*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 

RUMUSAN RESOLUSI SEMINAR

 

SEMINAR ANTARABANGSA DAKWAH DAN TARIQAT TASAWWUF PADA 8-10 JUMADA AL-AKHIR 1423H bersamaan 17-19hb Ogos, 2002 bertemakan : “PENJANAAN TARIQAT TASAWWUF DALAM PEMBANGUNAN ROHANI NEGARA”, ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN DAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN dengan kerjasama FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBENGSAAN MALAYSIA : Berpandukan ucap utama dan sesi pembentangan kertas-kertas kerja yang telah diterima oleh seminar ini; maka disepakati dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat SYURA memaklumkan RESOLUSI SEMINAR seperti berikut :

 

  1. Bahawa Dakwah Islamiah dan Tariqat Tasawwuf adalah sebahagian dari tuntutan ajaran Islam yang tulen dan sah (Asolah dan Sohihah) dan telah diamalkan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah SAW. Justeru Dakwah dan Tariqat Tasawwuf hendaklah diterima pakai seiring jalan untuk menjana pembangunan insane negara.

 

  1. Penggerak Dakwah dan penghayatan amalan Tariqat dan Tasawwuf di semua peringkat hendaklah iltizam dengan syariat dan mendalami ilmu-ilmu syariat sebagai asas dan panduan sahih dan murni dari sebarang penyelewengan.

 

  1. Menyedari peranan tokoh-tokoh Sufi telah berjaya menyebar dakwah Islamiah dan menjadi pelopor perjuangan jihad umat Islam menentang penjajah dan menghadapi gerakan misionari kristian dan serangan ideology secular barat, maka disarankan kesepakatan dan kegiatan bersepadu dalam usaha-usaha dakwah dan amar makruf nahi mungkar di semua peringkat masa dan negara dengan menyediakan prasarana yang lengkap dan sesuai.

 

  1. Memandangkan wujudnya berbagai aliran dan kumpulan pengamal Tariqat Tasawwuf yang sering disalah fahami, dengan ini diseru supaya ditubuhkan satu “Persatuan” atau “Pertubuhan” yang menyatupadukan semua kumpulan Tariqat dan Tasawwuf seluruh negara, serantau dan di peringkat antarabangsa serta berfungsi sebagai Badan Pemantau serta berwibawa menangani sebarang isu yang berkaitan dengan Tariqat Tasawwuf.

 

  1. Tariqat Tasawwuf melalui penubuhan rasminya perlu memaksimumkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat dengan penubuhan portal yang memfokuskan kepada maklumat yang berautoritikan berkenaan dengan Tariqat Tasawwuf.

 

  1. Bahan-bahan sejarah dan khazanah ilmiah yang releven dengan tokoh-tokoh Sufi dan kumpulan Tariqat Tasawwuf hendaklah dipelihara dan dilindungi serta diurus dengan rapi dan sistematik untuk rujukan masyarakat pencinta Tariqat dan Tasawwuf serta generasi akan datang. Kerajaan Negeri Sembilan dicadangkan mengadakan geleri perkembangan Tariqat Negeri dengan kerjasama Muzium Negeri.

 

  1. Pegangan dan amalan Tariqat Sunni-Salafi dapat mendidik manusia sebagai individu masyarakat dan umat mampu menjadi panjana kekuatan rohaniah umat Islam bagi mencapai kemuliaan hidup serta menghadapi cabaran sepanjang zaman. Ia juga diyakini mampu menyelesaikan masalah kejiwaan generasi kini yang menghadapi konflik jiwa dan cabaran globalisasi. Justeru tuntutan dakwah dan amar makruf nahi munkar serta amalan praktik Tariqat Tasawwuf perlu diterapkan dalam proses pendidikan setiap lapisan generasi Muslim.

 

  1. Peranan gerakan dakwah dan pertubuhan Tariqat Tasawwuf dalam pendidikan perlu dipertingkat dan diperluas dengan menganjurkan program zikir untuk masyarakat awam, serta menubuhkan institusi pendidikan dan pengajian dengan menggunakan segala sumber material dan kepakaran yang selari dengan kepesatan bidang pelajaran dan pendidikan semasa.

 

  1. Unsur-unsur positif dan tatacara asuhan rohani yang membina dalam disiplin Tariqat Tasawwuf hendaklah dimasyarakatkan bagi menjana kekuatan umat Islam berasaskan warisan amalan Salaf al-Saleh yang baik di samping prinsip-prinsip moden yang sesuai.

 

  1. Badan-badan dakwah dan gerakan Tariqat Tasawwuf hendaklah memberi laluan yang menepati syarak kepada golongan Muslimat bagi menyumbang kepada pengISLAHAN masyarakat dan dalam kerja-kerja kebajikan, pusat-pusat perlindungan dan pemulihan.

 

  1. Islam sebagai “ad-din” yang sesuai dengan fitrah, maka pemahaman, penghayatan dan pelaksanaan ajarannya yang “syumul” termasuk Tariqat Tasawwuf hendaklah diterapkan dengan penuh hikmah dalam semua aspek kehidupan khususnya politik, ekonomi, sosial, kesenian dan kebudayaan serta pembentukan pola pemikiran masyarakat.

 

  1. Berdasarkan pengalaman sejarah, Tariqat Tasawwuf juga perlu memberikan tumpuan kepada strategi mengIslamkan non-Muslim.

 

  1. Membasmi penagih dadah melalui Tariqat Tasawwuf.

 

Al-Fakir ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri



Chat with friends online, try MSN Messenger: Click Here
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Abdul Jamil Lam" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke