGGALAH MEREKA TERPAKSA MEMILIH, NAK KE SEBELAH SINI
ATAU KE SEBELAH SANA!!

Saya juga mendengar cerita lucu mengenai seorang Cina yang dipanggil "Panjang"
yang lari lintang pukang, menyusup naik ke rumah seorang makcik di kampung
tersebut. Beliau ketika itu sedang membawa traktor membajak di sawah
berhampiran. Bila ditanya apasal beliau lari? Jawab beliau, "Aya….Wa Takut
Lo…Nanti Polis Tangkap Wa….Wa Takut Polis Ingat Wa Kominis!!". Baling ketika
itu memang pun terkenal dengan komunis. Kisah ini mengajar kita mengenai "cara
dan tindak tanduk" orang-orang depa bila berhadapan dengan keadaan yang
sedemikian.

TRAGEDI BERDARAH DI INDONESIA 12-14 MEI 1998 APABILA ORANG-ORANG MEREKA LARI
BERTEMPIARAN MEMBAWA DIRI SEHELAI SEPINGGAN KE NEGARA KITA, SINGAPURA DLL ITU
CUMALAH SATU ULANG TAYANG CERITA LUCU DI KAMPUNG MEMALI BERKENAAN!!

Saya pernah singgah bersembahyang di masjid berhadapan perkuburan Memali
berdekatan roundbout Parit Panjang. Menurut cerita, Sultan Kedah turut memberi
sumbangan pembinaan masjid tersebut atas dasar prihatin Baginda kepada tragedi
Memali. Banyak lagi cerita yang berkaitan dengan Sultan Kedah ini yang tak
dapat diceritakan di sini.

BUKAN SEMUA 'ORANG ATAS' BUTA PERUT - ADA JUGA YANG BERSIMPATI DENGAN GOLONGAN
YANG IKHLAS BERJUANG UNTUK MENEGAKKAN YANG HAQ DI MUKA BUMI!!

Saya juga mendengar cerita mengenai anggota Polis yang berasal dari Baling
yang kena kerja di luar daerah Baling kerana beliau ada sangkut paut adik
beradik dengan orang kampung Memali. Sekali tu, beberapa minggu sebelum
kejadian, ketika beliau sedang makan di gerai/restoran dengan Orang-Orang Atas
Polis, tiba-tiba ada sorang org kampung dia datang join. Nak jadi ceritanya,
orang kampung dia ni adalah antara yang sedang dicari-cari Polis (Wanted
List); gelabah dia. Macam-macam isyarat dia bagi suruh si mamat tu belah, tapi
si mamat tu tak paham-paham. Nasib baik polis-polis yang lain tu tak perasan,
kalau tidak, si mamat itu tentu dah kena tangkap hari itu juga. Sebetulnya,
ramai Polis-Polis di Baling adalah anak jati Baling. Seorang polis pernah
bercerita kata mereka sendiri tak 'berani' nak ronda di kawasan Memali sebelum
kejadian. Rasanya, bukan 'tak berani' tapi lebih kepada rasa simpati kepada
saudara mara sesama daerah. Maka itu, tidak hairanlah bila pasukan polis yang
dipanggil untuk menyerang perkampungan Memali di'import' khas dari luar daerah
Baling. Kata seorang hamba Allah dari Baling:

"Cuba mu tengok, dema (mereka) bawak mari Polis Hutan dan Komando dari Perak
(Ulu Kinta); pasal apa dema tak panggil Polis Hutan dari Sungai Petani? -
sebab Polis-Polis di Sungai Petani kenal siapa dia Ustaz Ibrahim Libya. Dia tu
Tok Guru, bukannya orang jahat!!".

NAK TAK NAK, KITA KENA TERIMA REALITI HIDUP DI MALAYSIA - BAHAWASA NYA
MASTERMIND-MASTERMIND KAT ATAS SANA LEBIH KE DEPAN DALAM BANYAK HAL. POLIS,
FRU, POLIS HUTAN, ASKAR, KETUA KAMPUNG, JKKK DAN RAKYAT MARHAIN MACAM KITA NI
CUMALAH BUAH-BUAH CATUR PADA PANDANGAN MEREKA!!!

Saya juga mendengar cerita mengenai Kubur Wangi dan Serban Wangi. Diceritakan
orang kubur para syuhada di perkuburan Islam Parit Panjang itu pernah
mengeluarkan bau yang harum. Cerita ini telah diceritakan dari mulut ke mulut.
Kemudiannya pula, beberapa tahun yang lalu, muncul pula cerita bahawa serban
seorang sahabat yang digunakan untuk membalut luka al-syahid pada hari
kejadian, dan kemudiannya digantung di rumah beliau sebagai kenangan (tanpa
mencuci darah itu), telah mengeluarkan bau yang harum setelah bertahun-tahun
tergantung di situ. Kata makcik yang menceritakan kisah ini:

"Habis lebik (lunyai) orang pakat berebut gi cium serban tu!".

INI MENUNJUKKAN BETAPA RINDU DAN SETIANYA PENGIKUT-PENGIKUT AL-SYAHID KEPADA
BELIAU. SEMANGAT WAJA MEREKA TAK PERNAH LUNTUR WALAU PUN KAMPUNG MEREKA PERNAH
DIREMPUH KERETA PERISAI DAN DILANDA HUJAN PELURU!!

Dua tiga bulan selepas tragedi, bila ditanya mengenai isu kubur wangi ini,
Allahyarham Pak Ya, seorang hardcore UMNO di pedalaman Baling berkata:

"Apa tak wanginya. Cuba mu gi tanya kedai-kedai Cina di Pekan Baling tu,
berapa botol minyak wangi dema (org kampung) gi beli, gi soh (tuang) atas
kubur Memali tu!".

Seorang lagi Pakcik tua, orang lama UMNO, bila saya tanya cerita ini, beliau
berkata:

" Ala, puak-puak Memali tu ramai dok gi Kelantan. Dema gi beli minyak wangi di
Kelantan, bawak kelik sini, gi bubuh di kubur tu".

Bila timbul pula cerita Serban Wangi, saya tanya pula seorang lagi Pakcik
UMNO; kata beliau:

" Ala, serban tu, bubuh minyak wangi hak dema bawa kelik (balik) dari India
Pakistan tu. Puak-puak ni ramai yang dok gi ngaji sana."

NASIB BAIK DEPA TAK TAHU NAK SEBUT PERFUME-PERFUME MACAM ESTEE LAUDER KA,
FRAICHE COLOGNE KA, JEAN D'ASTRESS KA, APA-APA KA. KALAU TIDAK TENTUNYA
TERGELIAT LIDAH PAKCIK-PAKCIK INI NAK MERIWAYATKAN CERITA ITU KEPADA SAYA!!

Apa-apa pun, pengajarannya: Apabila berhadapan dengan golongan atau pun
kumpulan orang Islam yang suka bermain dengan logik akal ini, usahlah
menghabiskan masa berdebat dengan mereka. Apa sahaja yang mereka katakan,
usahlah disimpan di dalam hati; adalah lebih baik kita tadahkan tangan ke
langit, dengan hati yang penuh ikhlas mohonkan sekalung doa moga Allah SWT
menurunkan hidayah kepada mereka, kerana sesungguhnya Mereka-Mereka Itu Tidak
Mengetahui...

Sekian Kisah Memali Versi Rakyat Marhain


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ru Antara <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to