*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
 
Tell me when this page is updated 

 
21 DALIL KEKALAHAN MAHATHIR 
DI DEPAN USTAZ FADZIL NOOR 
--------------------------------------------------------------------------------

PERTEMUAN ngeri DUA PEMIMPIN DI DBP ANJURAN ABIM 
pertemuan ini menghasilkan 
Pernyataan BERSAMA YANG BERBUNYI: 
"Atas semangat kemanusiaan dan keamanan sejagat, kami atas nama rakyat Malaysia dari 
pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman politik yang berbeza-beza, berkongsi rasa, 
cita dan perjuangan dengan seluruh rakyat Palestin yang mempertahankan hak di bumi 
kelahiran mereka. 
"Kami menggesa seluruh warga dunia agar turut serta menyuarakan dan memberikan 
sumbangan dalam bentuk apa sahaja sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dan 
damai di negara yang berdaulat''. 

1. Pertemuan Mahathir dan Fadzil dapat membuktikan pengiktirafan Mahathir terhadap 
kepimpinan presiden PAS. 

2. Membawa pengertian betapa penglibatan PAS dalam isu Palestine adalah penting, tanpa 
PAS kenyataan umno tidak laku dan akan ditertawakan rakyat. 

3. Membuktikan PAS sanggup bertemu dengan ikhlas. Ini membuktikan muzakarah yang 
diminta oleh PAS adalah benar-benar ikhlas terpulanglah kepada Mahathir. 

4. Rakyat dapat melihat secara langsung personaliti pemimpin PAS secara live di tv 
betapa mereka tidak ganas atau memekik dalam ucapan kerana mereka juga lebih memahami 
tatasusila sebagai tetamu dan tajuk perbahasan. 

5. Rakyat akan tertanya-tanya mengapa siaran langsung di parlimen tiada tetapi dari 
DBP boleh ada. Adalah lebih baik melihat dari dekat suasana di parlimen kerana disana 
lebih banyak tajuk yang sensasi. 

6. Orang Cina mula memahami Mahathir raja kelentong,.Belakang cakap besar depan PAS 
penakut siap salam lagi. 

7. Dari segi penampilan pimpinan PAS lebih bergaya dan Islamik serta lemah lembut 
tanpa mengenakan lawan demi mengutarakan isu Palestine. Mahathir yang sekular berbaju 
batik dan agak pucat dan cengkung serta ucapannya pun merapu. 

8. Jelas Fadzil Noor tidak perlu memekik dalam ucapan secara live kerana seluruh 
Malaysia boleh dengar apa yang ingin diutarakannya. Mahathir kecewa kerana tiada 
ucapan Fadzil Noor yang mencarut dan biadap atau lantang seperti yang diburukkan rtm, 
Mahathir hilang akal namun sempat juga memperli pimpinan PAS dalam ucapannya walaupun 
keluar tajuk. 

9. Keikhlasan PAS lebih terserlah berbanding umno di mana Fadzil Noor berucap dengan 
nada yang spontan serta mengikut teks seolah beliau sedang menyampaikan amanat pada 
rakyat dalam majlis rasmi. Seolah ada kod rahsia terkandung dalam ucapannya. 

Mahathir pula tidak bersedia dengan teks kerana teksnya tak boleh dibaca sebab Fadzil 
Noor dah beri kesedaran pada rakyat dahulu dan ini berbahaya bagi Mahathir. Mahathir 
akhirnya merapu ala kadar yang boleh diucapkannya. Sebagai seorang bekas penjual 
goreng pisang panas di kedah dulu beliau berjaya menggunakan teknik panas dan harum 
sehingga mendapat sorakkan pencacai bn dan umno dalam dewan. 

10. Mahathir seperti pak pandir yang diketawakan hadirin dalam ucapannya berbanding 
Fadzil Noor yang mana ucapannya diperhatikan dengan jelas oleh hadirin seperti 
lagaknya seolah ketua negara pula. 

11. Fadzil Noor bijak bergerak di kubu lawan. DBP tempat pencacai bn berkumpul memberi 
sokongan pada ucapan Mahathir dan memberi sokongan gemuruh tanpa mereka menyedari 
siaran langsung yang ditonton oleh seluruh negara. Dalam mereka menyorak Mahathir 
rakyat di rumah dan kedai kopi terpekik menyumpah dan tersenyum sinis pada Mahathir 
dan penyokongnya. Orang Cina geleng kepala dan menganggap Mahathir cibai. Samy vellu 
hanya terdiam. Pairin Kitingan sedih menonton kekalahan Mahathir. 

12. Dalam lemah lembut pimpinan PAS di DBP hati mereka telah senang melihat kebodohan 
BN dan Mahathir. 

13. Isu Palestine adalah isu Islam sejagat dan menyentuh maruah dan akidah umat Islam 
sedunia termasuk parti Islam SeMalaysia serta NGO-NGO Islam Malaysia seperti Abim. PAS 
tidak perlu menyuarakan pendapat atau hujah lain kerana isu Palestine itu sendiri 
merangkumi Masjidil Aqsa, kesucian Islam, keIslaman sejagat, kemanusiaan ,sejarah dan 
maruah jemaah Islamiah sedunia. 

14. Fadzil Noor banyak menceritakan sejarah Palestine supaya masyarakat bukan Islam 
turut memahami situasi negara haram israel,titik mula perjuangan, matlamatnya dan 
akibat di kemudian hari dari isu ini mengikut perspektif Islam. Keesokkannya 
masyarakat Malaysia akan terbuka pemikirannya dari pembohongan rtm mengenai isu 
Palestine dan pola baru sokongan terhadap buah fikiran Fadzil Noor dan PAS serta 
barisan alternatif akhirnya. 

15. Mahathir tergagap untuk berucap dengan teks kerana tujuannya adalah untuk 
menghentam ucapan Fadzil Noor dan memalukannya tetapi Fadzil Noor bijak dan membawa 
teks yang telah diteliti menyebabkan Mahathir gagal mengambil kesempatan kerana Fadzil 
banyak baca sejarah dan Mahathir memang tak pandai sejarah Palestin. Kalau dia faham 
pun dia kena tutup mulut sebab nanti nak mengadap bush. Mahathir hanya tinggak satu 
pilihan menggamatkan dewan DBP seolah dia hebat sedang rakyat yang menonton meluat 
sakan. 

16. Ustaz Fadzil kelihatan sakit selepas pulang jelas beliau menahan keperitan 
memikirkan daya melawan taktik bahaya Mahathir ini. Alhamdulillah beliau berjaya 
semoga Mahathir akan terus menyesal dengan forum ini. 

Gambar bersalaman dengan Mahathir adalah berbahaya namun ucapan Fadzil berdasarkan 
teks yang licik berjaya menjadikan gambar tersebut hilang agenda terselindung bn. 
Jelas gambar tersebut dirakamkan di DBP mengenai isu Palestine yang mana Fadzil Noor 
adalah penyampainya dan Mahathir adalah pak lawaknya. Jelas gambar tersebut diketahui 
rakyat di mana dan maksudnya. Mahathir gagal lagi. 

17. Tiada apa yang mampu diputarbelitkan oleh Kolil Akob film production dan zam mamak 
pengarah pelbagai klip video fitnah di rtm kerana ucapan Fadzil pada teks yang 
pastinya terpelihara dari mainan kolil akob dan zam mamak. 

18. Melayu umno mula menoleh ke PAS dan kepemimpinan Fadzil Noor. Mereka juga melihat 
Ustaz Hadi di tv.mereka merasakan sesuatu. Mahathir mula disyakki ter….. Bila bertemu 
bush nanti dan bila pulang rakyat akan mem…. Mahathir gara-garanya bertemu bush laknat 
itu. 

19. Kerajaan mengiktiraf kewibawaan PAS dalam isu Palestine melalui ucapan pembukaan 
oleh Ustaz Fadzil Noor. Dan tanda tangan bersama dengan presiden PAS. 

20. Nik Aziz dan Haji Hadi pastinya tenang dalam hati dengan tandatangan yang 
memerangkap Mahathir bodoh tersebut. 

21. Fakta yang terkandung dalam persefahaman bersama antara presiden PAS dan presiden 
umno adalah yang paling berbahaya buat Mahathir. Kerana setiap kelentongannya di White 
House pasti akan merujuk pada persefahaman ini dan Mahathir tidak boleh terseliuh 
lidah lagi atau lari dari persefahaman tersebut atau beliau dianggap sebagai maharaja 
kelentong terhebat Malaysia darul boleh Mahathir hentam aje lah. 
Pernyataan itu berbunyi: 

[[[["Atas semangat kemanusiaan dan keamanan sejagat, kami atas nama rakyat Malaysia 
dari pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman politik yang berbeza-beza, berkongsi 
rasa, cita dan perjuangan dengan seluruh rakyat Palestin yang mempertahankan hak di 
bumi kelahiran mereka. 

"Kami menggesa seluruh warga dunia agar turut serta menyuarakan dan memberikan 
sumbangan dalam bentuk apa sahaja sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dan 
damai di negara yang berdaulat''.]]]]] 

Ada 4 Frasa Berbisa Dalam Pernyataan Bersama Tersebut Dan Siapa Yang 
Kena…Mari..mari..kita Lihat…Siapa Yang Kenaaaaa… 

A. Frasa Atas Nama Rakyat Malaysia Beerti Seluruh Rakyat Dan Kerajaan Ini Termasuk 
Mahathir Bukan Hanya Pas Atau Umat Islam Malaysia Saja Yang Menyokong Palestine 
Sekaligus Mengenepikan Israel 

B. Frasa Mengiktiraf Palestine Sebagai Bumi Kelahiran Mereka. 
(Sewajarnya Mereka Mati Syahid Dalam Mempertahankan Tanah Air Mereka Dan Mahathir Tak 
Leh Kelentong Lagi Hak Mereka Berkorban Apa Saja Harta Atau Pun Nyawa…. 

C. Frasa Sumbangan Dalam Bentuk Apa Sahaja 
Membawa Apa Saja Maksud Termasuk Senjata Dan Sukarelawan 
Mahathir Dah Terjerat Dia Tak Boleh Perli Mujahidin Malaysia Apatah Lagi Mana-mana 
Mujahidin Negara Lain Yang Nak Kesana Untuk Bantu Palestine.dia Patut Beritahu Bush 

Dia Pun Nak Bagi Senjata Pada Palestine Dan Mana-mana Pihak Boleh Dan Wajib Bekal 
Senjata Pada Palestine…Dia Dah Kena. 

D. Frasa Di Negara Yang Berdaulat 
Dia Dah Mengaku Palestine Berdaulat Dan Mesti Ada Negara Palestine. Mahathir Dah Kena 
Mesti Sharon Marah Mahathir Sebab Tak Iktiraf Israel. 

Kita Kena Memahami Ustaz Fadzil Noor Sebagai Presiden Harus Berhati Agar Tidak 
Terperangkap Dalam Pertemuan Berbahaya Dengan Mahathir…. 

Klip Siaran Langsung Itu Akan Menjadi Bahan Sejarah Dan Kajian Pemikiran Mahathir Dan 
Presiden Pas.biarlah Kita Mengalah Sekejap Yang Penting Mahathir Akan Ditertawakan 
Sepanjang Ujudnya Negara Malaysia Ini. 
Fikirkanlah Siapa Yang Menang…. 

Kamu Merancang Dan Allah Merancang, Perancangan Allah Lebih Utama Jayanya. 

Kesudahan Yang Baik Itu Bagi Mereka Yang Bertakwa.

http://marhaen0.tripod.com/mar_a_sirril34.html

Sirril Azrar - 13.05.2002


    
 

 
 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Bulan <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke