Assalamualaikum,
Sekejap tadi semasa berjalan masuk ke masjid untuk menunaikan solat jumaat,
rakan-rakan satu cawangan yg tidak
berpeluang ke Pendang/Anak Bukit pada hari semalam memandang saya sambil menggeleng
kepala; masing-masing bagaikan
tidak percaya PAS boleh kecundang di sana.
Dan, seperti yg dijangka, selepas selesai solat; masing-masing berkumpul di beranda
masjid bertanyakan berita. Berikut adalah
ulasan yang saya berikan yg mungkin ada manafaatnya untuk dikongsi bersama.
Buat seketika kita lupakan sekejap bahawa UMNO telah menggunakan segala jentera
kerajaan drpd TV, Media hinggalah kpd
bangunan sekolah dan kelas TADIKA untuk mencapai cita-citanya, dan kita lupakan
sekejap bahawa pengundi hantu
bermaharajalela bagaikan nak rak di hari p/raya; itu masih belum dikira wang ringgit
yg ditabur bagaikan baja padi di merata
bendang, kampung dan batas ban di sana. Lupakan seketika bahawa inilah punca utamanya
kenapa UMNO berjaya merampas
kembali kawasan ini dari tangan kita; itu masih belum dikira daging unta dan tangkal
sihir yg ditabur di merata kampung pada
hari sebelum p/raya.
Sesungguhnya tuan-tuan, saya yg turun bertugas di sana melihat sendiri; percayalah
UMNO bukan sahaja menggunakan
pengundi 'hantu' tetapi juga sanggup pergi lebih jauh dengan menggunakan tangkal sihir
untuk mencapai cita-cita. Ini bukan
satu cerita yg direka, ianya berlaku di hadapan mata.
Dan ini juga boleh saya kaitkan dengan sebab yg paling utama, satu kelemahan di pihak
PAS yg saya rasa antara punca utama
kekalahan kita di sana; Kawalan Keselamatan di pihak kita cukup longgar, longgar
selonggar-longgarnya!
Saya merupakan orang luar yg ditugaskan membantu Unit Keselamatan di sana; sebagai
orang luar, kita merendah diri dan
bertugas mengikut arahan mereka di sana yg kita yakin sudah tentu sudah masak dengan
lorong dan batas ban di kawasan
berkenaan, dan mereka juga sudah tentu telah pun membuat segala persediaan yg perlu
untuk menghadapi asakan
besar-besaran dari pihak UMNO ini - sekurang2nya itulah yg kita agak dan kita
jangkakan.
Malangnya, persediaan mereka di sana, drpd pemerhatian saya amat lembab dan cukup
longgar; persediaan mereka (khususnya
di peringkat UPU) cuma sekedar sesuai dengan suasana p/raya umum, dan bukan untuk
p/raya kecil seperti ini; mungkin mereka
tidak banyak belajar daripada peristiwa LUNAS bagaimana persediaan yg patut dilakukan
untuk menghadapi gerak gempur
besar-besaran drpd UMNO yg sama-sama kita maklum itu.
Sebagai contohnya, walau pun kita sudah dimaklumkan mengenai senarai no kereta yg
disahkan sebagai 'Penyamar UMNO' yg
rata-ratanya menggunakan plet luar; dan kami sendiri sebagai orang luar, mengambil
inisiatif melakukan rondaan sendiri untuk
menjejaki kereta-kereta berkenaan, malangnya apabila ada satu kereta berhenti
betul-betul di hadapan markaz UPU, sambil
menghulurkan satu tangkal 'azimat' kononnya diberikan oleh seorang 'Pak Lang' dari
Gajah Mati minta diletakkan di Pondok
Panas (Pondok Semak Nama Pengundi) pada hari mengundi, tanpa banyak soal, petugas di
situ terus sahaja mengambil tangkal
azimat berkenaan; bila kereta tersebut sudah jauh meninggalkan bangunan Markaz UPU,
baru mereka tersedar bahawa no
kereta berkenaan berada dalam List Yang dikehendaki. Itu baru UPU berkenaan, bagaimana
pula dengan UPU yg lain, kerana
tidak ada follow up; saya yakin tentu ada UPU lain yg turut menerima tangkal
berkenaan. Mungkin bagi sesetengah orang,
tangkal itu tidak ada maknanya; tetapi kalau kita renung surah2 dalam al-quran,
terutama surah al-falaq, kita akan dapati SIHIR
memang ada wujud di alam nyata ini.
Itulah antara kelemahan unit keselamatan kita khususnya di peringkat UPU; sebagai
orang luar kita pun tidak ingin
memandai-mandai; tetapi kerana keadaan nampak cukup kritikal pada hari pengundiaan,
maka kami tidak ada pilihan, kami
sendiri terpaksa mengambil inisiatif mengawal keadaan, tambahan pula apabila
dimaklumkan bahawa di pusat pengundian
berkenaan sudah 3 orang pengundi hantu terlepas masuk ke pusat pengundian. Yang
mengecewakan ialah lapuran mengenai
ada orang mengundi menggunakan nama org yg sudah mati itu dimaklumkan selepas undi
dibuat; kalau saya jadi pegawai SPR
pun, saya tak boleh buat apa-apa. Sepatutnya sebagai orang tempatan, mereka tentu
lebih kenal siapa orang dalam, siapa orang
luar dan siapa orang hidup dan siapa orang mati!
Ringkasnya kawalan keselamatan cukup longgar (tapi kalau bab nak bergaduh, kita semua
2x5 saja dengan geng Shahidan
Kassim, yg tu semua orang laju!); contoh yg lain ialah di malam p/raya - Pondok Panas
tidak terjaga hinggakan menjadi tempat
ejen-ejen UMNO melempar risalah-risalah terakhir mereka!
Selain factor kawalan Keselamatan yang longgar, unit perayu undi dan pengangkutan hari
mengundi peringkat UPU juga agak
lembab. Ada sahabat bercerita bagaimana pasukan perayu undi kita lebih berminat
bertekak dan lawan menjerit dengan
puak-puak UMNO dan membiarkan pengundi yg masuk tidak diiring lalu disambar oleh
pengiring UMNO.
Begitu juga dgn bahagian pengangkutan, sepatutnya dgn kebanjiran kereta2 penyokong
khususnya kereta2 mewah dari
bandaraya, tentunya kita tidak ada masalah untuk mengangkut pengundi ke sana, tapi
saya jadi terkejut tatkala berhenti di suatu
tempat, seorang pakcik bertanya: "Nie, kami belum mengundi lagi nie, nak kena pi undi
di Tanah Merah nie!".
Siapa yg in charge pak cik nie, dah dekat pukul 1.00 tengahari dah, apasal tak ada
orang yg datang menjenguknya? Ini kalau
dapat kat UMNO, dan dalam kereta itu pula ada kaki kelentong setaraf Astora Jabat, mau
hilang satu undi nie. Kerana itu, walau
pun tidak suka, tetapi saya rasa respek kat Hishamudin Hussin Onn yg Utusan Malaysia
hari ini tunjuk gambaq dia sendiri yg pi
angkat sorang pakcik tua umuq 83 tahun mai mengundi.
Alangkah manisnya kalau Mahfuz sendiri boleh buat macam tu; ceramah ceramah juga, tapi
bila mai hari mengundi, Mahfuz ka
sapa ka, kita semua sama sahaja; yg penting kita nak kan UNDI. Sorry Mahfuz kalau hang
tersinggung!
Selain dari itu, antara kelemahan PAS yg saya lihat ialah tiadanya risalah untuk
counter attack serangan harian yg dilakukan
oleh UMNO dan Barisan Nasional sepanjang seminggu tempoh berkempen itu. Apalah
salahnya jika Lajnah Penerangan kita
dapat wujudkan satu bulletin satu hari satu sepanjang tempoh p/raya itu khusus untuk
untuk menjawab tohmahan UMNO yg
dibuat melalui kaca TV, Radio dan s/khabar itu. Buletin Pendang & Anak Bukit yg ada
itu sudah bagus tapi kandungannya lebih
kepada menyerang UMNO dan bukannya membalas serangan mereka. Kempen Boikot Media
mungkin hanya sesuai untuk ahli2
dan penyokong kita tapi untuk orang-orang atas pagar, mereka perlukan jawapan yg
segera daripada kita bagi menjawab
serangan UMNO. Lagipun ini hanyalah p/raya kecil bukannya p/raya umum, dan tentunya
tidak begitu susah untuk mengadakan
buletin khusus berkenaan.
Akhir sekali, antara kelemahan yg agak ketara di Pendang kali ini ialah latihan atau
pun training mengenai ilmu 'Perang'
pilihanraya yg agak ketara kurangnya di kalangan petugas-petugas kita khususnya di
pringkat UPU. Yang ini banyaklah jika
hendak diperincikan, cuma yang agak ketara ialah mereka yg ditugaskan menjaga peti
undi dan isu yg berkaitan dengannya.
Diberitakan bahawa kita sepatutnya menang dengan majority kecil (kurang seratus) jika
tidak kerana kesilapan besar dari UPU
di kawasan Tokai. Menurut sumber, berlaku kesilapan catatan undi untuk satu saluran di
UPU Tokai, undi untuk PAS ditulis pada
UMNO dan undi UMNO ditulis pada PAS; apabila pihak SPR mengumumkan keputusan yg silap
itu, pihak kita membantah, tapi
apabila SPR meminta copy/salinan asal yg diberikan kpd Wakil Calun kita di sana
sebelum peti undi itu dibawa ke Sek Men Keb
Pendang yg mengandungi jumlah kiraan undi yg asal, kita tidak mampu menunjukkannya
(Borang 14 or lebih kurang macam tu
bunyinya). Adalah sesuatu yg menghairankan, sekiranya khabar ini benar, bagaimana
kesilapan besar itu boleh berlaku dalam
keadaan kita yg kalah dengan majority sebesar jari kelinkin!!
Jika PAS benar-benar bercita-cita besar untuk menawan Kedah dalam p/raya umum 2003
ini, sesuatu yg drastic harus
dilakukan, latihan dan training yg secara intensif untuk semua petugas baik di
peringkat keselamatan, peringkat perayu undi,
penjaga peti undi dan sebagainya haruslah disegerakan!!
Jika tidak, bukan kata Pendang, silap-silap Baling, Sik dan Kuala Nerang (kawasan
Mahfuz - yg saya kira antara terkuat di
Kedah) pun mungkin akan jatuh ke tangan mereka!
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
_________________________________________________________________
http://fastmail.ca/ - Fast Secure Web Email for Canadians