Berita // News :
Ceramah YB Saifuddin Tarik Hampir 10,000 Orang
hold=0>
Wednesday, July 17, 2002 - 09:28 AM GMT



Ceramah
Keadilan di pentas Keadilan di Anak Bukit semalam dilaporkan berjaya menarik
hampir 10,000 orang pendengar. Ketika ceramah sedang berlangsung,
helikopter PDRM terus berlegar di udara sambil menyuluh tepat kepada YB
Saudara Saifuddin sendiri. Malah, kehadiran 'peminat setia' Keadilan iaitu
pasukan FRU tidak dapat dirasakan kerana jumlah mereka yang hanya 100 orang
ditenggelamkan oleh ribuan orang ramai. Dalam ceramahnya, YB Saifuddin
meminta orang ramai merenung sejenak wang yang terlibat dalam kempen BN mahu
merampas kembali DUN Anak Bukit. Beliau memberi ! contoh kenduri-kenduri
harian yang dianjurkan UMNO untuk menyogok pengundi. Menurut tinjauan
pemuda-keadilan.org, anggaran kasar perbelanjaan menganjurkan kenduri harian
itu melebihi jutaan ringgit, berdasarkan harga seekor unta yang digunakan
iaitu RM4,000 seekor. YB Saifuddin juga menggesa petugas dan orang ramai
merancakkan program membuat penerangan dari rumah ke rumah untuk mendapatkan
pengundi atas pagar.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke