Setelah BN diistiharkan menang di Pendang, dalam teleconference Dr.Mahathir secara spesifik berterima kasih kepada MB Perlis, Shahidan Kassim.     Dr.Mahathir tidak sebut pun nama MB Kedah, Syed Razak.   Maruah Dr.Mahathir diselamatkan oleh hantu-hantu yang dibela oleh Shahidan.      Sistem Pilihanraya di Malaysia semakin kotor, setaraf dengan Zimbabue.       Apa rakyat boleh buat ???

 

 

Pengundi hantu berjaya masuki Pendang



PENDANG, 18 Julai  - PAS mengesyaki, pengundi hantu BN berjaya memasuki kawasan pilihan raya Pendang dan mengalahkan calon PAS di situ dengan majoriti tipis 283 undi.

Ini berdasarkan jumlah yang keluar mengundi yang luar biasa tingginya iaitu 86 peratus.

Calon PAS, Dr Mohamad Hayati mendapat 22,542 undi manakala calon BN, Dato' Othman Abdul mendapat 22,825.

Ketua Penerangan jentera pilihan raya kecil PAS Pendang dan Anak Bukit, Husam Musa dalam ulasan awalnya mengesyaki pengundi hantu BN berjaya memasuki Pendang.

Ini berdasarkan beratus-ratus buah bas dari luar berada di kawasan pilihan raya ini dan Stadium Darul Aman Alor Setar menjadi pangkalan mereka.

Menurut seorang petugas Bilik Gerakan PAS, mereka mengesan kehadiran pengundi yang luar biasa ramainya selepas jam 4.00 petang.

"Mungkin masa ini mereka masuk," kata petugas berkenaan.

Dalam pilihan raya lalu, peratus keluar mengundi untuk Parlimen Pendang hanya 76 peratus sahaja. Ini bererti kenaikan sebanyak 10 peratus pengundi dalam pilihan raya ini.

Pagi tadi, Bilik Gerakan PAS melapor, beberapa pengundi hantu berjaya mereka tahan. Setelah disiasat, mereka mengaku mendapat upah dari pemimpin BN untuk mengundi di sini.

Sebelum hari pengundian, hampir semua media serta petugas PAS yakin calon PAS lebih berpotensi untuk menang di Pendang berbanding Anak Bukit.

Tetapi apabila keputusan diumumkan, perkara sebaliknya berlaku.

 

 

 

 



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke