-------Original Message-------
Date: Sunday, May 26,
2002 10:39:07 PM
Subject: Berhati-hati
promosi tempat makan
Assalamualaikum.
Saya bukan nak mencadangkan tempat makan untuk program jalan-jalan
cari makan tv3 tetapi ingin menceritakan pengalaman makan di sebuah
restoran yang tersiar dalam rancangan JJCM tv3 baru-baru ini.
Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Terapung Puteri di Kuala
Terengganu. Saya kesana kerana restoran ini telah menjadi pilihan tv3
sebagai destinasi tempat makan untuk dilawti.
Saya kesana untuk makan malam dan mencuba masakan yang dikatakan
menarik yang disiarkan dalam rancangan JJCM. Suasana amat menarik dan
boleh membuka selera. Tetapi seperti ada sedikit kejanggalan kerana tempat
yang luas upama kita masuk ke sebuah pasaraya yang layan diri dimana
pembeli nya berkeliaran mencari barangan yang dikehendaki.
Saya mencari tempat yang sesuai dan disini bermulalah episod duka
memesan makanan. Saya mula duduk di sekitar pukul 10.00 malam dan meja
disekitar saya penuh dengan beberapa keluarga. Ada yang belum mendapat
makanan tetapi seperti sedang menunggu sesuatu.
Hampir 10 minit saya dibiarkan bersama keluarga tanpa ada pelayan
yang datang untuk bertanya atau memberi menu (seperti mana restoran 'high
class'). Membuat saya termanggu.
Akhirnya selepas itu, barulah ada pelayan yang datang memberikan menu
dan meminta saya untuk melihat-lihat dahulu dan beliau beredar menolong
rakan-rakan lain yang sibuk menghantar makanan.
Tunggu lagi saya untuk ambik order. Dalam sekitar 10 minit berikutnya
barulah datang pelayan tanya sudah ambik order ke belum ? Macam makan di
warung tepi jalan aje. Siap tanya pelanggan dah ambik order ke belum
?
Masa tu mood dah tak bagus. Nak saja keluar, jalan-jalan cari makan
tempat lain kat warung ke, lagi bagus. Tapi isteri kata .. sabar lah....
bagi peluang.
Ambik order pun dah tak ada mood. Kalau sebelum sampai tadi,
macam-macam nak cuba seperti yang tersiar dalam JJCM, tapi sekarang ...
umppphhh... order ala kadar sajalah.
Saya berbual dengan isteri ... saya kata nie mesti lambat lagi...
Memang betul lambat. Bukan saya sorang saja yang lambat, tapi kebanyakan
meja disekitar saya ... tunggu makanan. Bukan lagi Jalan-Jalan cari makan
tapi Jalan-Jalan TUnggu Makan.
Yang peliknya, setelah tunggu hampir 20 minit baru lah makanan siap.
Saya sangka semua makanan saya sudah siap tetapi hanya satu order saja
yang siap iaitu ikan bakar, dan pelayan tu hantar dulu ikan tersebut.
Tunggu order yang lain tak sampai-sampai, saya menjamah ikan tersebut
sambil berborak. Makanan yang lain tidak sampai sehingga kan ikan bakar
tadi sudah habis dimakan.
Saya dah bengang. Ini macam restoran.. baik makan dekat warung. Kalau
servis tak bagus pun, kita tahu ia hanyalah sebuah warung di tepi jalan
yang tidak akan masuk ke rancangan JJCM tv3.
Saya ajak istersi balik dan pegi ke kaunter bayaran dan bayar. Pada
ketika saya nak bayar barulah makanan saya sampai dan pada ketika dah
pukul 11.00
Saya komplen kat kaunter.. macam nie servis malulah masuk tv3. Nak
suruh saya makan ikan dulu, lepas tu makan sayur pulak dan last sekali
baru makan nasik ?.
Pada malam itu, bukan saya sorang saja yang mengalami masalah layanan
yang buruk dari segi lambat masak, tapi saya pasti ramai yang kena. Kerana
di meja dekat kaunter, saya lihat ada seorang pelanggan meminta pelayan
memanggilkan bossnya.
Memang teruk dan saya pun tidak rekemen sesiapa ke sana walaupun TV3
pernah syorkan supaya kita kesana.
TV3 harus berhati-hati dalam memilih lokasi JJCM. Kerana sudah tentu
krew JJCM menerima layanan yang cukup baik ketika membuat penggambaran.
Kalau boleh buat serveu dahulu sebelum memilih lokasi agar penonton tidak
mengeluh apabila pergi makan ke restoran yang tersiar dalam JJCM tetapi
mutu layanan yang diberikan amat buruk sekali.
|