Assalamualaikum Wrt Wbt.

Salam sejahtera buat sahabat-sahabat yang dirahmati ilahi.

Terlebih dahulu saya mohon maaf, andainya kata-kata saya ini membawa kurang berpuas mana-mana individu.

Saya tertarik perdebatan dan perbahasan yang berlaku iaitu pihak Dr. Ikmal dan sahabat-sahabat netters sekelian. Dan saya terasa dan teringin memberi sepatah  idea yang berkaitan dengan permasalahan yang berlaku.

Setelah saya amati dan  teliti sebenarnya perkataan poligami yang diartikel seolah-olah mengajak saudari-saudari netters memahami erti poligami dan memberitahu bahawa poligami ialah baik dari segi agama. Tidak syak lagi dan tidak ragu-ragu lagi
bahawasanya poligami memang sah dari segi agama.

Firman Allah SWT;

Bermaksud;

"Jika kamu takut bahawa kamu tidak akan berlaku adil tentang anak-anak yatim, maka kahwinilah olehmu perempuan-perempuan yang baik bagimu, berdua atau bertiga atau berempat orang. Tetapi jika kamu takut bahawa tidak akan berlaku adil dan kahwinilah seorang sahaja atau pakailah hamba sahaya. Yang demikian itu lebih dekat kepada tiada aniaya"

Surah An-Nisa : 3

Ayat di atas jelas hukum syarie membenarkan pernikahan poligami.

Bagi pendapat saya, sebenarnya perempuan bukanlah menhalang atau tidak mahu berpoligami. Tetapi atas beberapa faktor menyebabkan ramai orang perempuan mengenepikan poligami contohnya:

• Lelaki tidak mampu berlaku adil terhadap isterinya.
• Lelaki tidak mampu dari segi material.
• Lelaki mudah dayus terhadap isteri.
• Lelaki mudah bengis terhadap isterinya.

Maka dengan factor dan asas tersebut ramai perempuan yang kurang berminat ke arah tersebut. Bagi saya permasalahan yang berlaku bukanlah salah kaum wanita. Tetapi kaum lelaki yang bersalah sekiranya kita tidak mampu menyenaraikan keperibadian yang tertera sebagai satu amalan dan sebagai satu usaha bagi memperjayakan sistem poligami.

Ayat tersebut secara terang-terangan menyatakan bahawa lelaki tidak akan mampu berlaku adil. Mungkin ia mampu melakukan adil hanya 2 atau 3 di dalam sehari tetapi adakah kita mampun melakukan adil selama-lamanya. Sudah tentu tidak jawapannya.

Bagi saya. Dan saya sendiri mempelajari hukum Undan-undang Syarie, tidak perlulah kita meluahkan dan mengesa kaum wanita berpoligami secara wajib. Kerana poligami tidaklah tidaklah dihukumkan Wajib Mua`in (Wajib Fardu Ain). Kerana  ianya hanyalah sunah Nabi SAW. Nabi tidak menyatakan ianya wajib.

Justeru itu, saya sebagai seorang lelaki dan seorang insan yang bergelarkan Muslim perlulah kita hayati dari sudut ilmiah, hukumah dan psikologi dan inya tidaklah lari dari Al-Quran dna As-Sunnah.

Semoga ianya memberi serba sedikit pandangan yang baik buat netters semua. Wallahualam.
 
 

Kirim email ke