*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dari rentak tari yg ditunjukkan nampaknya Chandra
bakal menjadi penasihat agama Dr Mahathir tak lama
lagi.............


--- "Mohd Nor, Muhamad Sharman"
<[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Petikan dari Utusan online - 28/2/2002 
> PUM jawab Chandra Muzaffar
> Oleh Abdul Ghani Shamsuddin
> Kami merujuk kepada kedua-dua bahagian artikel Dr.
> Chandra Muzaffar bertajuk
> Ulama, Dominasi dan Perubahan (Utusan Malaysia 20
> Februari 2002) dan
> Dominasi Ulama Terhadap Agama (Utusan Malaysia 21
> Februari 2002) 
> Chandra menuduh kami menolak mentah-mentah cadangan
> daripada beberapa
> individu dan kumpulan untuk mengadakan dialog dengan
> para penulis yang
> dirujuk dalam memorandum kami kepada Majlis
> Raja-raja. 
> Dalam membuat tuduhan tersebut, beliau jelas gagal
> memahami alasan dan
> objektif kami menghantar memorandum kepada Majlis
> Raja-Raja. 
> Objektif utama kami adalah kami menuntut agar Majlis
> Agama Islam Negeri
> mengambil tindakan secara adil ke atas mereka yang
> melanggar undang-undang
> sedia ada yang melarang penghinaan ke atas Islam,
> Nabi dan ulama, termasuk
> mufti yang dilantik oleh Raja-Raja. 
> Laporan telah dibuat kepada pihak berkuasa agama
> terhadap Akbar Ali dan
> Farish A. Noor yang telah melanggar undang-undang
> tetapi tiada tindakan
> diambil ke atas mereka. 
> Kami sendiri telah membuat laporan terhadap Akbar
> Ali kepada Jabatan Agama
> Islam Selangor (JAIS) pada 26 Disember 2000, iaitu
> hampir 14 bulan yang
> lalu, tetapi hingga kini kami belum mendengar
> sebarang maklum balas daripada
> mereka atau sebarang tindakan diambil. 
> Walaupun selepas laporan dibuat, beliau (Akbar Ali)
> tidak berhenti daripada
> terus cuba memperlekehkan ulama. 
> Beliau telah menulis dalam kolum di akhbar tempatan
> menghina para mufti yang
> dilantik oleh Raja-Raja, serta ulama. 
> Beliau berkata: Mufties are not thinking straight
> (mereka tidak berfikiran
> betul) dan mereka make fatwa which most of the
> people, including other ulama
> and mufti, do not follow (membuat fatwa yang mana
> kebanyakan orang, termasuk
> ulama dan mufti lain, tidak ikuti), many ulama
> themselves are purveyors of
> pagan practices (ramai daripada ulama sendiri punca
> kepada amalan jahiliah)
> dan the ulama themselves are incapable of
> intelligent thought (ulama sendiri
> tidak mampu berfikir dengan cerdik) [The Sun, 21
> Februari, 2002] 
> Dalam merujuk perkara di atas kepada Majlis
> Raja-raja, kami mengharapkan
> satu tindakan akan diambil untuk memastikan Jabatan
> Agama Islam
> negeri-negeri, yang malangnya berada di bawah
> kawalan para politikus,
> menjalankan fungsi dan tanggungjawab mereka secara
> jujur dan cekap tanpa
> tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. 
> Setiap laporan hendaklah disiasat dan tindakan
> diambil selaras dengan
> peruntukan undang-undang tanpa mengira kedudukan dan
> status individu yang
> berkenaan. 
> Tentunya Chandra akan bersetuju bahawa tidak harus
> ada dwistandard dalam
> penguatkuasaan undang-undang. 
> Kami terkejut dengan keputusan Chandra bahawa beliau
> beranggapan para
> penulis tidak bersalah menghina Islam. Daripada
> terus membuat penilaian
> sendiri, beliau seharusnya meminta pihak yang
> berkenaan untuk menyiasat
> laporan tersebut dan menyerahkan kepada pihak hakim
> bagi menilainya. 
> Mungkin bagi beliau, tuduhan-tuduhan seperti melabel
> Rasulullah sebagai
> pemimpin suku dan ketaatan yang diberikan kepada
> Baginda oleh para pemuka
> Islam (termasuk para sahabat) adalah ketaatan
> kesukuan dan bukannya ketaatan
> agama; menganggap Islam hanyalah suatu wacana yang
> terbuka, boleh dicabar
> dan plastik; mendakwa bahawa al-Quran tidak
> mengehadkan bilangan isteri yang
> boleh dikahwini kepada empat semuanya bukan
> merupakan satu kesalahan. 
> Bagaimanapun, bagi majoriti orang Islam, termasuk
> kami, tidak berfikir
> sedemikian. 
> Chandra harus menyedari bahawa isu-isu yang
> ditimbulkan dalam aduan tersebut
> bukan suatu pertikaian peribadi tetapi melibatkan
> integriti agama Islam dan
> peribadi serta status Rasulullah s.a.w. 
> Oleh itu beliau ataupun PUM tidak berhak untuk
> membuat keputusan terhadap
> isu yang ditimbulkan dalam memorandum kami tersebut.
> 
> Forum yang paling sesuai untuk membuat penilaian
> sedemikian ialah Mahkamah
> Syariah. 
> Kita tidak seharusnya mengambil alih fungsinya
> dengan mengadakan dialog
> terhadap perkara yang termasuk di dalam bidang
> kuasanya. 
> Cadangan untuk mengadakan dialog tidak membawa
> sebarang makna kecuali
> sebagai umpan untuk mengalihkan perhatian umum
> daripada desakan kami agar
> perkara dalam aduan kami dilayan mengikut lunas
> undang-undang. 
> Objektif kedua kami adalah untuk mencadangkan kepada
> Majlis Raja-Raja untuk
> menubuhkan suatu forum bagi membincangkan isu-isu
> berkaitan Islam yang
> melibatkan pentafsiran al-Quran dan Sunah. 
> Kami tidak percaya kepada penutupan perbincangan,
> namun kami sebaliknya juga
> yakin bahawa akhbar bukanlah media terbaik bagi
> tujuan tersebut. 
> Sesiapa yang tidak bersetuju dengan sebarang
> pentafsiran semasa al-Quran dan
> sunah sepatutnya mendapat peluang untuk
> membentangkan pandangan beliau di
> hadapan sebuah panel pakar, yang terdiri daripada
> ulama dan pakar daripada
> pelbagai bidang untuk dibincang dan dirumuskan. 
> Melalui mekanisme sedemikian, kita akan mampu
> mencapai kata sepakat dalam
> isu penting yang berkaitan dengan masyarakat Islam
> tanpa menimbulkan
> sebarang kekeliruan kepada masyarakat. 
> Sebagai contohnya, Chandra telah memperuntukkan
> sebahagian yang agak besar
> dalam artikel beliau untuk membuktikan bahawa
> majoriti ulama tersilap dalam
> pentafsiran ayat-ayat Quran berkaitan hukuman
> terhadap jenayah murtad serta
> poligami. 
> Beliau berhak untuk tidak bersetuju dengan mereka
> dan kami menghormati
> beliau untuk berbuat demikian. Tetapi akhbar
> bukanlah forum yang sesuai
> untuk perbincangan dan permuafakatan tentang isu
> sedemikian yang memerlukan
> kefahaman mendalam mengenai undang-undang Islam
> serta fikah, dan yang paling
> utama, sifat tawaduk pada peribadi mereka yang
> terlibat dalam perbahasan
> berkaitan. 
> Chandra menuduh ulama konservatif yang menerima
> pandangan konvensional yang
> dibawa oleh para ulama terdahulu bahawa pintu
> ijtihad (penilaian bebas) yang
> dipandu oleh al-Quran dan hadis telah tertutup pada
> abad ke sembilan. 
> Ini adalah hujah yang selalu digunakan oleh para
> modenis untuk menyerang
> para ulama dengan menuduh mereka sebagai golongan
> yang jumud dan
> berpandangan beku. 
> Kami tidak bersetuju bahawa pintu ijtihad telah
> tertutup. Terdapat begitu
> ramai ulama yang mendalam ilmu mereka, ulung dan
> warak seperti Yusuf
> al-Qaradawi, Bin Bazz, Muhammad al-Ghazali dan
> lain-lain yang melakukan
> ijtihad bagi mencari penyelesaian terhadap isu yang
> dihadapi umat kesan
> daripada proses modenisasi yang ditunjangi Barat. 
> Pandangan kami yang bertentangan dengan pendapat
> Chandra ialah bukan semua
> orang, walaupun ada yang mempunyai pengetahuan
> mengenai al-Quran, Sunah,
> sejarah Islam, dan lainnya mempunyai kemampuan untuk
> berijtihad. 
> Dr M. H. Hashim Kamali dalam bukunya Principles of
> Islamic Jurisprudence,
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Sports - live college hoops coverage
http://sports.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Harun Aminurrashid <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke