*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
 
Tell me when this page is updated 

Tripod powered by Cable & Wireless
 
 
Sandiwara penambakan di Singapura 

--------------------------------------------------------------------------------
Isu Penambakan Singapura telah digunakan oleh pemerintah BN untuk menaikan semangat 
patriotik di kalangan rakyat terhadap negara. Namun tidak banyak artikel ditulis atau 
diolah oleh penulis tertentu samada penulis perdana mahupun penulis alternatif. 
Mungkin perkara isu penambakan diketegorikan sebagai amat sensitif. 
Timbalan Perdana Menteri beberapa kali menegaskan bahawa penambakan di Singapura 
adalah hak mereka kerana innya berlaku di negara berkenaan. Dan Malaysia hanya mampu 
untuk terus berdiplomasi seperti mana isu-isu lain yang timbul sebelum ini. 

Kenyataannya berbeda dengan PM yang agak kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh 
Singapura yang tidak berbincang dan menyemak dahulu dengan Malaysia. Itu lah beberapa 
bentuk alasan klasik yang dibangkitkan oleh Pemimpin Negara untuk mengabui mata 
rakyat. 

Kalau dilihat dari senario penambakan Singapura, ianya telah berlaku sejak lama. 
Contohnya penambakan pembesaran kawasan di Changi telah pun siap dan selesai. Bagitu 
juga penambakan yang dilakukan oleh Singapura di kawasan Laluan Kedua. 

Kemudiannya mereka meneruskan penambakan di kawasan lain yang semakin mencabar 
kewibawaan Malaysia. Dalam masa yang sama di Selat Johor, Malaysia juga melakukan 
penambakan untuk pembinaan pelabuhan baru di Tanjung Perlepas. 

Penambakan di Changi, Singapura berjalan dengan lancar, tiada bantahan daripada 
Malaysia disebabkan oleh beberapa sebab. Malaysia pada waktu itu mempunyai kepentingan 
kerana pasir yang digunakan untuk menambak diambil dari perairan Johor. 

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_pasnet003.html

Semua rakyat Johor tahu hal ini, namun tiada yang berani membuat bising kerana 
perlombongan pasir yang dijual ke Singapura dimiliki oleh beberapa orang kenamaan di 
peringkat negeri dan pusat. Beberapa blok kawasan pasir di perairan Johor Timur telah 
dikhaskan kepada mereka yang berkenaan. 

Kawasan perairan laut adalah milik Pusat, dan tidak mungkin pusat tidak mengetahui 
bahawa ada kelulusan urusan penjualan pasir. Pada waktu itu nelayan dan rakyat Johor 
telah cuba membuat bising, namun mereka ini telah disogok dengan sejumlah habuan yang 
lumayan. 

Setelah selesai penambakan di Changi, Singapura semakin galak menambak di lain-lain 
kawasan yang semakin menggugat kedudukan Malaysia. Dan pada kali ini pasir diperolehi 
dari Teluk Rumania, Johor Timur untuk penambakan di Pulau Tekong, manakala penambakan 
di kawasan Tuas menggunakan pasir dari Indonesia. 

Sebab itulah Indonesia tidak membuat sebarang bantahan kerana mereka sendiri mempunyai 
kepentingan menjual pasir. Semua rakyat Johor tahu dan mereka bercakap dimana-mana. 
Pengambilan pasir di kawasan T. Rumania yang sudah tentu ada kelulusan dari 
pihak-pihak tertentu. 

Ada dikalangan pembesar Johor mengatakan pengambilan pasir berkenaan tidak mendapat 
permit dan dilakukan secara haram. Jika sekiranya ianya berlaku secara haram, masakan 
perkara itu dibiarkan terus berlaku. 

Kerja-kerja pengambilan pasir bukannya boleh disorok kerana perlombongan pasir berlaku 
di kawasan yang cukup terdedah, melibatkan barge pengangkut pasir yang besar-besar 
berulang alik dari kawasan berkenaan ke Singapura. 

Media elektronik dan akbar juga pernah melaporkan adanya kapal-kapal dagang yang 
hampir dilanggar oleh barge-barge tersebut. 

Media cetak dan elektronik saban hari sibuk membuat bising kerana ianya boleh menaikan 
semangat patriotik rakyat Malaysia. Isu air belum selesai kerana Johor tidak begitu 
bijak menanganinya. Jika lain-lain negeri sudah mampu membersihkan airnya sendiri, 
jelas Johor masih membeli air bersih dari Singapura. Adalah amat tidak logik. 

Oleh sebab itu ada agenda tertentu yang sedang dimainkan oleh media yang mahu 
menggulingkan beberapa orang tertentu. Memteri Besar Johor sudah panas punggung kerana 
isu ini memang ditujukan kepadanya. 

Isu ini juga dimainkan untuk melenyapkan seorang bekas menteri yang mempunyai blok 
jualan pasir di perairan Johor. Ini adalah rentetan daripada jatuhnya rangkaian yang 
dimiliki oleh bekas menteri berkenaan. Rakyat Johor amat mengetahui perkara-perkara 
yang dimainkan oleh isu penambakan. 

Namun oleh kerana kemantapan Barisan Alternatif masih kurang kuat maka tiada usaha 
orang tertentu untuk membuka rahsia kepada berita sensasi. 

Dr Mansor 
Kuala Lumpur - 02.04.2002 

PASNet: http://www.geocities.com/bawebmy/pasnetwork.html




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bintang <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke