*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terpanggil untuk mengucapkan takziah ke atas Exco
kerajaan Johor atas musibah yang menimpanya pada pagi
11 April 2002 yang lalu.  Semoga pihak berkuasa dapat
menangkap dan mengambil tindakan undang-undang
terhadap mereka yang telah melakukan rompakan sehingga
YB Adam Abdul Hamid kerujian sehingga suku juta
ringgit.  Semoga YB akan berada di kalangan
orang-orang yang sabar dan tenang menghadapi ujian
dari Allah.
Berita sepenuhnya di petik daripada Utusan Malaysia 12
April 2002, kalaulah anda tidak meragui kebenarannya:

Utusan Malaysia 12/04/2002

EXCO Johor di rompak kerugian RM 250,000.00

Johor Bahru 11 April – Sekumpulan lelaki rakyat
Indonesia 
Memecah masuk ke rumah Exco Kerajaan Negeri Johor,
Adam Abdul Hamid dan mengikat beliau serta anaknya
sebelum merompak wang tunai dan barang-barang kemas
bernilai kira-kira RM 250,000.00 awal pagi tadi.

Kesemua perompak yang bersenjatakan parang telah
memasuki rumah Adam di Kelapa Sawit, Kulai, dekat sini
pada pukul 5 pagi.

Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Assisten Komisioner
Abu Bakar Said berkata, dalam kejadian itu Adam yang
merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan
Kemudahan Awam negeri turut cedera di jari ketika
bergelut dengan perompak itu sebaik membuka pintu
bilik tidurnya.  

Bagaimanapun, tambahnya, isteri dan empat anak Adam
tidak mengalami kecederaan.

Abu Bakar memberitahu, perompak berkenaan memasuki
rumah Ketua UMNO Bahagian Senai itu dengan mengumpil
pintu belakang yang tidak mempunyai jeriji menggunakan
objek tertentu dan terus menuju ke arah anak lelaki
Adam yang kebetulan keluar dari biliknya.  

“Perompak itu kemudiannya mengarahkan anak lelaki Adam
yang berusia 20 tahun itu masuk ke dalam bilik tidur
Adam sebelum mengambil wang tunai, jam tangan, telefon
bimbit dan barang kemas.  

“Mereka mengambil masa selama 20 minit untuk melakukan
samun bersenjata itu dan polis percaya perompak itu
adalah pendatang Indonesia berdasarkan kepada bahasa
pertuturan mereka,” katanya ketika ditemui di
pejabatnya di sini, hari ini.  

Ini merupakan kejadian kedua melibatkan rompakan
bersenjata terhadap ahli politik di negeri ini hari
ini.  

Pada 3 Febuari lalu sekumpulan lelaki yang
bersenjatakan pisau, kayu dan rotan telah mengikat
Ahli Parlimen Sg. Benut, Abd. Hamid Abd. Rahman
sekeluarga dalam satu kes samun di Kluang.

Abu Bakar memberitahu, polis akan melancarkan gerakan
memburu perompak tersebut melalui sekatan jalanraya,
pemeriksaan kereta dan operasi yang akan dijalankan di
kawasan berhampiran.  

Dalam pada itu, Ketua Polis Johir, Datuk Kamaruddin
Md. Ali ketika diminta mengulas kejadian pecah rumah
melibatkan pendatang Indonesia berkata, operasi
memburu mereka sedang dijalankan oleh polis seluruh
Johor.

Kamaruddin menambah, polis percaya prompak itu adalaha
orang yang sama yang telah merompak dua buah rumahyang
berhampiran di Segamat pada pukul 4 pagi, baru-baru
ini berdasarkan kepada modus operandi serta penggunaan
senjata tajam yang sama.

“Kita kini sedang menjejaki kumpulan tersebut di semua
daerah sejak sebulan yang lalu dan sasaran polis
adalah untuk membendung kegiatan jenayah di kalangan
pendatang Indonesiakerana setiap hari terdapat purata
satu kes pecah rumah melibatkan mereka.

Setiap hari juga purata sebanyak 50 orang pendatang
ditahan di negeri ini, dan sasaran polis adalah untuk
menghantar kira-kita 1,000 hingga 2,000 orang pulang
ke negara mereka,” katanya.


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Health - your guide to health and wellness
http://health.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: =?iso-8859-1?q?amir=20afnan?= <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to