Umno Kelantan hina Dr Mahathir
Saturday, September 07 @ 13:21:10 MYT


KOTA BHARU, 7 Sept (Hrkh) –Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz
Nik Mat menyifatkan Umno Kelantan menghina Presiden Umno, Dato’ Seri Dr
Mahathir Mohamad apabila menolak cadangan beliau agar Umno dan orang Melayu
membuang ‘tongkat jika ingin maju.’.

“Dr Mahathir telah menggesa supaya tongkat orang Melayu dibuang untuk
melihat mereka berdikari. Dalam hal ini Umno Kelantan tidak habis-habis mahu
bersandar dan ditongkat.
“Kali ini Umno Kelantan mahu bersandar dengan tongkat Maik atau mengheret
campurtangan Sultan Kelantan.Saya mahu melihat ilmu orang Umno itu sendiri
dalam isu ini,” kata Nik Aziz.
Beliau mengulas cadangan Umno Kelantan agar Mufti Kelantan mengeluarkan
fatwa berhubung dengan isu Tuhan samseng dan mengaitkan istana Kelantan
dengannya.
“Hentikanlah sikap bersandar, bertongkat dan cuba berselindung di belakang
pihak lain. Keluar daripada lubang persembunyian dan tunjukkan pegangan dan
pendirian di atas isu yang berkaitan,” kata Tuan Guru Nik Aziz.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Finance - Get real-time stock quotes

Kirim email ke