*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cuba compare dgn nilai barangan yg hilang di rumah Tok Menteri kita di
T'Ganu.. mana lebih banyak.. kpd exco johor yg kerugian tu kita boleh kata
`CO-BA-ANNNNNNN...'.. sebenar cobaan bagi orang kaya lebih berat dari si
miskin.. orang kaya nanti banyak kena soal di kubur/akhirat dibanding dgn
si miskin...


On Fri, 3 May 2002, [iso-8859-1] amir afnan wrote:

>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Terpanggil untuk mengucapkan takziah ke atas Exco
> kerajaan Johor atas musibah yang menimpanya pada pagi
> 11 April 2002 yang lalu.  Semoga pihak berkuasa dapat
> menangkap dan mengambil tindakan undang-undang
> terhadap mereka yang telah melakukan rompakan sehingga
> YB Adam Abdul Hamid kerujian sehingga suku juta
> ringgit.  Semoga YB akan berada di kalangan
> orang-orang yang sabar dan tenang menghadapi ujian
> dari Allah.
> Berita sepenuhnya di petik daripada Utusan Malaysia 12
> April 2002, kalaulah anda tidak meragui kebenarannya:
>
> Utusan Malaysia 12/04/2002
>
> EXCO Johor di rompak kerugian RM 250,000.00
>
> Johor Bahru 11 April – Sekumpulan lelaki rakyat
> Indonesia
> Memecah masuk ke rumah Exco Kerajaan Negeri Johor,
> Adam Abdul Hamid dan mengikat beliau serta anaknya
> sebelum merompak wang tunai dan barang-barang kemas
> bernilai kira-kira RM 250,000.00 awal pagi tadi.
>
> Kesemua perompak yang bersenjatakan parang telah
> memasuki rumah Adam di Kelapa Sawit, Kulai, dekat sini
> pada pukul 5 pagi.
>
> Timbalan Ketua Polis Johor, Senior Assisten Komisioner
> Abu Bakar Said berkata, dalam kejadian itu Adam yang
> merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan
> Kemudahan Awam negeri turut cedera di jari ketika
> bergelut dengan perompak itu sebaik membuka pintu
> bilik tidurnya.
>
> Bagaimanapun, tambahnya, isteri dan empat anak Adam
> tidak mengalami kecederaan.
>
> Abu Bakar memberitahu, perompak berkenaan memasuki
> rumah Ketua UMNO Bahagian Senai itu dengan mengumpil
> pintu belakang yang tidak mempunyai jeriji menggunakan
> objek tertentu dan terus menuju ke arah anak lelaki
> Adam yang kebetulan keluar dari biliknya.
>
> “Perompak itu kemudiannya mengarahkan anak lelaki Adam
> yang berusia 20 tahun itu masuk ke dalam bilik tidur
> Adam sebelum mengambil wang tunai, jam tangan, telefon
> bimbit dan barang kemas.
>
> “Mereka mengambil masa selama 20 minit untuk melakukan
> samun bersenjata itu dan polis percaya perompak itu
> adalah pendatang Indonesia berdasarkan kepada bahasa
> pertuturan mereka,” katanya ketika ditemui di
> pejabatnya di sini, hari ini.
>
> Ini merupakan kejadian kedua melibatkan rompakan
> bersenjata terhadap ahli politik di negeri ini hari
> ini.
>
> Pada 3 Febuari lalu sekumpulan lelaki yang
> bersenjatakan pisau, kayu dan rotan telah mengikat
> Ahli Parlimen Sg. Benut, Abd. Hamid Abd. Rahman
> sekeluarga dalam satu kes samun di Kluang.
>
> Abu Bakar memberitahu, polis akan melancarkan gerakan
> memburu perompak tersebut melalui sekatan jalanraya,
> pemeriksaan kereta dan operasi yang akan dijalankan di
> kawasan berhampiran.
>
> Dalam pada itu, Ketua Polis Johir, Datuk Kamaruddin
> Md. Ali ketika diminta mengulas kejadian pecah rumah
> melibatkan pendatang Indonesia berkata, operasi
> memburu mereka sedang dijalankan oleh polis seluruh
> Johor.
>
> Kamaruddin menambah, polis percaya prompak itu adalaha
> orang yang sama yang telah merompak dua buah rumahyang
> berhampiran di Segamat pada pukul 4 pagi, baru-baru
> ini berdasarkan kepada modus operandi serta penggunaan
> senjata tajam yang sama.
>
> “Kita kini sedang menjejaki kumpulan tersebut di semua
> daerah sejak sebulan yang lalu dan sasaran polis
> adalah untuk membendung kegiatan jenayah di kalangan
> pendatang Indonesiakerana setiap hari terdapat purata
> satu kes pecah rumah melibatkan mereka.
>
> Setiap hari juga purata sebanyak 50 orang pendatang
> ditahan di negeri ini, dan sasaran polis adalah untuk
> menghantar kira-kita 1,000 hingga 2,000 orang pulang
> ke negara mereka,” katanya.
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Health - your guide to health and wellness
> http://health.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: =?iso-8859-1?q?amir=20afnan?= <[EMAIL PROTECTED]>
>
>

ZKW~
**Verily, only the remembrance of Allah do the hearts find rest


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Zon Kamariah Mohomed Wahie <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to