Ustaz Nik Abd Aziz, Ustaz Abd Hadi terus berkempen
Wednesday, July 17 @ 08:08:58 MYT


PENDANG, 17 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik
Mat dan Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang akan
berada di sini sehari suntuk untuk berkempen.

Ustaz Nik Abd Aziz sudahpun beberapa hari berada di sini dan telah
mengadakan ceramah setiap malam serta melawat UPU dan menemui orang ramai
setiap hari.
Sementara itu Ustaz Haji Abd Hadi Awang berulang alik antara Anak Bukit dan
Pendang setiap hari.
Malam tadi jalan raya dan setiap simpang di Pendang penuh sesak oleh orang
ramai.
Keadaan di sini begitu sibuk sekali, 24 jam lagi masa untuk mengundi bagi
pilihan raya kecil Anak Bukit dan Pendang.
Pemerhati tempatan menduga, PAS akan dapat mempertahankan kerusi Dun Anak
Bukit dan Parlimen Pendang.
Malam ini, kedua-dua pemimpin utama itu akan meneruskan kempen di dua
kawasan ini.
Ust! az Nik Abd Aziz berkata, semangat petugas PAS dan KeADILan cukup tinggi.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke