Kemenangan PAS bukti perjuangan Islam masih diterima rakyat - Mursyidul `Am
Friday, July 19 @ 04:48:37 MYT


Oleh Salmah Mat Husin
KOTA BHARU, 19 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul
Aziz Nik Mat, berkata kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Dewan
Undangan Negeri (Dun) Anak Bukit semalam, membuktikan perjuangan Islam masih
diterima rakyat meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai serangan dan
ancaman Umno dan Barisan Nasional (BN).


Tegasnya, jika dinilai dari serangan yang dibuat oleh pihak lawan yang
menggunakan semua bala tenteranya yang disifatkannya dari darat, laut atau
udara, PAS tidak akan menang di Dun Anak Bukit.
"Tetapi dengan kemenangan ini cukup membuktikan PAS masih diterima
masyarakat walaupun terpaksa memperolehi majoriti yang menurun," ujarnya.
Tetapi, tambahnya kemerosotan majoriti tersebut tidak boleh dijadikan ukuran
betapa PAS tidak lagi diterima masyarakat, kerana t! entangan yang terpaksa
dihadapi tidak sama dengan pilihan raya umum.
Tambahnya, apa lagi PAS sebenarnya bukan berhadapan dengan Umno dan BN,
sebaliknya kerajaan Malaysia yang menggunakan seluruh kemudahan sama ada
media massa serta segala jentera kerajaan yang lain.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi di rumahnya pagi tadi sebagai
mengulas keputusan pilihan raya kecil di Parlimen Pendang dan Dun Anak
Bukit.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, seterusnya berkata, beliau
menghormati serta menerima kekalahan yang terpaksa diterima oleh PAS di
Parlimen Pendang jika itu pilihan rakyat.
"Tetapi sekiranya kekalahan yang dihadapi calon PAS kerana berlakunya
sesuatu perkara yang bertentangan dengan demokrasi atau penipuan, mereka
akan menerima akibatnya bukan sahaja di dunia, sebaliknya juga di akhirat,"
ujarnya.
Sambungnya lagi, sekiranya perkara ini benar berlaku, kegembiraan mereka
hanya nampak pada luaran sahaja, namun pad! a hakikatnya mereka lebih mengerti
sokongan rakyat sebenarnya untuk siapa.
Tuan Guru seterusnya mengucapkan terima kasih pada semua jentera pilihan
raya semua peringkat termasuk petugas dan perayu undi seluruh negara yang
telah berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kemenangan kedua-dua orang
calon PAS.
Sambungnya, jangan difikir tentang kemenangan atau kekalahan semata-mata,
kerana setiap pejuang Islam akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.
Tambahnya, apa yang penting masyarakat kena faham negara ini sebenarnya
diusahakan oleh sebuah syarikat yang diuruskan oleh Umno/BN.
"Rakyat di negara ini diibaratkan pekerjanya yang dimestikan mengikut acuan
serta corak hidup yang ditentukan oleh mereka," ujarnya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Autos - Get free new car price quotes

Kirim email ke