Sebaiknya cerita ini di fowardkan kepada pihak yg suka makan free tu "JJCM" . Biar mereka tahu pengusaha makanan punya temberang.
-----Original Message-----
From: [EMAIL PROTECTED] [mailto:[EMAIL PROTECTED]]On Behalf Of kamarul hawari
Sent: Tuesday, May 28, 2002 10:11 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Re: Berhati-hati promosi tempat makan

 
 
-------Original Message-------
 
Date: Sunday, May 26, 2002 10:39:07 PM
Subject: Berhati-hati promosi tempat makan
 
Assalamualaikum.
 
Saya bukan nak mencadangkan tempat makan untuk program jalan-jalan cari makan tv3 tetapi ingin menceritakan pengalaman makan di sebuah restoran yang tersiar dalam rancangan JJCM tv3 baru-baru ini.
 
Restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Terapung Puteri di Kuala Terengganu. Saya kesana kerana restoran ini telah menjadi pilihan tv3 sebagai destinasi tempat makan untuk dilawti.
 
Saya kesana untuk makan malam dan mencuba masakan yang dikatakan menarik yang disiarkan dalam rancangan JJCM. Suasana amat menarik dan boleh membuka selera. Tetapi seperti ada sedikit kejanggalan kerana tempat yang luas upama kita masuk ke sebuah pasaraya yang layan diri dimana pembeli nya berkeliaran mencari barangan yang dikehendaki.
 
Saya mencari tempat yang sesuai dan disini bermulalah episod duka memesan makanan. Saya mula duduk di sekitar pukul 10.00 malam dan meja disekitar saya penuh dengan beberapa keluarga. Ada yang belum mendapat makanan tetapi seperti sedang menunggu sesuatu.
 
Hampir 10 minit saya dibiarkan bersama keluarga tanpa ada pelayan yang datang untuk bertanya atau memberi menu (seperti mana restoran 'high class'). Membuat saya termanggu.
 
Akhirnya selepas itu, barulah ada pelayan yang datang memberikan menu dan meminta saya untuk melihat-lihat dahulu dan beliau beredar menolong rakan-rakan lain yang sibuk menghantar makanan.
 
Tunggu lagi saya untuk ambik order. Dalam sekitar 10 minit berikutnya barulah datang pelayan tanya sudah ambik order ke belum ? Macam makan di warung tepi jalan aje. Siap tanya pelanggan dah ambik order ke belum ?
 
Masa tu mood dah tak bagus. Nak saja keluar, jalan-jalan cari makan tempat lain kat warung ke, lagi bagus. Tapi isteri kata .. sabar lah.... bagi peluang.
 
Ambik order pun dah tak ada mood. Kalau sebelum sampai tadi, macam-macam nak cuba seperti yang tersiar dalam JJCM, tapi sekarang ... umppphhh... order ala kadar sajalah.
 
Saya berbual dengan isteri ... saya kata nie mesti lambat lagi... Memang betul lambat. Bukan saya sorang saja yang lambat, tapi kebanyakan meja disekitar saya ... tunggu makanan. Bukan lagi Jalan-Jalan cari makan tapi Jalan-Jalan TUnggu Makan.
 
Yang peliknya, setelah tunggu hampir 20 minit baru lah makanan siap. Saya sangka semua makanan saya sudah siap tetapi hanya satu order saja yang siap iaitu ikan bakar, dan pelayan tu hantar dulu ikan tersebut. Tunggu order yang lain tak sampai-sampai, saya menjamah ikan tersebut sambil berborak. Makanan yang lain tidak sampai sehingga kan ikan bakar tadi sudah habis dimakan.
 
Saya dah bengang. Ini macam restoran.. baik makan dekat warung. Kalau servis tak bagus pun, kita tahu ia hanyalah sebuah warung di tepi jalan yang tidak akan masuk ke rancangan JJCM tv3.
 
Saya ajak istersi balik dan pegi ke kaunter bayaran dan bayar. Pada ketika saya nak bayar barulah makanan saya sampai dan pada ketika dah pukul 11.00
 
Saya komplen kat kaunter.. macam nie servis malulah masuk tv3. Nak suruh saya makan ikan dulu, lepas tu makan sayur pulak dan last sekali baru makan nasik ?.
 
Pada malam itu, bukan saya sorang saja yang mengalami masalah layanan yang buruk dari segi lambat masak, tapi saya pasti ramai yang kena. Kerana di meja dekat kaunter, saya lihat ada seorang pelanggan meminta pelayan memanggilkan bossnya.
 
Memang teruk dan saya pun tidak rekemen sesiapa ke sana walaupun TV3 pernah syorkan supaya kita kesana.
 
TV3 harus berhati-hati dalam memilih lokasi JJCM. Kerana sudah tentu krew JJCM menerima layanan yang cukup baik ketika membuat penggambaran. Kalau boleh buat serveu dahulu sebelum memilih lokasi agar penonton tidak mengeluh apabila pergi makan ke restoran yang tersiar dalam JJCM tetapi mutu layanan yang diberikan amat buruk sekali.
 
 
____________________________________________________
  IncrediMail - Email has finally evolved - Click Here

Kirim email ke