*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 'BARUA'
> Setiap aksi adalah reaksi kepada aksi yang lebih
> awal. Tumbukan pertamalah
> yang biasanya melahirkan tumbukan kedua sebagai
> reaksi atau tindak balas.
> Apabila kedua pihak sudah mula bergelut, soal siapa
> yang memukul lebih kuat
> sudah kurang penting lagi. Demikian jugalah dalam
> sebuah pertentangan.
> Soalnya siapa yang memulakan.
> 
> Polimik mengenai 'barua' telah dikompang dengan
> riuhnya oleh radio dan
> televisyen Malaysia hampir setiap jam mulai 9 Mac
> 2002. Sehingga rencana ini
> ditulis (5 Muharam 1423/19 Mac 2002) ia masih
> memutarkan hal yang sama
> dengan menagih komen Mufti Perak dan Sabah pula
> untuk lebih memberikan kesan
> (siaran pada 19 Mac 2002). Entah bila akan
> dihentikan pun tidaklah pula
> diketahui. Ia dihidupkan sama ada sebagai satu slot
> di dalam berita atau
> berselang seli dengan iklan. Entah ianya satu berita
> atau tidak bernilai
> berita dan bertukar menjadi propaganda sudah tidak
> penting lagi di sisi
> pemilik kekuasaan.
> 
> Cubalah kita tanya apa latar belakangnya. Seperti
> yang digalurkan dengan
> tepat oleh Menteri Besar Kelantan, ianya bermula
> dari peristiwa seorang
> Menteri UMNO yang diberi kebenaran berkhutbah di
> sebuah Masjid pada hari
> Jumaat, sehari sebelum hari pembuangan undi dalam
> Pilihanraya Kecil Indera
> Kayangan di Perlis. Cuba kita tanya lagi apa yang
> sebenarnya berlaku dalam
> suasana memuncaknya kempen pilihanraya berkenaan.
> 
> Tidakkah dalam satu Solat Subuh berjemaah di sebuah
> masjid yang dihadiri
> oleh Dato' Nik Abdul Aziz, beliau bukan setakat
> tidak dipelawa untuk menjadi
> Imam, malah orang kuat masjid telah cepat-cepat
> merampas mikrofon, lalu
> memunggahnya ke dalam peti bergari sebaik-baik
> selesai Sembahyang. Ini
> berlaku pada pagi Jumaat yang sama iaitu pada 18
> Januari 2002.
> 
> Kemudian, pada hari yang sama juga kita diberitahu
> tentang keganasan yang
> dilakukan ke atas beberapa kenderaan milik petugas
> Parti Keadilan dimana
> semua cermin depan dan tingkap dihancurkan. Ada pula
> seorang anggota polis
> yang bernama Koperal Mohd. Salleh termasuk dua orang
> pemuda bernama Johari
> Md Yasin dan Ab. Rahim telah ditendang dan dibelasah
> dengan teruk. Semuanya
> ini telah dirakam dalam keluaran Harakah bertarikh 1
> - 15 Februari 2002 siap
> dengan bukti bergambar. Ini latar belakangnya.
> 
> Dalam keadaan Nik Ab. Aziz yang tidak terfikirpun
> untuk menjamah mikrofon
> kerana sudah "tahu sama tahu" pada pagi itu,
> tiba-tiba seorang Menteri yang
> mewakili Parti Kerajaan telah diberikan mimbar,
> tongkat dan mikforon
> sepenuhnya di masjid untuk berkhutbah. Tidakkah
> nyata senyata-nyatanya yang
> arahan "tidak boleh membawa politik ke dalam masjid"
> hanya perlu dipatuhi
> oleh PAS sahaja. Kalau ditanya apakah kandungan
> khutbah itu, umat Islam
> seluruh Malaysia boleh sama-sama membuat tekaan
> dalam suasana esok hari
> pembuangan undi. Faham-faham sahajalah. Perkara ini
> berlaku di hadapan
> Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam
> Negeri. OK sahaja. No
> problem. Cuba kalau Tuan Guru Dato' Nik Ab. Aziz
> yang sebaliknya diberikan
> tongkat untuk membaca khutbah oleh ahli kariah. Cuba
> bayangkan apa pula
> bentuk reaksi dan implikasi. Tentu akan keluar filem
> baru dalam versi yang
> lain. Silap-silap, turun naik Balai Polislah
> jawabnya.
> 
> Terlanjur menyentuh tentang reaksi, perkataan Tok
> Guru Nik Ab. Aziz jelas
> merupakan sebuah reaksi. Ia sebuah tindak balas
> kepada intimidasi pemimpin
> UMNO yang terlalu tidak adil baik semasa Pilihanraya
> Kecil Indera Kayangan
> atau sebelumnya. Ia berpanjangan. Untuk mudah
> memahami erti intimidasi
> UMNO/BN, mari kita senarai ringkaskan sepuluh (10)
> "deadly sin" (kesalahan
> yang amat merbahaya) mereka dalam bentuk pertanyaan:
> 
> i) Pernahkah disepanjang 11 tahun menjadi Menteri
> Besar, Nik Abdul Aziz yang
> terkenal sebagai seorang ulama' diberikan "air time"
> tanpa gangguan untuk
> menyampaikan ceramah?
> 
> ii) Kenapa hanya kali ini sahaja diberikan liputan
> meluas berbelas kali
> dalam sehari di saluran-saluran TV? Dari segi
> kandungan ceramah, kenapa
> diambil badan dibuang lengan dan diambil lengan
> ditinggal siku dari ceramah
> beliau? Kepala dan ekor dimana?
> 
> iii) Kenapa TV tidak heboh dan tayangkan Menteri
> Besar Selangor yang ghairah
> memanggil Tuan Guru Dato' Hj. Nik Ab. Aziz dan Dato'
> Seri Hj. Ab. Hadi Awang
> sebagai pendeta Yahudi dan Nasara (Lihat Berita
> Harian bertarikh 9 Februari
> 2002). Kenapa tidak ditayang secara berulang lengkap
> dengan ulasan Mufti dan
> reaksi orang ramai seperti yang sedang dibuat
> sekarang?
> 
> iv) Tidakkah Dato' Nik Ab. Aziz digelar dengan
> bermacam-macam nama sebelum
> ini seperti ulama' pisau raut, dalam serban ada
> ular, ulama' pelampau,
> ulama' bapa pengganas, ulama' militan, ulama' yang
> tidak reti memerintah,
> ulama' pondok kolot, ulama' menyeleweng dan nak
> makan sup tangan, silalah ke
> Kelantan.
> 
> Mana sedutan filemnya? Kenapa slot yang menunjukkan
> pemimpin UMNO yang
> mencela ulama' tidak dipetik-petik dan muatkan
> secara "live" di TV secara
> berulang-ulang kali?
> 
> v) Tidakkah langkah mengharamkan pembangkang dari
> berceramah mulai Julai
> 2001 sampai ke hari ini adalah
> "instigation"(hasutan), "distortion"(memutar
> belit), "deprivation"(pelucutan),
> "suspension"(penggantungan) dan
> "intimidation"(ancaman) kepada segala hak-hak
> demokratik yang dijamin oleh
> Perlembagaan Negara kepada rakyatnya?
> 
> vi) Tidakkah dengan tidak memberi permit setelah
> dipohon malah diikuti pula
> dengan kepungan, serbuan, semburan dan pukulan telah
> merampas hak berhimpun
> dan menyatakan pendapat dalam keadaan aman?
> 
> vii) Bila masa ceramah PAS berakhir dengan
> keganasan? Buktikan?
> 
> viii) Kenapa diberkas tangan, kaki, lidah dan mulut
> rakyat dengan segala
> akta?
> 
> ix) Kenapa tidak dibuat debat terbuka mengenai
> Malaysia Negara Islam atau
> bawa kes Memali ke Mahkamah walaupun sudah 17 tahun?
> Memadaikah dengan
> menayangkan filem yang diubahsuai untuk mencari
> keadilan?
> 
> x) Akhir sekali, tidakkah semua tekanan ini akan
> mengundang retaliasi
> (tindak balas) kerana ia berlawanan sama sekali
> dengan sifat dan naluri
> semula jadi setiap manusia? Tidakkah air yang
> dicerek tetap tenang di atas
> api untuk seminit pertama? Bagaimanapun ia akan
> menendang tudung dan
> melimpah tanda protes bila dipanaskan berpanjangan.
> 
> Sepuluh soalan di atas adalah latarbelakang. Ia
> melengkapkan lagi syarat
> untuk meletupnya perkataan 'barua' daripada mulut
> Menteri Besar Kelantan di
> PUTIK pada malam ceramah tertutup PAS yang
> dimaksudkan itu. Himpunan
> tekanan, kezaliman, herdikan dan intimidasi yang
> berulang dan berpanjangan
> inilah yang memungkinkan terlontarnya sebuah reaksi.
> Ia adalah rentetan
> tindak balas dari aksi-aksi kezaliman yang diluar
> semangat perikemanusiaan,
> demokrasi dan Islam. Ia menginjak seluruh
> nilai-nilai keinsanan lalu
> dinamakan oleh Tuan Guru Dato' Hj. Nik Ab. Aziz
> dengan panggilan yang bukan
> berbunyi insan lagi. Ia selayaknya dipanggil begitu
> setelah ulama' yang
> sepatutnya memainkan peranan mulianya yang sebenar
> iaitu memimpin pemimpin
> dan rakyat kepada yang hak dan menentang kemungkaran
> telah terpesong jauh
> dari memainkan peranan tunjangnya. 'Dia' telah
> menjadi alat bagi menjayakan
> usaha-usaha memberkas 'hak' dan kebenaran dari
> terserlah. 'Dia' berdiri di
> mimbar bukan lagi untuk menegur dan mengingatkan
> manusia dengan "ittaqullah"
> secara sesungguhnya kerana 'dia' sendiri sedang
> takut "dengan manusia".
> Bagaimana mahu takut kepada Allah dan mahu mengajak
> manusia untuk takut
> kepada Allah?
> 
> Buat Penasihat Agama kepada Perdana Menteri,
> sukacita kita menyeru beliau
> untuk lebih bertenang dalam meneliti isu. Punca,
> sebab dan akibat keluarnya
> kata-kata kesat perlu diikuti dengan baik
> sebagaimana perlunya kita meneliti
> asbab turunnya Ayat Tabbat yang masyhur itu. Sebelum
> beliau kononnya
> bersedih, kesal dan mula berdukacita seperti yang
> dilaporkan oleh Utusan
> Malaysia pada 19 Mac 2002, eloklah beliau
> berdukacita dan menasihati sikap
> Menteri Besar Selangor yang memanggil Menteri Besar
> Kelantan dan Menteri
> Besar Terengganu sebagai pendeta Yahudi dan Nasara
> (Berita Harian 9 Februari
> 2002) terlebih dahulu. Ab. Hamid Othman juga perlu
> menjawab 10 pertanyaan
> yang telah kita kemukakan untuk memahami kewajaran
> penggunaan perkataan
> 'barua' oleh seorang ulama' yang ditujukan kepada
> seorang lagi ulama'.
> Mungkin ia juga sebuah peringatan. Semestinya dalam
> uslub yang sedikit
> berlainan.
> 
> Akhirnya, kita pulangkan kepada seluruh umat Islam
> untuk memanggil mana
> satukah dari mereka sebagai ulama' sebenar dengan
> segala hujah dan latar
> belakang seperti yang telah diberikan. Pilihlah.
> Tiada paksaan dalam
> berhujah. Sementara wayang dimainkan orang,
> fikir-fikirlah.
> 
> "Binasalah kedua-dua belah tangan Abi Lahad dan dia
> telah binasa. Tiadalah
> bermanfaat baginya harta bendanya dan apa-apa yang
> diusahakannya "buat
> mempertahankan dirinya dari seksaan" dia akan
> memasuki neraka yang
> bernyala-nyala. Dan perempuannya (isterinya) yang
> mengangkut kayu api,
> dilehernya (diikatkan) tali yang teguh," - Surah Al
> Lahab 1-5.
> 
> 
> Anual Bakhri bin Haron
> Setiausaha Politik
> Menteri Besar Kelantan
> 
> Bertarikh: 6 Muharam 1423
> 20 Mac 2002
> 
> 


=====
ANYTIME...ANYWHERE...ANYNEWS...

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Movies - coverage of the 74th Academy Awards®
http://movies.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bincang Bincang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke